Friday 31 October 2014

Pandangan Dr Mohamed Nasr berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)


Tidak dinafikan, ESP adalah salah satu produk terkenal di dalam Shaklee

Namun, ramai beranggapan ESP adalah susu

Tidak! ESP bukanlah susu tapi ESP adalah soya. :)


Pandangan Dr Mohamed Nasr Berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)



Dr Mohamed Nasr,
Director of the Medical Care & Diagnostic Center of Lake Villa ,
 Illinois, USA 



"You can feel so very good about Shaklee's Soy Protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health"


Ini adalah antara petikan kata-kata Dr Mohamed Nasr ketika berada di Milwaukee, Wisconsin pada tahun 2004 untuk berkongsi maklumat berkenaan kebaikan ESP Shaklee

Kebaikan ESP menurut Dr Mohamed Nasr


Shaklee's Soy Protein


  • Khasiat ESP akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP mengurangkan paras kolestrol dalam darah sebanyak 23%
  • Sebanyak 60 kajian telah dijalankan menunjukkan Protein Soya meningkatkan kepadatan tulang lebih daripada hanya sekadar Magnesium Kalsium sahaja.
  • 2 kajian menunujukkan pengalaman ESP dan Vitamin E serentak berupaya merendahkan sehingga 40% LDL (kolestrol jahat) yang membawa kepada risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunujukkan ESP menghalang LDL (kolestrol buruk) dari teroksida tinggi bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Kebanyakkan protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • French Fries (Kentang Goreng) dikeseluruhan rangkaian restoran makanan segera adalah sangat rangup dan kebanyakkan kentang goreng diselaputi dengan bahan protein yang apabila digabungkan dengan gula di dalam kentang tersebut kemudian dipanaskan, ia memberikan rasa yang lebih rangup. Namun, malangnya gabungan gula, protein dan lemak yang dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi menghasilkan carcinogen -is any substance, radionuclide or radiation that is an agent directly involved in causing cancer. 
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan Isoflavone mencukupi di mana isoflavone adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. Isoflavone adalah bahan anti-kanser semulajadi untuk melawan kanser yang berlaku secara semulajadi di dalam soya. 
  • Protein dan Isoflavone dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan patogen-patogen merbahaya yang mencerobohi sistem pertahanan badan (phagocytosis) 
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90% 
  • ESP jika diamalkan dengan Flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
  • Beta Carotene ( Beta Karetona seperti yang terdapat di dalam Carotomax Shaklee) apabila digabungkan bersama Protein Soya, Kalsium dan  Vitamin D adalah 10 x lebih efektif untuk mencegah sel-sel kanser daripada mendapat bekalan  darah tambahan.                                                                                                                              
  • Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalak proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki)
  • ESP mengawal "mood swing" pada wanita ketika PMS dan wanita menopaus

Dr Nasr ada menyenaraikan beberapa jenis bentuk dan protein dan tempoh masa yang diambil untuk rantaian asid aminonya. 

Lagi pendek rantaiannya, maka lebih cepat asid amino boleh diserap dan digunakan untuk tubuh. 

Soya mempunyai rantaian paling singkat dan cuma mengambil masa kurang dari 1 jam untuk di hadam.


Semoga Bermanfaat ! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU


Jadi Ahli Shaklee


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Wednesday 29 October 2014

Impian Percutian Saya Sejak Dari Kecil : Italy!

Ani pasti semua ada impian.

Impian Kerjaya, Impian Rumah, Impian Kereta, tak lupa juga Impian Percutian!

Impian Percutian Ani Italy. Yeay!! 

