Saturday 2 December 2023

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia

Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulang dan bakinya pada jaringan tubuh manusia.

Korang Tau Tak? Serum darah pun ada magnesium taw walaupun dalam kuantiti jumlah yang sedikit

Makanan Yang Mengandungi Magnesium


Magnesium penting untuk metabolisme tubuh, menjaga kesihatan tulang, otot dan jantung dan menghasilkan enzim. Pengambilan magnesium mengurangkan risiko kepada sakit jantung dan risiko diabetis
  • Pisang
Pisang bersaiz besar mengandungi 35mg magnesium. 

  • Coklat Hitam
Selain coklat hitam mengandungi magnesium, ia juga kaya dengan zat besi, antioksidan dan serat pribiotik yang baik untuk kesihatan usus

  • Tahu dan Tempe
Walaupun saya bukan orang jawa, tapi tempe sangat sedap! Baik goreng mahupun buat sambal. Allahu nikmat hehe. Ada sekurang-kurangnya 60 mg magnesium dalam 100 gram tahu @ tempe

  • Sayuran Hijau
Bayam dan Brokoli mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Untuk setengah mangkuk bayam sekurang-kurangnya 80mg magnesium. Manakala setengah mangkuk brokoli sekurang-kurangnya 12mg magnesium.

  • Kekacang
Kacang almond mempunyai magnesium yang tinggi taw. Kekacang juga mengandungi serat dan lemak baik yang membantu dapat mengurangkan kolesterol jahat dan menjaga kadar gula darah tetap stabil.

Kekurangan Magnesium menyebabkan seseorang berlakunya kekejangan otot/cramp/simpul biawak, mual, penat,. Jika ianya serius boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, gangguan irama jantung, gangguan elektrolit dan koma.

Magnesium Pilihan Saya


Saya sejenis yang sukakan yang mudah (tutup muka). Cara paling senang marilah ambil Ostenutrix Shaklee :)

Magnesium Dalam Ostenutrix Shaklee

Magnesium Di Ostenutrix Shaklee

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengeda Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
ig/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

PLKN Usia Sehingga 35 Tahun?

Mula-mula terkejut bila perkhabaran PLKN akan dimulakan semula

Bukan terkejut apa, terkejut start 35 tahun

Oh jenuh, andai terpilih saya adalah yang paling senior haha

PLKN Usia Sehingga 35 Tahun?

Semasa saya di Sekolah Menengah dahulu, PLKN dikhaskan kepada para pelajar yang tak aktif untuk aktiviti kokurikulum

Maka, yang dapat sering antara kami Ha kau! , menebak siapa yang dapat hihi

Tapi bila berita naik semula, mereka kekalkan PLKN bermula usia lepasan SPM Alhamdulillah :)

Tapi kan awak dah siap dah poster PLKN beserta Vitamin, marilah kita share jugak :)





Ha kau, boleh bayang andai PLKN sehingga usia 35 tahun, macam-macam jadi kang! :)

Poster sekadar hiburan, jom jaga kesihatan dari sekarang :)

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan kualiti dan produk yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah di alukan. 

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Ig/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Promosi Shaklee Disember 2023

Hari baru bermulalah bulan yang baru

Maka, promosi Shaklee juga turut bertukar baru

Sangat menarik promosi Disember bulan ini :)

Promosi Shaklee Disember 2023

Promosi Disember Shaklee : CarotoMix

Promosi Disember Shaklee Basic H & Herbal Blend Cream

Promosi Disember Shaklee Revitalizing Shampoo & Conditioner

Promosi Disember Shaklee : Youth Skincare

Promosi Disember Shaklee : Shaklee Collagen Powder

Promosi Disember Shaklee : ResV Vix Shaklee

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp: 014-7222642 
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Instagram/Tiktok : LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Wednesday 8 November 2023

Tips Atasi Masalah Hidung Tersumbat

Sebenarnya semasa kecil, saya ada masalah hidung tersumbat

Berdengus-dengus, memang rasa tak selesa dan tak tahu kenapa jadi lagu tu

Setengah orang kita boleh nampak dia suka pegang hidung kan?

