Monday 10 August 2015

Pengalaman Ani Travel Tidak Perlu Hotel! Sungguh Menjimatkan! :D


Sebenarnya inilah pengalaman pertama kali Ani travel tak perlu hotel!

Jangan pandang rendah, Best ok? ;D

Memang betul-betul gunakan masa sebaiknya :)

Cameron Highlands Perjalanan Yang Menjimatkan ! 


Ani sebenarnya ikut sepupu bersama rombongan . Pengalaman baru satu peluang sambil cuci mata berjumpa dengan orang-orang baru. Buka minda taw! hihi

Bestnya travel kali ni  tiada Hotel! Di situ dah menjimatkan ! :)


Cameron Highlands Perjalanan Yang Menjimatkan!


Bagaimana Perjalanan Tiada Hotel?


Mengikut kata-kata Mak Ani, travel begini sama seperti masa dulu-dulu. Masa remaja pun mak Ani buat begitu, Jadi, nampak tak connection kat situ Mak dengan Anak? hihi

Sebab mereka berkumpul di Mambau. Jadi Ani gerak dari KL ke Seremban, terus cousin Ani ambil dari Komuter Seremban pergi ke Mambau. Tak jauh pun sebenarnya Seremban ke Mambau :D

Kami bertolak malam dalam pukul 10 lebih tak silap terus shoot ke Cameron Highlands. Tapi ada berhenti sekejap untuk berehat makan malam dalam pukul 12 tengah malam begitu. Kami makan lauk Raya OK! Nasi Impit, Rendang Ayam, Ketupat Hui!!! Selamat Hari Raya! Raya kan sebulan hihi

Dalam 12.20 pagi kami gerak kembali pergi ke Cameron sampai dalam pukul 5 pagi :)

Bestnya adalah bila masuk bas, boleh pulak driver bus tayang cerita hantu berkenaan rumah seksyen 2 , Shah Alam. Ani kengkonon nak pura-pura tidur sekali betul-betul tertidur hihi


Rumah Hantu Seksyen 2
Siapa belum pernah tengok cerita ni, pergilah tengok. Ani tak taw apa berlaku sebenarnya hihi


Perjalanan Bermula Pukul 8.-00 Pagi sehingga 2.00 Petang


Dalam 1 hari kami pergi Banyak tempat yang telah dijelajahi. Wah Giteww

8.00 pagi kami pergi Bee Farm. Tengok lebah dari dekat bak kata dari mata turun ke hati.  hehe , cuci-cuci mata hihi


Akulah Raja Lebah hohoho


8.55 pagi kami pergi Rose Garden. Bagi Ani sebagai peminat bunga , Cantik OK!!

Rose Garden
Mawar secantik wajahmu, tampak cantik, namun jika ingin diusik berduri. HA!! Nampak tak permainan Haryani sekarang hehe~

9.30 pagi -12.30 tengah hari. Kami menyinggah ke Strawberry Farm sambil lepastu shopping!! hehe

Strawberry Farm


Bestnya Pasar di Cameron penjual mengamalkan konsep memberi. Sungguh, Ani berjalan Ani kenyang sebab singgah kedai A, dia suruh rasa, B rasa ni, C rasa tu mana tak kenyang ye tak? hihi

Ani tunjuk gambar ni,sebab buah ni sedap OK! Nama Buah tak tahu hohoho

Kemudian kami singgah untuk makan, ke Ladang Teh, Air Terjun Latar yang cantik dan terus balik

Air Terjun Latar
Ada berangan seperti gadis zaman dahulu? hihi

Pukul 5.00 petang kami singgah RnR Tapah untuk Solat Jamak pukul 8 sampai Seremban

Makan Nasi Lemak  Mambau


Sebelum balik, sempatlah Ani makan Nasi Lemak  Mambau. Katanya, Nasi Lemak ni popular. Memang sedap pun, Sungguh! Bagi Ani nasi lemak yang sedap terletak pada sambalnya. Betul! Sambal sedap, ayam goreng di beri panas-panas Fuh, Alhamdulillah :D




9.30 malam sampai ke Komuter Seremban. Pukul 11.50 sampai rumah :)

Betul-betul gunakan masa sebaiknya.

Percutian yang menyeronokkan. Balik Ani pun selamat tidur hihi

Jika tempat kita dah tahu tujuan, nak ke mana, nak beli apa, tak salah kalau pergi satu hari kan!

Satu Hari Yang Sangat Bernilai :D

Semoga Bermanfaat! :D


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kerbekesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

6 comments:

  1. Baru berapa bulan yang lepas ke sana. Memang best dan sejuk :D

    ReplyDelete
  2. Entri yg buat saya tersenyum ... santai dan menyeronokkan sekali nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, seronok . Pengalaman baru Giteww hihihi

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...