Sunday 30 August 2015

13 Cara Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak

Di dalam sebuah perkahwinan pasti setiap pasangan pasti ingin mendapatkan zuriat

Tapi ada pasangan yang Allah uji telah lama berusaha namun masih belum mendapatkan zuriat. 

Jangan berputus asa ingat Kisah Nabi Zakaria as yang memohon untuk mendapatkan zuriat. Nabi Zakaria a.s tetap terus berdoa dan bermunajat kepada Allah tanpa mengenal putus asa.

Kisah Nabi Zakaria as & Al-Qur'an


Terjemahan antara kisah Nabi Zakaria as di dalam Al-Qur'an

  • Surah Ali Imran , ayat 38
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan Nya, katanya, "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan"

  • Surah Al-Anbiyaa, ayat 89
" Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata, "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Setelah sekian lama berusaha dan berdoa, akhirnya Allah SWT memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan mengutuskan Malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.

  • Surah Maryam, ayat 7
"(Ini ialah) perihal limpahan rahmat TuhanMu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria"

13 Cara Ikhtiar Untuk Mendapatkan Anak



  • Makanan Sunnah
Amalkan makanan sunnah seperti susu, madu, habbatussauda dan kurma setiap hari

  • Elakkan Tekanan
Tenangkan diri dan dapatkan rehat yang secukupnya

  • Kitaran Haid
Ini penting bagi perempuan. Jaga dan pastikan kitaran haid sentiasa teratur.

  • Doa Ibu Bapa
Minta Ibu Bapa (Mentua juga) berdoa untuk kita. Ingat! Doa Ibu Bapa untuk Anaknya pasti dimakbulkan , In sha Allah :)

  • Doa
Berdoa bersungguh-sungguh dan jangan pernah berputus asa. Doakan juga untuk teman-teman kita yang ingin menimang cahaya mata. Setiap doa yang baik kita doakan untuk orang lain, Allah berikan juga kepada kita :)

  • Pemakanan & Diet
Pastikan makan makanan yang berkhasiat. Ingat! BMI itu penting, bukannya berat badan.

  • Petua Susu Kambing
Amalkan minum susu kambing yang dikisar bersama 2 biji kurma setiap hari.

  • Makanan Tambahan
Makan Vitamin dan makanan tambahan seperti Asid Folik yang dapat meningkatkan kesuburan.

  • Berurut
Berurut boleh menghilangkan tekanan dan akan menggalakkan hormon ketenangan dan membantu kehamilan 

  • Jauhi Rokok
Kajian Saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lambat untuk mengandung.

  • Niat Yang Baik Untuk Mendapatkan Zuriat

Niatkan semoga zuriat itu, memberi manfaat buat kita semasa hidup dan setelah meninggal dunia. Dan memberi manfaat kepada Agama Allah.

  • Tawakal
Setelah kita berusaha, bertawakallah kepada Allah.

  • Doa Ketika Bersama Suami
Ertinya : Dengan Nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Engkau kurniakan kepada Kami"

sumber : Imuslimshop

Nasihat Dr Hamid Arshat Untuk Pasangan Yang Berusaha Untuk Memiliki Zuriat


Nasihat Dr Hamid Arshat Untuk Pasangan Yang Berusaha Untuk Memiliki Zuriat.


Set Kesuburan Shaklee Premium


Set Kesuburan Shaklee Premium


Set Kesuburan Shaklee Premium membantu dalam :

  • Tingkatkan Kesuburan
  • Haid Lebih Teratur
  • Bantu Stabilkan Hormon
  • Matangkan Ovum
  • Bantu Kuatkan Rahim
  • Nutrisi Lengkap


Semoga Bermanfaat! 

Ingin dapatkan Nutrisi Set Kesuburan Premium Shaklee? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.


Pesan Sekarang
ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID: 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

5 Cara Mudah Masker Buah Agar Kulit Kembali Cantik & Bermaya

Buah-buahan kaya dengan vitamin  yang baik untuk tubuh.