Destinasi Percutian Saya : Italy! :)


Italy


Senarai Impian Percutian 

  1. Makkah : Makkah bukan kepada percutian tetapi lebih kerinduan Ani nak jejak kaki ke sana. Ani set dalam minda Ani pergi Makkah dulu baru senarai impian lain Ani tunaikan. In sha Allah Amin. :)
  2. Italy (Istimewa sangat!! )
  3. Istanbul 
  4. Cordoba, Spain


Impian Masa Kecil :)


Tahukah ? Tahukah dan Tahukah?? (senyum lebar-lebar)

Sebenarnya Ani dah impikan sejak kecil. Tapi sebab dah besar , Ani biar je impian ni macam ais lebur.. Dan sekarang, Ani rasa Ani boleh gapai impian. Kenapa Ani tak pasang dan pasakkan balik supaya ia menjadi REALITI ~ ngee senyum panjang :D :D :D

Ani punya bayangan masa kecik,  Ani ada kat sana ala-ala Ratu OK!, Pakai dress, memang Ratu habis sambil pandang kawasan Italy dan naik Gondola sambil senyuman terukir  (Rasa nak pengsan, Bangun Balik, Menjerit puas-puas!!! Gelak habis-habis haha, sekarang tengak gelak hihi) U olls Italy terbayang depan mata ni. feeling awesome!

Tengok Italy, Subhanallah Mendamaikan :))

Gambaran Italy



Colloseum, Rome Italy
Colloseum, Rome Italy


Cave Restaurant, Italy
Cave Restaurant, Italy


Italian Riviera
Italian Riviera


Venice, Italy
Venice , Italy


Gondolas Canal Night
Gondolas Canal Night, Venice Italy


Ma sha Allah rasa macam depan mata ni. Boleh melompat tak sekarang. huhu
Tiada kaitan dengan mana-mana tetapi memori lama memanggil-manggil!!
Subhanallah


ANI NAK PERGI ITALY!!!!

ANI PERGI ITALY!!
SEBELUM JANUARY 2019, ANI PERGI ITALY!!!

ANI DUDUK SEMINGGU SANA, JALAN SAMPAI PUAS!!!

MA SHA ALLAH, TERUJA NYA!!



Jangan takut berimpian! IMPI SEKARANG! :)




Wishing my dream come true!


Jom Jadi Ahli Shaklee! :)


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"


Tuesday 28 October 2014

Sekitar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan Oktober 2014


Pada 23 - 26 hb Oktober lepas, Ani ada menghadiri IMKK 2014

Jika anda pernah dengar Dr Azizan mengatakan tentang "kolam jiwa".

Disinilah belajar untuk membersihkan kolam jiwa.

Magnet kepada Kekayaan & Kejayaan :)

Sekitar Intensif Magnet Kekayan & Kejayaan


Apa yang menarik perhatian Ani , apabila Ani berada di sana Ani rasa energy yang sangat positif, dikelilingi orang yang sangat positif dan aura DR. AZIZAN OSMAN YANG MEMANG SUPERB!!

Di sini Ani belajar membersihkan kolam jiwa, membakar segala apa yang terpendam, buang segala ketakutan, dapat kawan baru, formula kekayaan dan kejayaan, cara senyuman yang betul. Segala powers, segala action yang perlu Ani buat dan banyak lagi!!!

Sejujurnya, Ani bersyukur sangat Allah dorong Ani untuk pergi ke IMKK, Berkampung di The Mines 4 hari. Subhanallah, Satu pengalaman yang sangat membina dan menyeronokkan.


Tahukah? Dr Azizan benar-benar ingin membantu anak bangsa Melayu menaikkan taraf ekonomi mereka. Keikhlasannya jelas terpancar. Ilmu yang diberi tanpa had.



Apa lagi yang kita mahu?


Jom berubah untuk diri sendiri bukan sahaja untuk kaya dan berjaya di dunia tapi di akhirat juga Amin. 


Beratur Untuk Memasuki Dewan IMKK 2014
Ani beli ticket General. Jadi, perlu beratur. Dah buka pintu perlu berlari nak duduk seat depan. Ilmu tanpa sempadan :)



Feedback Board IMKK 2014

Ni adalah Feedback Board. Boleh tulis dekat sticky notes coretan hati apa yang kita rasa dengan IMKK 2014. Alhamdulillah, Tq Allah, Tq Dr Azizan Osman



Do & Donts IMKK 2014

 Seat ada General, VIP, Diamond & Super Supreme. Gambar atas menceritakan Do & Donts dalam Dewan


Sungguh, Ani dapat banyak sangat impaknya
Ani nampak apa patut Ani buat
Betul, Dunia dalaman menentukan dunia luaran.