Masalah Hidung Tersumbat

Tips Atasi Hidung Tersumbat

Antara Punca kepada masalah berlakunya hidung tersumbat adalah alergi, ketumbuhan dalam hidung (polips), radang disebabkan persekitaran, hay fever, resdung dan septum deviated tulang hidung bengkok

Mungkin saya semasa kecil disebabkan oleh persekitaran, mana taknya main sana main sini huhu dunia kanak-kanakkan aktiviti meneroka :)

Tips Atasi Masalah Hidung Tersumbat

  • Minum teh lemon
Ini bagi penggemar teh tiada masalah kan? Minum teh lemon atau Lemon suam

  • Sedut wap air panas
Tips nya adalah gunakan tangan untuk mengipas wap panas ke hidung. Jangan letakkan muka taw. Insyaa Allah kahak dalam hidung akan mencair. so, legalah hidung nanti :)

  • Tuam hidung
Caranya adalah dengan basahkan sehekali tuala atau kain dengan air yang panas dan tuam. Buat beberapa kali, insyaa Allah

  • Tidur dengan meninggikan kepala lebih dari biasa
Tidur dalam keadaan mengiring lebih baik berbanding melentang kerana ianya dapat meringankan saluran hidung tersumbat

  • Minum banyak air
Bukan air manis, tapi air masak dan air kosong. Ianya membantu untuk mencairkan kahak dan hingus. Pengambilan air suam juga membantu

  • Pengambilan Nutriferon Shaklee
Nutriferon Shaklee membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan alahan. Nutriferon Shaklee bukan saja membantu menghilangkan alahan namun melawan jangkitan penyakit berjangkit juga. Setiap rumah mesti ada Nutriferon.

Kelebihan Nutriferon Shaklee

Kelebihan Nutriferon Shaklee
Promosi Nutriferon Shaklee
Promosi Nutriferon disambungkan sehingga November 2023


Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Ig/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Monday 6 November 2023

Tips Awet Muda Secara Keseluruhan

Kebiasaan, orang selalu ingat, Awet Muda ni merujuk kepada usia, "eh awak nampak lebih muda dari usia" atau "awak belajar di mana?" contoh..

Tapi sebenarnya skop awat muda ni sangat luas

Pernah ke anda nampak seorang pelajar yang dah beruban atau seorang yang dah berusia namun masih boleh berdebat? contoh Tun Mahathir

Tips Awet Muda Secara Keseluruhan

Tips Awet Muda
  • Jaga Kesihatan
Di usia 30an ke atas, kita dah perlu mengambil berat tentang kesihatan kita, apa yang kita lakukan, gaya hidup kita, waktu tidur kita supaya apa yang kita lakukan sekarang memberi kesinambungan akan datang. Mudahan di usia tua kita boleh bergerak sendiri, pergi ke kelas agama..Insyaa Allah

  • Pola Pemakanan
Kita dah boleh kurangkan makanan segera fast food, air bergas, hipster. Ambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Rohani
Kita bergerak menuju Tuhan. Untuk Muslims, kita baca Al Qur'an sebab mudahan izin Allah asbab dekat dengan Al Qur'an, di usia tua kita masih lagi boleh mengingat, tak nyanyuk

  • Vivix
Dari segi Sains, orang yang nampak muda ni sebenarnya berkaitan dengan telomeres. Vivix bantu melambatkan kepemendekan telomeres dan Vivix fungsinya : Sel yang tidak sihat digantikan dengan sel yang baru dan bukannya sel rosak

Kelebihan Vivix Shaklee

Kelebihan Vivix Shaklee

Promosi Shaklee November Vivix

Promosi Shaklee November Vivix
Promosi Trio Vivix boleh guna credit card Maybank tanpa interest

Semoga Bermanfaat!

Jom jadi Ahli Shaklee untuk makan sendiri

Dengan keberkesanan dan produk kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Ig/Telegram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Wednesday 25 October 2023

Bagaimana Kita Orang Malaysia Boleh Bantu Palestin?

Malaysia dan Palestin tak boleh berpisah

Walaupun jauh sakitnya kita terasa, taip ni pun dah bergenang air mata

Hasbunallahu wanikmal wakeel

Bagaimana Kita Orang Malaysia Boleh Bantu Palestin?