Buah-buahan juga mampu menghaluskan kulit, mencerah dan berseri setiap hari tanpa keluarkan perbelanjaan yang banyak

5 Cara Mudah Membuat Masker Supaya Kulit Jadi Halus & Mulus

Masker Buah, Kulit Cantik & Bermaya


Masker Buah, Kulit Pasti Mulus


Tips Masker Supaya Bertindak Secara Maksimum


  • Basuh muka dengan air suam untuk buka pori-pori wajah supaya penyerapan lebih sempurna
  • Pastikan wajah atau muka kita dalam keadaan bersih. Cuci wajah dan bersihkan daripada sisa-sisa krim, kosmetik atau kotoran sebelum terus guna masker
  • Bila pakai masker, perlu dalam keadaan  berbaring dan kurangkan bercakap ketika gunakan masker untuk hasil maksimum
  • Guna 2 potongan nipis timun untuk tutup mata sehingga tubuh kita jadi lebih relaks :)

5 Masker Buah & Cara Membuatnya


  • Timun
Mesti semua tahu , timun boleh buat Masker? lagi-lagi kalau mata penat, memang timun lah jawapannya :) Tapi untuk wajah, timun juga mampu untuk menghaluskan kulit! 

Caranya adalah kisarkan timun, tambahkan susu tepung atau susu cair (tanpa gula dan air taw) hingga adunan menjadi sebati. Oles pada wajah lebih kurang 30 minit. :)

  • Limau Nipis
Limau Nipis kaya dengan Vitamin C dan Asid Sitrat .Ia boleh membantu menegangkan pori-pori kulit, menghalang kotoran yang tersumbat pada kulit dan membuat kulit kelihatan lebih cerah. 

Cara membuatnya adalah ambil sebiji telur dan ambil putih telur sahaja. Pukul putih telur dan campurkan dengan perahan air limau nipis sedikit demi sedikit. Adun sehingga sebati sampai nampak seperti masker. Ratakan campuran masker pada wajah dan biarkan selama 20 minit.

  • Betik
Betik membantu dalam pengelupusan kulit mati, kurangkan cela pada kulit. Ia juga kaya dengan Vitamin C dan asid alfa hidroksi (AHA) untuk kulit lebih tegang. 

Caranya adalah kisarkan timun, tambahkan susu tepung atau susu cair tanpa gula dan air sehingga adunan menjadi lebih sebati. Letakkan pada wajah selama lebih kurang 30 minit.

  • Avokado
Avokado boleh bertindak sebagai pelembap semulajadi. Selain itu, Avokado juga mengandungi Vitamin A, K, C, Zat Besi dan Antioksidan yang boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan pada kulit. 

Caranya adalah campur setengah biji Avokado dengan 1 sudu teh minyak zaitun atau madu. Gaul rata sehingga mendapat tekstur masker. Ratakan masker Avokado pada kulit yang bermasalah. Biarkan selama 15 minit

  • Sengkuang
Sengkuang dapat membantu kulit wajah menjadi lebih putih untuk semua jenis kulit. Sengkuan juga bermanfaat untuk menegangkan dan melembapkan kulit.

Cara membuatnya adalah kisarkan sengkuang, campurkan dengan sedikit madu dan perahan air limau nipis. Sapukan pada kulit yang bermasalah seperti waajah, siku atau lutut selama lebih kurang 30 minit.


Kulit Wajah Cantik Selepas 7 Tahun Terseksa


Semoga Bermanfaat! :)


Anda berminat dengan rangkaian produk Shaklee. Hubungi Ani, 014-7222642 untuk keterangan lanjut.


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday 27 August 2015

Tips Penjagaan Kulit Kepala Untuk Wanita Bertudung

Siapa suka berfesyen untuk rambut?

Senyum sekarang, :D :D Ani pun suka

Tapi fesyen pun biarlah menutup aurat kan dan penting, tak garu sana sini akibat peluh juga keadaan rambut.

