Wednesday, 22 October 2014

Restoran Favourite Ani : Restoran Insaf


Ani sebenarnya jarang makan luar  

Tapi jujurnya ada 2 restoran yang kami sekeluarga suka pergi iaitu Restoran Insaf dan Chop & Steak, Kampung Baru.

Dan hari ni Ani nak bercerita tentang Restoran Insaf :)


Restoran Insaf

pic credit to : spy

Restoran Insaf



Sejujurnya Ani taw ramai yang kata mahal, dan Ani juga harus akui, ya memang berkos tapi sebagai pelanggan yang dari kecik,  mama bawa Ani dan adik-adik kalau ke KL , memang akan pergi ke Restoran Insaf. Ya, kami suka ke sana.


Kenapa Ani Suka?



Takde sebab lain, sememangnya ia sangat sedap. Masakan dia ya Ani suka. Lagi satu mangga dia Ya Allah sangat fresh. Dia bukan mangga sini. Mangga luar. Memang sedap sangat, Puas hati. Ya, memang berkos tapi  sangat berbaloi. Anda kena cuba. Seriously! Beza rasanya!

Lagi satu, bila masuknya waktu solat, mereka pasang azan.


Satu Cerita Ketika Masuk Waktu Solat



Ya, cerita ni Ani dan kawan Ani, 
kami pergi masa tu dah maghrib mencari buku
Perut berkeroncong, singgah Restoran Insaf

Masuk waktu maghrib mereka pasang azan kuat
Ani pun agak risau sebab maghrib waktu pendek,
Orang makin surut dan akhirnya tinggal kami

8.15 malam mereka letak resit di atas meja
Satu penghargaan bagi Ani .Ani lega sangat. Alhamdulillah, 
Ani taw kenapa mereka letak resit
mereka suruh kami supaya tidak terlepas dari solat maghrib

Di sebalik cerita sebelum ni, Ani pula cerita positif yang Ani dapat dari sini

Alhamdulillah, business ada pasang surut tapi bagi Ani kalau kita pentingkan ibadat kerana Allah, Allah.. manis sangat berpaksikan Allah bila membuat sesuatu.


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


 Jom Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 

8 comments:

  1. Pernah beberapa rakan kongsi bil restoran Insaf ini. Memang terasa insaf melihatkannya tetapi disebabkan sedap tak kisah kot sekali-sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala boleh, hari-hari terasa harganya hehe

      Delete
  2. urusan ibadat lebih penting berbanding segala urusan penting
    moga2 kita sentiasa beroleh rahmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin . Betul, urusan ibadat lebih penting dari segalanya.

      Delete
  3. Replies
    1. Kan! Ani betul-betul rasa dihargai bila dia letak resit kat atas meja, Alhamdulillah :)

      Delete
  4. memang bersesuaian dengan namanya restoran insaf ye :)

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...