Bagi yang ingin mencari sesuatu dalam diri, apa yang sebenarnya dia nak
Nak sesuatu tapi matlamat tak jelas,  pergilah IMKK
Anda akan rasa perubahannya

DALAM DIRI. HUBUNGAN DENGAN ALLAH. HUBUNGAN DENGAN MANUSIA :)


Nak BerShaklee?



Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Monday 27 October 2014

Cara Kempiskan Perut!

Bila Ani kata Ani nak buat entri kali ni cara nak kempiskan perut, ada yang hampir dengan Ani kata, Bagus Ani, Aku nak kempiskan perut!!

Perut yang tak berapa nak kempis sedikit sebanyak menggugat ketrampilan diri sekaligus membuatkan individu rasa tidak selesa pabila berhadapan di khayalak ramai.

Jangan gusar. Ikut tips yang Ani berikan.

Cara Kempiskan Perut


Cara Kempiskan Perut


Cara1# Tukar Cara Makan


Penting ikut sunnah Nabi SAW. Ubah cara makan dengan kunyah makanan sehingga hancur. Nabi SAW memesan untuk kita mengunyah sehingga 40 kali. Hikmahnya adalah, apabila kita makan dengan cepat dan tergesa-gesa, udara boleh terkepung dalam usus. Itulah penyebab kepada perut buncit


Cara2#Pilih Makanan Yang Betul


Untuk mendapatkan perut yang kempis, pengambilan makanan yang seimbang penting dalam kehidupan seharian kerana diet yang betul boleh mengempiskan perut. Makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, lean protein, ikan dan sayur-sayuran


Cara3#Ubah Snek & Kudapan Anda


Jika sebelum ini lebih prefer kepada makan kek dan coklat sebagai kudapan utama. Apa kata tukar kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ani suka makan salad. Caranya makan salad bersama mayonis. Sedap!! Makan salad macam tu je pun sedap!  :D. Buah pula, Ambil buah epal, betik dan belimbing SEBELUM MAKAN. :) 


Cara4#Berhenti Makan Pada Lewat Malam


Kebiasaanya,apabila makan pada lewat malam, akan disusuli dengan baring dan terus tidur. Ini menyebabkan lebihan gula yang dimakan semasa lewat malam akan ditukar menjadi lemak. Ini berlaku kerana badan tidak boleh membakar lemak sewaktu tidur. Aiyok!!!/


Cara5# Latihan Cardio


Penting melakukan senaman cardio bagi mendapatkan perut yang kempis. Lakukan senaman kardio seperti jogging, berlari dan menaiki tangga


25 cara senaman mengempiskan perut dari Kevin Zahri


Disebalik mendapat perut yang kempis. Paling penting adalah mendapat kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik memudahkan pergerakan sekaligus senang dalam beribadat

Semoga sedikit tips ini dapat membantu dalam mendapatkan perut yang kempis.
Selamat Mencuba! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"


Wednesday 22 October 2014

Restoran Favourite Ani : Restoran Insaf


Ani sebenarnya jarang makan luar  

Tapi jujurnya ada 2 restoran yang kami sekeluarga suka pergi iaitu Restoran Insaf dan Chop & Steak, Kampung Baru.

Dan hari ni Ani nak bercerita tentang Restoran Insaf :)


Restoran Insaf

pic credit to : spy

Restoran Insaf



Sejujurnya Ani taw ramai yang kata mahal, dan Ani juga harus akui, ya memang berkos tapi sebagai pelanggan yang dari kecik,  mama bawa Ani dan adik-adik kalau ke KL , memang akan pergi ke Restoran Insaf. Ya, kami suka ke sana.


Kenapa Ani Suka?