Tips Penjagaan Kulit Kepala Untuk Wanita Bertudung


Tips Penjagaan Kulit Kepala Untuk Wanita Bertudung

Ani dapat ni jadi kita kongsikan bersama :D

  • Urut kulit kepala sekerap mungkin dengan hujung jari secara perlahan untuk merangsang perjalanan darah ketika kita membasuh rambut 
  • Jangan bilas rambut dengan menggunakan air yang sangat panas sebab kulit kepala sangat lembut dan sensitif. Kalau buat juga, ia akan mengakibatkan kelemumur dan gatal berpanjangan. 
  • Beri ruang bernafas untuk kulit kepala. Tanggal tudung terutama sekali tidur, tapi kalau pergi kem, atau yang melibatkan ramai orang, jangan buka tudung , tukar tudung untuk tidur,tidur je camtu dan jangan lupa lepaskan rambut anda tanpa sebarang ikatan.:)
  • Elakkan penggunaan produk penjagaan rambut terus ke kulit kepala sebab takut ia akan menutup liang-liang pori yang akan menyebabkan berlakunya kemumur dan kegatalan
  • Untuk mengikat rambut, pastikan rambut tak basah dan jangan ikat rambut terlalu kuat hingga timbul rasa sakit kepala dan masalah keguguran rambut
  • Gunakan material tudung yang sesuai ketika cuaca panas supaya  kulit kepala tidak berpeluh. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan rasa rimas sepanjang hari
  • Penggunaan hijab lebih separuh hari boleh berlakunya pengeluaran minyak pada kulit kepala. Bagi memastikan rambut tidak berbau dan kekal segar, gunakan syampu yang sesuai untuk mengelakkan minyak pada kulit kepala dan rambut
  • Gunakan perapi rambut selepas bersyampu bagi merawat rambut yang rosak. Ia juga membantu menguatkan lagi rambut yang selalu gugur.

Bagaimana Puan Ini Mengatasi Masalah Rambut Gugur Yang Sangat Kronik?



Ingin dapatkan nutrisi seperti Pn Maria Awi ambil? Cepat call @ whatsapp Ani, 014-7222642 hari ini juga.


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU


 Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.Kehadiran Anda amat di alukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday 20 August 2015

Adakah Cara Pengambilan Makanan Seharian Yang Di Ambil Mengandungi Nutrisi Yang Seimbang?

Pernah dengar orang kata "You Are What You Eat"

Semestinya ia berkait rapat dengan cara pemakanan kita seharian

Harus di ketahui, Diet Seimbang adalah Kunci kepada Nutrisi Tubuh Lengkap :)

Nutrisi Seimbang


Piramid Makanan Nutrisi Seimbang

Kebiasaanya, kita lebih memilih untuk ambil lebih banyak karbohidrat dan kurang sayur.Kurang bermaksud sedikit sangat tetapi garam kita ambil berlebihan huhu. Di Malaysia, Kes Darah Tinggi  sangat tinggi. 

Hakikatnya, 73% Rakyat Malaysia tidak mencapai saranan pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari.

Kalau ambil pun, cuba tengok makan Sate. Timun nya ciput je. hehe Sama seperti Nasi Lemak kan :)

Kementrian Kesihatan Malaysia mencadangkan pengambilan 3 cawan sayur dan 2 sajian buah setiap hari.

Mana nak cekau kan? Di situ pengambilan Vitamin (tiba-tiba hehe)

Kesan Kepada Nutrisi Yang Tidak Seimbang


  • Cepat Letih
Jarang Exercise, tak makan sayur, jarang bergerak. kena check balik pemakanan :)
  • Kolestrol Tinggi
Pengambilan makanan yang tidak seimbang, lemang, rendang, pulut. Koletsrol Tinggi penyebab kepada penyakit lain datang
  • Terdedah Kepada Penyakit
Bila tak cukup nutrient, mudah jatuh sakit.
  • Obesiti
Apabila makanan tidak di kawal, Obesiti boleh berlaku
  • Kurang Berat Badan
Kekurangan nutrient secukupnya dalam badan

Kebaikan Diet Seimbang



Pengambilan Makanan Seharian Diet Seimbang


Dalam sajian harian kita, dalam pinggan ada portion berikut, cukup itulah Diet Seimbang 

