Sememangnya tampak cantik itu fitrah wanita
Sukakan kecantikan, sukakan kebersihan , tampak indah, tampak manis
Tetapi harus di ingat, biar berfesyen tidak melanggar batas dan syariat
Tips Wanita Berfesyen Berpenampilan Menarik
Secara umumnya, setiap wanita itu berbeza bentuk fizikalnya. Ada yang dipengaruhi oleh genetik mahupun pemakanan.
Tidak perlu risau tentang bentuk fizikal sebab Allah yang beri
Bersyukur dan kita perlu jaga sebaiknya
Masalah Berfesyen 1 : Memiliki Punggung & Bahu Bidang
Apabila mempunyai punggung yang besar. Cara menutupnya adalah :
- Pilih seluar model lebar untuk menutup pinggul.
- Untuk blaus dan T-Shirt memenuhi syariat (labuh ye) pilih warna klasik seperti contoh putih, hitam, coklat, biru tua untuk tampak lebih manis
- Pastikan penggunaan horizontal pada bahagian atas untuk mengimbangi pinggul dan paha berisi. Garis melintang vertikal bahagian bawah untuk kesan ramping pada bahagian bermasalah
- Kasut, ikut keselesaan. Kasut tumit tinggi lebih ramping sebab ketinggian. Namun, jika pakai kasut leper, pinggul dan paha kelihatan lebih besar dan pendek
- Blaus dan t-shirt sebaiknya memang labuh menutup paras punggung.
Elakkan!
- Pakai seluar ketat sebab menonjolkan lagi bentuk pinggul dan paha
- Skirt@seluar yang beropol di bahagian pinggang
- Jangan pakai T-Shirt ketat terletak atas pinggul (memang tempah bahaya)
Masalah Berfesyen 2 : Kecil Molek, Sukar Bergaya
Sebenarnya beruntung orang sebegini, sebab akan kelihatan lebih muda selalu. Jadi antara fesyen boleh lakukan adalah :
- Pakai t-shirt bukan ketat taw!! . Kemudian, padankan dengan extender untuk tutup bahagian punggung. Memang kita nak bergaya, tapi mesti jaga aurat. Sebaiknya, pilih T-Shirt polos dan panjang untuk tutup bahagian punggung :D
- Pilih baju dan tudung senada dengan warna. Kesannya, tampak lebih tinggi :)
- Pilih baju dengan fabrik lembut seperti wool, kapas dan linen
- Kalau suka garisan, pilih vertikal bukan horizontal
- Elak pakai seluar yang banyak motif. Sebab nampak lebih pendek
- Jika gemar aksesori, pilih simple. Bukan besar atau lebar
Semoga Bermanfaat! :D
Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri
Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan
Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
Alhamdulillah, seronok bila tengok wanita berfesyen gaya muslimah ni :)
ReplyDeleteBarulah hati tenang!
Alhamdulillah :D
DeleteBagus ..terima kasih kongsi
ReplyDeleteTerima Kasih Kak Ita! Moga Bermanfaat :D
Delete