Free Palestine

Sungguh kita rasa sangat dekat nya kan? Korang Tau Tak? Adzan mereka sama dengan kita

Hati ini terasa nak peluk anak-anak Palestin. Mereka di regut masa kecilnya, mereka dewasa sebelum usianya, mereka kehilangan keluarga sebelum mengenal dunia

Apa Yang Kita Boleh Bantu Palestin?


  • Doakan mereka dan lakukan solat hajat
Saya selalu beranggapan orang Palestin ini kuat. Mereka hidup berkali-kali. Di bom bangkit setiap hari. Iman mereka Masyaa Allah.. segagah mereka, mereka juga perlukan doa dari kita. Senjata kuat kita adalah doa. Doa hadiah terindah. Doakan mereka Qunut Nazilah, teringat mereka terus Doakan Qunut Nazilah. Buat solat sunat hajat doakan mereka. Mereka telah berperang selama 75 tahun, Hasbunallahu wanikmal wakeel

  • Tingkatkan ekonomi kita, beri sumbangan kepada mereka
Dengan kita tingkatkan ekonomi kita atas izin Allah, kita boleh memberi lebih kepada mereka. Tengoklah Bandar Gaza sekarang, jahatnya Zionis. Malaysia pernah hadiahkan sekolah, hospital, kedai roti kepada mereka. Semua daripada hasil sumbangan Rakyat Malaysia. 
  •  Create awareness, social media
Mereka bergadai nyawa mempertahankan tanah Palestin. Paling penting, orang Islam mereka bergadai nyawa mempertahankan Masjidil Al Aqsa. Jangan hanya melihat sedang kita tidak berbuat apa-apa. Update lah di social media, beritahu kebenaran, sedangkan pihak disebelah sana sibuk memusingkan kebenaran. Gunalah platform, hashtag yang ada. Semoga Allah redha. Jika nanti di tanya, ada jawapan di hadapan Allah 

  • Gunakan Kelebihan Yang Kita Ada, mungkin boleh join Dragon Force
Bila tengok usaha Dragon Force, Allahu Akbar. Mereka berperang di alam maya tanpa ada imbuhan apapun setiap hari. Mereka ada pekerjaan sendiri namun mereka korbankan masa dan tenaga untuk agama. Dragon Force sangat memerlukan Angkatan Netizen Malaysia. Khabar baru harini yang saya baca, negara mereka telah digodam sebanyak 52% Allahu Akbar. Bagi yang ada kelebihan sedikit dalam Information Technology inilah peluang anda untuk berjihad

  • Turun Bersolidariti
Turun bersolidariti, tunjukkan kebenaran. Pilih event yang betul yang kita boleh bersuara menyatakan kebenaran, boleh bertakbir, boleh baca Doa Qunut Nazilah. Moga perhimpunan tersebut Allah redha

  • Muhasabah Diri
Hubungan dengan Allah, bagaimana solatmu, Al Quran mu, selawat mu..bila saya menulis disini sebenarnya peringatan kepada diri saya terlebih dahulu yang utama. Untuk kita bantu orang, kita perlu bantu diri sendiri dahulu utama.

From river to the sea, Palestine will be free 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah di alukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Tuesday 24 October 2023

Kebaikan Jalan Kaki 30 Minit Setiap Hari

Kita tinggal di Malaysia ni, saya tak cakap orang..diri sendiri huhu seboleh mungkin nak berkenderaan

Walaupun destinasi itu sangat dekat dan kita sebenarnya boleh je pergi dengan berjalan kaki

Sekarang dah ada pelbagai teknologi, smartwatches, apps.. bila tengok steps setiap hari huhu

Jom mulakan aktiviti berjalan kaki :)

Kebaikan Berjalan Kaki 30 Minit Setiap Hari

Kebaikan Berjalan Kaki

Bagi yang baru nak bermula, jangan ambil langkah yang drastik, biar perlahan dan selamat. Lama-lama timbul rasa suka dan best, insyaa Allah kita akan lakukan ianya sebagai rutin tanpa ada paksaan :)

Mungkin boleh mula dengan target yang kecil dan yang tidak mengambil masa yang lama. Kita yang sesuaikan mengikut keselesaan kita :)

Kebaikan Berjalan Kaki 30 Minit


  • Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Berjalan kaki setiap hari dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah pelbagai penyakit

  • Menurunkan Berat Badan
Berjalan kaki membantu meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori dalam tubuh

  • Menguatkan Sendi & Tulang
Mencegah daripada nyeri pada tulang dan sendi, membantu menguatkan mobiliti sendi dan mencegah penurunan kepada mass tulang

  • Menyihatkan Jantung
Dengan berjalan kaki, denyut jantung dan sirkulasi darah dalam tubuh meningkat.