  • Sihat & Bertenaga
  • Menyokong Fungsi Normal Badan
  • Membantu Menguatkan Sistem Imun

Nutrisi Tubuh Lengkap


Dalam hidangan setiap hari, kita memerlukan Protein yang secukupnya. Protein membantu membina, menyelenggara dan memperbaiki tisu badan, organ dalaman, otot, sistem imun dan hormon

Jumlah Protein yang di ambil oleh setiap orang berbeza kerana ianya bergantung kepada Jantina, Umur & Aktiviti Fizikal

Cara Pengiraan Protein Anda Seharian

Normal : Berat X 0.8
Ibu Mengandung : Berat X 1.0
Atlet : Berat X 1.5
Angkat Berat : Berat X 1.8


Vitamins & Mineral juga sangat di perlukan oleh tubuh Vitamin A, B C D E & K dan sumber Mineral lain

Omega 3 iaitu Asid Lemak. Lemak terbahagi kepada dua iaitu Lemak Baik & Lemak Jahat

Lemak Baik membantu menurunkan paras kolestrol & trigliserida

Contoh : Ikan Salmon mengandungi Omega 3 yang baik pada tubuh

Lemak Jahat adalah lemak yang kita tak nak. Lemak Jahat meningkatkan paras kolestrol dan sumbat arteri

Contoh Lemak Jahat adalah Produk Tenusu tinggi lemak, kelapa, santan & minyak kelapa sawit

Antioksida pula diperlukan untuk menuetralkan radikal bebas

Cirinya adalah sayur juga buah yang berkulit gelap. Itulah yang mempunyai Antioksidan Tinggi :)

Semoga Bermanfaat! :)


Anda berminat dengan rangkaian Produk Shaklee.  Hubungi Ani 014-7222642 untuk keterangan lanjut.


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat di alukan :D

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Tuesday 18 August 2015

Cara Ani & Tips Atasi Black Head & White Head Dengan Berkesan

Zaman remaja sekolah zaman terindah kan?

Ani suka aktiviti luar, gelak sana gelak sini , lawatan, panas hujan, semua ku redah , hihi zaman remaja,  zaman terindah :)

Disebabkan keseronokan dan gembiranya, tak terkecuali, Ani juga mengalami masalah white head & black head  di muka :hoho

White Head & Black Head


White Head & Black Head
gambar : Google


Pemahaman Ani, bila ada White Head, lama-lama jadi Black Head. Kemudian, mula lah tangan menggatal picit, picit picit dan jadi balik , picit balik kisahnya sampai sudah tak hilang-hilang huhu

Jangan sesekali picit ikut suka hati ye! huhu. 

White Head jadi sebab lebihan minyak atau kulit mati yang terperangkap bawah liang yang tertutup. Minyak dan bakteria yang terperangkap itulah yang membentuk jerawat dalam, atau lebih senang kita panggil White Head

Black Head pula pori yang tersumbat tetapi keadaan permukaan yang lebih terbuka.Terdedah pada udara, berlakulah pengoksidaan sekaligus menyebabkan Bintik Hitam ataupun Black Head

Tips Atasi Black Head & White Head Dengan Berkesan


  • Rajin cuci muka. 

At least 2 x sehari.  Pilih pencuci muka yang memang untuk mencuci muka dan bukanlah sebarangan sabun 


  • Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka 
Tuala untuk lap muka  asingkan daripada tuala lain. 

  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak

  • Minum air kosong setiap hari 2-3 liter
Minum air kosong setiap hari. Air kosong untuk kesihatan untuk cantik juga kan! :D

Cara Ani Menangani White Head & Black Head 


Siapa kenal Ani dari sekolah! Senyum sekarang hehe. Sekolah Menengah lah kan! Mesti nampak Black Head yang ada di wajah ku kan! Berdiri berborak pun boleh nampak. Kawan suggest ni suggest tu tak lut. Tak Jalan!