Takde sebab lain, sememangnya ia sangat sedap. Masakan dia ya Ani suka. Lagi satu mangga dia Ya Allah sangat fresh. Dia bukan mangga sini. Mangga luar. Memang sedap sangat, Puas hati. Ya, memang berkos tapi  sangat berbaloi. Anda kena cuba. Seriously! Beza rasanya!

Lagi satu, bila masuknya waktu solat, mereka pasang azan.


Satu Cerita Ketika Masuk Waktu Solat



Ya, cerita ni Ani dan kawan Ani, 
kami pergi masa tu dah maghrib mencari buku
Perut berkeroncong, singgah Restoran Insaf

Masuk waktu maghrib mereka pasang azan kuat
Ani pun agak risau sebab maghrib waktu pendek,
Orang makin surut dan akhirnya tinggal kami

8.15 malam mereka letak resit di atas meja
Satu penghargaan bagi Ani .Ani lega sangat. Alhamdulillah, 
Ani taw kenapa mereka letak resit
mereka suruh kami supaya tidak terlepas dari solat maghrib

Di sebalik cerita sebelum ni, Ani pula cerita positif yang Ani dapat dari sini

Alhamdulillah, business ada pasang surut tapi bagi Ani kalau kita pentingkan ibadat kerana Allah, Allah.. manis sangat berpaksikan Allah bila membuat sesuatu.


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


 Jom Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 

Tuesday 21 October 2014

Ubat Buasir : Faktor & Pencegahan

Sakit Buasir bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng

Adakalanya sehingga segan nak bercerita dan berkongsi masalah.

Tapi, Apakah itu Buasir? 

Buasir


Buasir


Kajian saintifik menunujukkan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakan dan pergerakan ke bawah "anal cushions" iaitu struktur normal yang terdapat di bahagian hujung rectum. "Anal cushions " ini sebenarnya berfungsi untuk memberikan "Fine Control" kepada "Anal Sphincter" .Ia akan menjadi buasir apabila membengkak dan bergeser ke bawah.


Faktor Penyebab Kepada Buasir


  • Tekanan 
  • Sembelit
  • Berat badan yang berlebihan
  • Mengandung
  • Rasa memulas yang teruk pada perut
  • Cirit birit kronik
  • Kurang pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

Simptom Kepada Penyakit Buasir


  • Rasa sakit berdenyut-denyut dan gatal pada lubang dubur
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ
  • Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung
  • Kesakitakn pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran darah
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi ianya dikenali sebagai pembengkakan dubur

Pencegahan Buasir


  • Jika pekerjaan memerlukan anda untuk duduk, sekali sekala bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-gerak dikerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkut sesuatu. Jangan menahan nafas anda
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan
  • Jadikan ia sebagai satu peraturan. Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut

Supplement Untuk Buasir


OsteMatrix


OsteMatrix :  Buasir


OsteMatrix boleh mengurangkan gejala sembelit serta melancarkan pembuangan air. Ia juga boleh mengelakkan kanser usus dan memberi keselesaan kepada mereka yang  mengalami luka di bahagian dubur.


Omega Guard

Omega Guard :  Buasir



Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut


Zinc Complex


Zinc Complex : Buasir


Zinc disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu mempercepatkan penyembuhan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee

Semoga Bermanfaat :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642

fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895



"Do What You Love"

Monday 20 October 2014

Set Gabungan ESP Shaklee

Tahukah Anda?

Setiap hari kita mengambil makanan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein seperti ayam, daging, telur , ikan , kekacang dan banyak lagi.

Tetapi, suhu yang panas menyebabkan protein sangat mudah termusnah seperti ikan yang digoreng.

Di sini pengambilan ESP sangat penting bagi memastikan tubuh mendapat sumber protein yang lebih berkualiti sekaligus membantu dalam penjagaan kesihatan badan.



Kelebihan ESP


Set Gabungan ESP Shaklee

ESP Shaklee

ESP + VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin antikosida.  Ia mampu menaikkan seri muka dan kulit cantik tanpa make up (natural beauty). Selain itu, Vitamin E boleh dijadikan sebagai masker bersama ESP.