  • Memperbaiki Suasana Hati & Kualiti Tidur
Hormon melatonin yang dihasilkan dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, membantu mengurangkan stress dan meningkatkan suasana hati 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan dan produk kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/Ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Sunday 22 October 2023

Apa Itu Mitokondria?

Pernah dengar orang sebut tentang Mitokondria..

Tapi Mitokondria tu apa? Penting ke pada tubuh? 

Jom baca satu persatu :)

Apa Itu Mitokondria?

Apa Itu Mitokondria?
Tengok gambar pun dah tahu ianya penting kan?


Mitokondria ni sebenarnya boleh diibaratkan sebagai kilang kepada sel-sel badan. Korang Tau Tak? Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi berkaitan dengan gangguan fungsi mitokondria. Seiring naiknya usia, mitokondria hilang bentuk, struktur dan kurang tenaga.


Fungsi Mitokondria

  • Tempat berlakunya metabolisme oksidatif
  • Proses untuk menghasilkan tenaga dengan memecahkan molekul kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana
  • Berfungsi sebagai tempat berlakunya perubahan tenaga potensi dalam bentuk makanan menjadi ATP (Adenosin Tripospat)

ResV Vix Shaklee

ResV Vix Shaklee

Secara amnya ResV & Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :

Vivix bertindak melalui 4 cara

  • Melindungi & Memperbaiki Kerosakan DNA
Setiap hari, sel kita diserang hampir kepada sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Contohnya asap kenderaan, sinaran UV,  radiasi, asap rokok, pencemaran dan bahan carsonigen. Vivix membantu perbaiki sel. ResV Vix : sel yang tak sihat di gantikan dengan sel yang baru dan bukannya sel rosak.

  • Mengawal Genetik
Banyak sel rosak berlaku menyebabkan proses penuaan berlaku begitu cepat. Ada yang kita lihat umur masih muda namun tampak berusia kan? Boleh bayang berapa banyak fast food kita ambil. asap kenderaan yang kita hidu setiap hari..belum ada ahli keluarga yang menghisap rokok (contoh). Setiap hari berapa banyak racun kita perlu tempuh? huhu pastinya ianya tidak baik untuk kesihatan kita.

Vivix membantu dalam mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

  • Menggalakkan Biogenisis, Pembentukan Baru Mitokondria
Bila Mitokondria gagal menghasilkan tenaga kepada sel, tubuh berisiko kepada masalah jantung, masalah hati, hilang daya kawalan tubuh, otot menjadi lemah, fungsi perut terganggu, penyakit pernafasan, masalah kepada pendengaran dan penglihatan juga tahap asid urik yang tinggi,

  • Menghalang pembentukan protein AGE
Protein Age ini adalah sejenis protein rosak yang menyebabkan sel-sel tubuh kita turut rosak. Protein Age ni masuk pada tubuh kita melalui lemak dan protein haiwan. Apabila banyak pembentukan protein Age, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada tahap selular yang mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. 

Vivix membantu menghalang pembentukan protein AGE sekaligus secara tidak langsung, ianya membantu dari kesihatan tubuh terutama penuaan dan penyakit yang kronik.

Kelebihan ResV Vivix Shaklee


Kelebihan Vivix Shaklee

Semoga Bermanfaat 

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Dengan keberkesanan dan produk kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/ Taman Melati/ Setapak/ Kuala Lumpur : Haryani
Sms/whatsapp : 014-7222642 
Fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak - LuvHaryani 
Tiktok/ig : LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Thursday 12 October 2023

Takde yang salah tentang Mat Jenin

Siapa tak kenal Mat Jenin?

Sebut je pasti ada andaian jangan jadi macam Mat Jenin

Tapi betul ke kenyataan tersebut?