Almaklumlah, budak rajin berpanas, berkadet, siapa Kadet Polis?? kita sama (tapi sampai form 3 jela hehe)!! :P, balik sekolah redah hujan.hehe 

Apa Ani buat untuk kurangkan White Head & Black Head?


  • Minum Air masak setiap hari . Bagus 2-3 liter sehari kan? :)


  • Cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser NutriWhite Shaklee
Ada kisahnya, Sebenarnya Ani guna pencuci lain tapi disebabkan oleh surroundings dan pembacaan hehe ada yang kata Gentle Deep Foaming Cleanser ni baik dan bagus, lagi mencuci sampai ke dalam, besar lagi menjimatkan pakai sampai setahun ha.. gitu ceritanya. Ani pun cuba! Best taw! Memang ternyata berhasil, Black Head & White Head ku berkurangan. Oh Yeah!! haha


Testimoni Black Head NutriWhite


  • Ani ambil Vitamin E Shaklee
Sebenarnya Ani ambil Vitamin E untuk elak sunburn sebab diri sendiri memang keluar tak suka pakai cream banyak-banyak. Rupanya, dia juga membantu mengurangkan Black Head & White Head

Tak ke Best tu? Nak 1 dapat 2, belum campur benefit lain lagi hihi

Testimoni Black Head Vitamin E Shaklee
testimoni : Vitamin E

Itulah yang Ani buat secara konsisten.hehe  Makanan berminyak juga perlu  di kawal.


Semoga Bermanfaat! :D


Berminat dengan Gentle Deep Foaming Cleanser & Vitamin E Shaklee? Cepat hubungi Ani 014-7222642 dengan segera.



Pesan Sekarang

ATAU


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat di alukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani

Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday 13 August 2015

Rahsia Ani Untuk Kekal Cantik & Cergas Sepanjang Hari

Sebenarnya entri ni terhasil daripada pertanyaan gambar di bawah hoho

Alhamdulillah atas kurnia Nya, segala pujian Ani pulang pada Pencipta

Itu tempat sebetulnya kan? :)

Rahsia Ani Cantik & Cergas? Ianya Bukan Rahsia :)


Rahsia Ani CAntik & Cergas

Sebelum Ani pergi jauh, biar Ani mengaku, gambar ni Ani pakai make up ha hihi, nampak tak celak tu, lipstick tu.. 

Katanya perempuan, harus make up kan bila ada programnya kan! :), Sebenarnya, Ani pakai Balancing Moisturizer Enfuselle Shaklee, Bedak Silky Girl , celak Maybelline dan lipstick RM10 Powdery Matte Kiss Proof tu (wanita mesti tahu kan hehe? itu jelah hehe) Itulah kisahnya huhu

Tapi yang membuatkan Ani tulis entri ni adalah Ani tahu ada yang nak tahu lebih dalam bukan sekadar make up kan :D

Rahsia Ani Untuk Cantik & Cergas Sepanjang Hari


  • Tak Tidur Selepas Subuh
Ani pernah buat eksperimen dekat diri sendiri. Bila tidur selepas subuh, badan jadi lemau berbanding hari-hari yang tak tidur selepas subuh walaupun sekejap. Pendek kata , tidur selepas subuh Ani rasa macam. "kenapa malas satu hari ni?" huhu . 

Jangan tidur lepas subuh!

  • Ambil Breakfast 
Ani macam chipsmore kan! kejap ada kejap takde hehe. Sebab Ani suka bergerak , kalau Ani tak ambil breakfast, Ani akan cepat penat. dalam pukul 10 lebih mesti perut menyanyi kalau tak breakfast. Ani akan pastikan Ani ambil breakfast walaupun sedikit.