ESP + GLA COMPLEX

GLA bertindak untuk mematangkan telur atau ovum sebelum proses ovulasi. Apabila ovulasi berlaku, telur keluar matang dan boleh di senyawakan oleh sperma.

Set ini adalah set yang paling asas untuk mereka yang ingin hamil.Tetapi, jika mempunyai bajet yang lebih besar disarankan untuk mengambil set hamil lengkap.Selain berikhtiar untuk hamil, ianya juga membantu untuk mendapatkan kulit muka yang cantik.


ESP + ALFALFA COMPLEX

Alfalfa bertindak sebagai milk booster iaitu membantu meransang pengeluaran susu dengan kaedah penyusuan yang betul. Alfalfa bertindak balas dengan hormon penyusuan iaitu hormon estrogen. 

Ia membantu dalam memeriahkan pengeluaran susu dan BONUS untuk si ibu bagi menganjalkan payudara, punggung dan pengambilan yang berterusan membantu mencantikkan kulit anda dan juga bayi.


ESP + LECITHIN

Lecithin bertindak sebagai pengemulsi semulajadi iaitu bertindak sebagai detergent ke atas lemak-lemak dengan memastikan lemak-lemak terapung dalam saluran darah dan tidak melekat pada dinding membran. 

Lecithin tugasnya sebagai menguraikan lemak secara kecil-kecilan. ESP membantu dalam memberikan rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu pengawalan pemakanan anda. Lecithin juga bagus di ambil untuk ibu menyusu yang mempunyai masalah clogged duct.

ESP + OMEGA GUARD

Ianya membantu dalam mengurangkan risiko keguguran dan mengurangkan risiko bayi pra matang, di samping itu juga ia membantu meningkatkan perkembangan otak bayi sejak dalam perut ibu lagi.

ESP + ZINC COMPLEX

Gabungan ini pula sesuai bagi ibu-ibu yang rambutnya gugur selepas bersalin atau mereka yang mempunyai masalah rambut gugur serta  mempercepatkan luka bersalin /pembedahan.

Ia membantu menghilangkan kesan strecth mark dan luka pembedahan. Membantu menganjalkan perut, dan tubuh yang menggeleber selepas kehamilan serta mempercepatkan pembaikan luka.


ESP + PERFORMANCE DRINK

Performance Drink mengandungi potassium, kalium dan natrium yang akan menampung kembali tenaga yang terhidrat semasa proses perpeluhan berlaku.
Ianya mampu memberikan tenaga dan mengenyangkan perut . Ianya sesuai bagi mereka yang mengalami gastrik ataupun yang sedang berpuasa.


ESP + B-COMPLEX

Gabungan ini bagi mereka yang mudah letih dan sering rasa tidak bertenaga.Sesuai bagi mereka yang ingin rasa bertenaga sepanjang hari.


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Pesan Sekarang

atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Sunday 19 October 2014

Kelebihan Ayat Kursi


Sungguh, Ayat-Ayat Allah itu penawar

Satu cerita yang ingin Ani kongsikan , mama kata masa mengandungkan Ani, mama sentiasa baca Ayat Al-Kursi sehingga 1 hari accident mama dan abah naik motor. Alhamdulillah, mama dan Ani ( dalam kandungan mama) sihat dan tiada luka langsung. Elok seperti tiada apa berlaku. Alhamdulillah

Jom kita praktikkan sama-sama, Allah sebaik-baik penjaga kita. Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih, Maha Penyayang

Kelebihan Ayat Kursi




Nabi SAW bersabda, "Apabila masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi "Allahu La Ilaha Illa  Huwal Hayyul Qayyum" sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi" ( H.R Bukhari)

Nabi S.A.W bersabda, " Sesiapa membaca ayat Kursi setelah setiap solat fardhu, tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga selain kematian"   ( H.R Ath Tahbrani No. 7532 disahihkan oleh Al-Albani)


Terjemahan Ayat Kursi


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan dibelakang mereka , dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya. Kursi (161) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar


Keterangan : (161) Kursi dalam ayat ini oleh sebahagian mufassirin diertikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengertikan dengan kekuasaan Nya.