Takde Yang Salah Tentang Mat Jenin

Nak kahwin dengan Puteri Raja

Mat Jenin ni sebenarnya dia berimaginasi dan ada plan yang dah dirangka untuk dia bertindak.

Semua orang tahu yang Mat Jenin nak kahwin dengan Puteri Raja. Jadi apa plan dia? Dia nak jual kelapa, kemudian dengan hasil urusniaga, dia nak beli ayam, itik, kambing, kerbau, gajah.. (itu adalah proses yang diterbitkan untuk menuju ke arah matlamatnya iaitu mengahwini Puteri Raja)

Mat Jenin tak mencuri, tak merompak, tak ambil hak orang. In case semasa dia berusaha dia mati dia masih lagi menjadi orang yang mulia

Mat Jenin faham apa itu plan atau strategi. Mat Jenin juga faham peribahasa Melayu, sehari selembar benang lama-lama jadi kain

Tapi kenapa kita di momokkan dengan jangan jadi seperti Mat Jenin? Ini adalah kerana ianya Penjajahan Minda

Jadi, sekarang kita dah tahu. Ada suatu impian jangan takut berimaginasi, bermatlamat dan buat tindakan

Angan-angan itu rugi dan membuang masa tapi tidak dengan berimaginasi dan mengambil tindakan sebab ianya juga langkah-langkah orang yang berjaya. 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan dan produk kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee.  Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp: 014-7222642 
Fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak- LuvHaryani 
Ig/Tiktok: LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Wednesday 11 October 2023

Promosi Shaklee Oktober 2023

Siapa tak suka jimat? Saya pun suka :)

Lagi-lagi sesuatu yang kita ambil, guna dan pakai

Jom tengok Promosi Shaklee Oktober 2023 ^-^

Promosi Shaklee Oktober 2023

Ready Set Welnness Shaklee

Promosi Twinpack B Complex & CarotoMix 

Promosi Shaklee Oktober ResV Vix
Promosi ResV Vix

Promosi Shaklee Oktober 2023 : Set Ibu Mengandung Shaklee
Set Ibu Mengandung Shaklee

Promosi Shaklee Oktober 2023 : Set Ibu Berpantang Shaklee
Set Ibu Berpantang Shaklee 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Tiktok/ig : LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895



Tuesday 10 October 2023

Gol Bersahabat

Hidup kita lebih indah dengan bersahabat

Seperti contoh saya Introvert, dapat pula kawan-kawan yang Extrovert

Benar-benar penyeri kehidupan :)

Sahabat

Sahabat

Bagi diri saya personally, Sahabat itu bermula sebagai kawan, kemudian kawan rapat yang tahu kebaikan keburukan, kekuatan dan kelemahan, kemudian naiknya usia dan seiring kematangan, Ya.. mereka adalah sahabat

Ada juga sahabat yang kita kenal apabila masing-masing sudah dewasa dan ia menunjukkan kepada jalan kebaikan.

Sahabat Menurut Islam


Sahabat menurut Islam adalah yang mempunyai iman yang kuat, setia, hormat, adil, kasih sayang, taat kepada Allah, sabar dan tawakal, menjauhi perilaku buruk, baik dan peduli juga kerendahan hati.

Menurut Imam Hasan Al Basri : Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah kerana sesungguhnya mereka akan dapat memberi syafaat pada hari kiamat kelak.

Menurut Ibnu Jauzi pula, Jika kalian tidak menemukan aku di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah mengenai aku. "wahai Rabb kami, hambamu Fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami mengenai Engkau. Maka, masukkanlah dia bersama kami di SyurgaMu"

Imam Asy-Syafie : Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan termasuk di antara mereka. Semoga bersama mereka, aku berharap akan mendapatkan syafaat kelak dan aku membenci kepada para pelaku maksiat dan dosa walaupun aku tidak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siannya walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia"

Surah Al Zuhruf, ayat 67-68 : 
Pada hari itu sahabat-sahabat karib (yang saling mencintai); setengahnya akan menjadi saling bermusuhan kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)".

Gol Bersahabat
Gol Bersahabat, Moga Allah izinkan Insyaa Allah

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/Ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...