  • Ambil Supplement
Supplement yang Ani ambil setiap hari yang Ani nak dia ada juga adalah Vitamin C, Vitamin E , B Complex :) Dulu Ani add on GLA Complex sekali untuk pms, Alhamdulillah bila period dah ok, tiada senggugut. Ani kekalkan konsisten ambil 3 Vitamin tu :D

  • Tidur masa sepatutnya
Ani pernah tidur lambat waktu 2-3-4 pagi, mungkin sesetengah orang dia ok Untuk Ani, Ani tak boleh! Sebab mata Ani tak boleh tidur pagi pukul 9-10 pagi , nak balas balik tak boleh huhu atau kalau Ani buat jugak, Ani lemau taw pagi tu, Ani rasa kepala Ani weng weng huhu

  • Minum Air Secukupnya 
Minum air masak banyak. Air masak membantu untuk cantik dan sihat. Dekat rumah, senang nak top up air, tapi kalau kerja dulu dekat office, memang Ani ready botol air yang Tupperware besar tu. Itulah kadar Ani minum :)

  • Dhuha
Nak dipermudahkan segala urusan. Dhuha lah jawapannya. 

Satu cerita yang Ani nak kongsikan dengan semua, sebenarnya Ani kena paksa dengan Mama untuk buat dhuha masa zaman belajar dekat U dulu.huhu

Ani, bila kena paksa. Ani buat endah tak endah, orang kata buat tapi bukan sepenuh jiwa. Sekadar buat ,buatlah huhu tapi nak jadi cerita,  Ani dah lambat nak keluar rumah nak pergi Puduraya (masa tu Puduraya lagi, nak naik bas ekspress balik U), Di sebabkan keluar lambat, kenalah marah ye tak? hihi elok-elok biasa naik lrt ke Puduraya, kali ni Mama hantar, best lah kan? hehe 

Tapi bestnya lagi adalah dari Taman Melati ke Puduraya, lampu isyarat semua HIJAU!! Ini bukan cerita rekaan, ini betul-betul kejadian. Elok-elok kena tazkirah, Ani dengan Mama boleh terdiam, nampak Magic depan mata. Best!! , Ani siap boleh beli makanan lagi nak makan dalam bas. Kalau ikut logik akal memang tak sempatlah nak beli makanan huhu

Di situlah permulaan Ani buat Dhuha. Bayangkan Ani buat secara paksa, Allah tunjuk kuasa Dia

Selepas kejadian tu, terus Ani stick dengan Dhuha :)

Vitamin Shaklee Yang Ani Amalkan Secara Konsisten Untuk Kekal Cantik & Cergas!


video : SuperMom

Semoga Bermanfaat! :D


Nak Ambil Vitamin Yang Sama Dengan Ani? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 sekarang juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat di alukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Wednesday 12 August 2015

Tak Dapat Keputusan UPU 2015 untuk STPM ,Cuba Lagi!

Entri kali ni Ani gelar diri sebagai Akak yeh rasa lebih rapat dengan adik-adik

Sebab memang untuk kalian.Semalam keluar result UPU untuk STPM kan? :)

Yang Berjaya, Alhamdulillah, Yang tak dapat, Jangan patah semangat , buat rayuan!

Alhamdulillah untuk apa yang telah di usahakan


Alhamdulillah atas usaha

Tanya Akak , Akak sangat percaya dengan bersyukur. Sebab bila kita sebagai hamba bersyukur, Allah akan bagi lebih. :)

Alhamdulillah untuk usaha lepas, Syabas! :D Eureka lah kan! ^_^

"Akak , saya tak dapat masuk U"


Jujur, entri ni tak fokus langsung pada Adik Akak. Nak taw dia pergi U mana, molek tanya dia sendiri.

Ada yang kongsi dengan Akak

Akak, saya tak dapat mohon U, tiada nasihat lain yang Akak beri hanyalah buat rayuan. 

Katanya dia tak yakin dapat tak, Akak jawab kalau tak nak buat rayuan, ramai lagi yang nak!

Dapat tak dapat urusan Dia, kita sebagai hamba usaha


Kisah Akak & Nama Tiada Dalam Senarai


Sungguhlah, bila ada adik-adik mengadu dengan Akak,  Akak faham perasaan tu, boleh berjurai air mata

Kalau cerita ni boleh menaikkan motivasi kalian, ambil dan jangan give up

Ceritanya Akak apply Degree, masa keluar result, "nama tiada dalam senarai".