Hikmah Ayat Kursi


  • Barang siapa membaca Ayat Al-  Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga subuh
  • Barang siapa membaca Ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang lain.
  • Barang siapa membaca Ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang , tidak menegah akan dia dariapada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah sekitarnya.
  • Barangsiapa membaca Ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barangsiapa membaca Ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, merekasemua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barangsiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolonghan kepadanya.

credit to : Masturah Idrus


Semoga kita semua mengamalkannya In sha Allah


Berminat dengan rangakaian produk Shaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram ; Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 


Saturday 18 October 2014

Vitamin C Yang Sentiasa Awesome!



Anda memang tercari-cari Vitamin C?

Yang mana satu perlu di ambil

Maila ambil Sustained Release Vitamin C Shaklee :)

Vitamin C Shaklee



Vitamin C


Kelebihan Vitamin C Shaklee


  • Ianya bersifat Sustained Released  yakni 100mg dilepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren
  • Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoids iaitu ianya membantu penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C dari teroksida
  • Sumber natural. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet tambahan.

Kebaikan Vitamin C Shaklee


  • Meransang pembentukan kolagen
  • Memperbaiki sistem pendarahan seperti gusi berdarah dan lebam
  • Membantu sel darah putih bagi menentang bakteria dan kuman
  • Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu meningkatkan sistem imun
  • Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress
  • Membantu mengurangkan simptom flu dan selsema
  • Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


 Jom Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


 Pesan Sekarang


atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee dikongsi bersama"



Ketuat : Rawatan & Penjagaan


Ketuat kadang-kadang menimbulkan rasa malu dan kurang yakin kepada empunya badan

Apabila kena di tempat yang sensitif pasti ada rasa segan untuk berubat.

Ketuat, jangan di pandang rendah!


Apa itu Ketuat?


Ketuat


Ketuat ialah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus human papilloma. Ketuat biasanya kelihatan pada jari, kaki, alat kelamin. Kawasan yang dijangkiti dengan ketuat biasanya akan timbul dan menjadi keras.


Ketuat terjadi di sebabkan oleh virus human papilloma. Ia boleh merebak melalui sentuhan. Pesakit yang mempunyai kurang daya tahan diri seperti HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti eczema sangat mudah untuk dijangkiti ketuat.


Harus diketahui, Ketuat bukan disebabkan oleh faktor keturunan

Rawatan sesuai untuk masalah ketuat


Mengikut Dr Nurhalina Azly Binti Minhat :
  1. Salisilik asid  disapu pada ketuat. Rawatan ini perlu dilakukan berulang kali sehingga bahagian ketuat kering, berkuping dan terkopek
  2. Rawatan terapi cryo. Ini boleh dilakukan di klinik. Terapi cyro merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan nitrogen cecair. Ketuat yang terkena nitrogen cecair ini akan menjadi keras dan mengecut
  3. Pembedahan membuang ketuat
  4. Pembuangan ketuat melalui laser CO2

Perlu diketahui,  ketuat boleh merebak jika ia tidak betul-betul hilang.

Penjagaan Dengan Supplement


NutriFeron : Meningkatkan imun sistem tubuh manusia dalam masa tiga hari. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa


Vitamin C : Meningkatkan imun sistem tubuh dan melawan virus. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa


Carotomax : Mengandungi Vitamin A baik untuk kulit. Sesuai untuk dewasa.


Vitamin E Complex : Antioksida. Bagus untuk kulit manusia. Boleh di makan atau di sapu di kulit. Sesuai untuk dewasa. Sesuai di sapu pada kulit


Garlic Complex : Mempunyai bahan anti virus membantu melawan virus dan jangkitan penyakit


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?



 Pesan Sekarang


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"


Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...