Kesesuaian Fabrik Dengan Bentuk Tubuh

Entri ni sebenarnya lebih kepada wanita

Kerana DiriMu Begitu Berharga, peace Yo! hehe

Sedikit Tips Untuk Kita Bersama :)

Kesesuaian Fabrik Dengan Bentuk Tubuh


Kesesuaian Fabrik
Cantik kan Irma! Perwatakan dia, Pembawakan diri. Ani suka dia sampai Ani ada buat baju macam ni jugak untuk Raya beberapa tahun lepas :)

Bentuk Tubuh Tidak Seimbang

  • Elakkan diri  dari memilih fabrik jenis ringan, nipis dan jarang sebab ia menampakkan lagi bentuk tubuh yang tak seimbang.
  • Pemilihan corak bergantung pada susunan baju tersebut. Kalau corak bunga besar memang cantik bila kena pada bentuk tubuh seseorang.
  • Pemilihan  warna fabrik disaran untuk gunakan warna terang mengikut keadaan. Elak pilih warna gelap sebab ianya tidak membantu untuk menutup kekurangan bentuk badan.
  • Blaus perlu tutup bahagian punggung dan tidak terlalu labuh. 
  • Untuk seluar pula, pilih potongan lurus atau straight cut.
  • Corak bunga halus pilihan warna terang mampu membantu menyembunyikan kekurangan tubuh yang tidak seimbang
  • Untuk tubuh jenis sebegini, fokus penekanan kepada jenis fabrik, potongan juga warna.

Tinggi dan Besar

  • Bentuk tubuh begini perlukan jenis fabrik lembut dan berat. Sebab fabrik sebegitu mampu meberikan ilusi lebih langsing kepada  pemakai
  • Pakaian yang sedikit longgar dan tak terlalu ketat. Jika pakaiant terlalu ketat dan menampakkan bentuk tubuh, mereka yang berbentuk badan seperti ini akan kelihatan lebih gemuk dan besar
  • Bila menggayakan pakaian hitam, lebih baik jika ia di bahagian dalam sahaja dan padankan dengan kardigen jaket longgar yang warnanya lebih menyerlah
  • Elakkan warna warna lembut atau terlalu terang kerana ia akan memberikan kesan lebih besar kepada saiz badan seseorang
  • Jika menggayakan pakaian bewarna hitam, padankan dengan seluar atau skirt dari wana bertentangan dan serasi. Tetapi,harus di ingat, perlu memilih fabrik yang berkonsep sedikit longgar bukan yang ketat

Rendah dan Besar

  • Untuk tubuh badan sebegini lebih tertumpu kepada jenis corak yang digayakan. Elak pakaian bercorak belang dan serabut. Lebih elok gunakan fabrik kosong atau hanya mempunyai sedikit sahaja corak
  • Apabila tubuh badan bersaiz besar dan rendah, ditambah dengan corak pakaian yang besar pula, si pemakai akan kelihatan tenggelam dan sarat. Pilih corak yang lebih kecil atau fabrik yang kosong
  • Elak daripada memakai pakaian dan fabrik yang punya banyak renda, corak dan gaya
  • Corak jalur menegak  menampakkan tubuh badan  lebih kurus. Lebih sesuai jika warnanya lebih terang
  • Gayakan pakaian dengan corak dan rekaan yang lebih ringkas dan kemas dan menarik :)
  • Gabungkan warna-warna semulajadi atau warna-warna tanah bagi menambahkan ton warna pada pakaian
  • Pilih seluar yang berbentuk lurus dan tidak terlalu longgar atau ketat. Padankan dengan kasut tumit tinggi agar penampilan kelihatan lebih lansing dan tinggi.


Tinggi dan Kurus

  • Tubuh badan begini sangat mudah untuk dipadankan dengan apa juga fabrik atau pakaian. Tak perlu bimbang. Cuma perlu berhati-hati dengan corak dan potongannya
  • Corak yang dipilih perlu bersaiz agak besar atau melintang. Pastikan tidak memilih corak yang halus dan berjalur menegak kerana ini menampakkan lagi saiz badan yang kurus dan tinggi
  • Jika gunakan gaun, pastikan gaun tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua ton warna dan corak. Jika gaun yang bersifat kosong, tubuh badan akan kelihatan sangat kurus dan tidak menarik


Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Ibu Hamil Cergas Bertenaga Dengan Set Ibu Hamil Shaklee

Vitamin bukanlah ubat Vitamin bantu untuk lengkapkan nutrient yang tiada atau hilang pada tubuh Nutrisi lengkap mempengaruhi tahap ...