Haru, orang lain boleh taw dapat ke tak, Akak punya keluar "nama tiada dalam senarai"

Satu yang perlu kalian faham, Akak tak berhenti kat situ

Akak isi rayuan via internet, tapi masa tu 50-50 dapat ke tak sebab nama tiada dalam senarai

Akak panjat turun naik pejabat. Akak telefon, pass sana, pass sini. Segala Surat Rayuan, transkrip diploma, apa saja sijil Akak heret bukan sekali berkali-kali, penat tolak tepi sebab desire nak!

Akak nak sampai lah orang dah masuk U, result rayuan keluar Akak checked, budak-budak rayuan dah masuk U pun Akak still buka laman web tu dengan harapan keluar nama Akak, 

Akak bina kekuatan dengan degil dan semangat Akak. Bila orang nak menyerah Akak tak suka menyerah.Teringat kata kawan masa Diploma, lagi susah Lecturer tu, lagi kau nak! :D

Jujur Bohonglah tak gesek biola (sedih), tapi Akak tak suka biar lama-lama rasa tu,

Sampailah, Kisahnya bila budak rayuan dah masuk U memang dah tiada harapan , (ikut logik akal). Akak faham erti redha. Sebab Akak taw Akak dah buat terbaik, kalau Allah tak bagi maknanya itu terbaik untuk Akak.

Masa tu rasa. Sampai sini untuk usaha kali ni. Pintu First Intake dah tertutup.

Miracle Jadi, Panggilan Telefon Berbunyi


Seminggu lepas kejadian, orang pun dah selamat belajar, Akak dapat telefon, Akak dapat masuk U!

Adik, Akak dapat walaupun orang lain dah belajar jauh, Akak dapat masuk.

Tak silap seminggu dia bagi masa untuk prepare segala barang

Adik, Akak bukanlah ada orang besar nak mohon U, Akak turun naik, turun naik tunjuk cgpa diploma, Allah, tiada yang menggerakkan hati manusia melainkan Engkau, tiada yang dapat tolong melainkan Engkau

Allah yang bagi, Ihsan Allah. Siap masa register tu sebab cgpa Alhamdulillah, di tawarkan lagi nak Finance ke Islamic Banking, Akak stick dengan apa yang Akak nak, Islamic Banking

Bila orang tanya bagaimana dapat masuk, sungguh akak tak taw!

Dean List Semester Tersebut


Akak masuk lambat, Akak pun tak taw apa yang diorang dah belajar. Akak taw masa tu Akak tak nak gagal , Tak Nak!

Usaha tak terhenti di situ, Akak ambil notes kawan-kawan pinjam, photostat mana patut, Time makan pun belajar . Gigih! Tak hirau orang. Perangai gerak sorang memang terdidik dari dulu huhu

Final Exam menangis sebab tak confident lulus subjek Statistics & tak nak gagal. Sekali  subjek Statistics tu lulus dengan cemerlang hehe, Dean List lagi untuk semester tu.Alhamdulillah :D

Serah Pada Allah


Akak takdelah minta korang usaha macam Akak, Kes Akak berbeza, nama tiada dalam senarai . Orang lain pun tak suruh Akak usaha gigih macam tu tapi sebab Akak nak, Akak buat, Akak tahu semua jadi atas izin Nya baik buruk... Cuma Akak harap jangan give up! Buat Rayuan! Kalau tak dapat juga, apply untuk second intake sebab Yang Memberi adalah Allah

Perbendaharaan pada Allah. Yakin & Tawakal Pada Nya

Ingat, Kita Merancang, Allah Juga Merancang. Tapi, Perancangan Allah Yang Lebih Baik.

Aja Aja Fighting!! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin. Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tips Ani Kekal Kurus Walaupun Makan Banyak

Pernah dengar tak orang kata orang yang lahir Bulan November ni kadang-kadang susah untuk faham. Kadang-kadang Ani pun rasa begitu huhu Ani pun tak taw kenapa makan tapi tak naik-naik hohoho

Tapi, since ada yang tanya dan jelous katanya,

Mari Ani cerita cara makan Ani. Jeng Jeng Jeng

Cara Makan Haryani Yang Tak Naik Naik Badan


Saja je nak tunjuk gambar Anuar Zain hehe


  • Ani ambil sarapan pagi setiap hari
Macam mana keadaan sekalipun, pagi Ani tetap ambil sarapan pagi walaupun hanya buah atau roti dan apa sahaja yang ada di dapur. ~ngee. Sebaiknya banyaklah kuantitinya sebab pagi kan nak pakai tenaga banyak, tapi kalau tak banyak pun , Ani akan pastikan pagi Ani jamah walaupun sedikit.

P/s :  Pagi tadi Ani makan buah :)


  • Ani makan sedikit tapi berulang kali
Ini memang tak di nafikan. huhu Nak taw satu cerita tak? Ani makan nasi guna mangkuk . Ya Benar ni! hehe Memang Ani makan guna mangkuk. Bukan mangkuk maggi, mangkuk kecil tu.  Memang peel Ani. huhu Ani makan nasi berlauk, lepastu kenyang, bila lapar, makan balik hihi, makan lah banyak-banyak kali hehe

Kebiasaannya sehari ada lah makan 3 @ 4 mangkuk nasi.  Ikut perut nak makan berapa kali 3 atau 4 hihi

P/s : Kalau orang datang rumah, Ani tukarlah pinggan tapi kuantiti makan tetap sama :)


  • Ani pastikan Ani makan Nasi setiap hari
Kalau orang kata nak kurus tak payah makan. Ani tak setuju sebab Ani kurus pun Ani makan nasi. Macam mana kata tak makan nasi huhu.. Ambillah nasi kan karbohidrat. Nak buat kerja kena ada tenaga.Ambil walaupun sedikit


  • Ani jarang makan Fast Food 
Ani sangat jarang makan fast food atau makan kedai mahupun restaurant. Di sini dah nampak Ani suka duduk rumah hihi Keluar Ani makanlah tapi ..tapi  kalau ada kulit ayam Ani letak tepi, Air Gas Ani tukar Air Lain.  Yang lain semua Ani bedal, penting halal hehe. Tapi jaranglah makan fast food atau luar, lebih kepada masak sendiri atau air tangan Ibunda lagi sedap kan!~ngee:D


  • Ani tak makan berat selepas Pukul 9 atau 10 malam
Dekat rumah, untuk makan malam, mostly Ani ambil dalam pukul 6 petang atau lepas maghrib, ada lah sekali sekala lajak. Tapi, Ani tak displinkan diri Ani untuk makan lambat melainkan kalau keluar dan orang ajak makan atau orang jemput Ani pun free waktu tu. Ye! Ani makan. :D


  • Ani minum air banyak
Ani sangat suka minum air. Kalau dulu kerja office, Ani bawa botol air Tupperware besar tu. Minumlah :D Balik sama ada habis sebotol  atau tinggalkan sikit untuk perjalanan menyinggah atau bergerak ke mana Ani nak :)


Jangan Lupa Mengemas Rumah! :)


Habit Ani, bila keluar bersukan dengan kawan-kawan, Ani tak suka bersenam yang serious, Ani lebih kepada gelak gelak, nampak belon, Jom main! hihi, suka hati Ani jogging jalan short cut hihi Ani prefer kemas rumah. Kemas rumah bukan ambil masa 20 minit ke 10 minit huii, nahe! Ani faham mengemas bukanlah ikut suka hari nak kemas ke tidak kan! Bila mengemas, kita sapu sampah, mop, sidai baju, angkat kain, lipat baju, memasak, basuh pinggan , kalau ada kucing lagi bagus dia pun mengemas sekali hehe, Semua tu senaman sebenarnya :D


Pecah sudah cara makan Ani, rasa boleh ikut, ambillah penting jangan berdiet sampai tak skip makan taw! Cara diet banyak, pilih yang selamat dan selesa. Biar kurus secara sihat :)

Belanja Satu Video, Ibu Manis Turun 20 kg!




Nak dapatkan nutrisi seperti Puan Salwa yang turun 20 kg berat badan ? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kerbeksanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...