Tak Dapat Keputusan UPU 2015 untuk STPM ,Cuba Lagi!

Entri kali ni Ani gelar diri sebagai Akak yeh rasa lebih rapat dengan adik-adik

Sebab memang untuk kalian.Semalam keluar result UPU untuk STPM kan? :)

Yang Berjaya, Alhamdulillah, Yang tak dapat, Jangan patah semangat , buat rayuan!

Alhamdulillah untuk apa yang telah di usahakan


Alhamdulillah atas usaha

Tanya Akak , Akak sangat percaya dengan bersyukur. Sebab bila kita sebagai hamba bersyukur, Allah akan bagi lebih. :)

Alhamdulillah untuk usaha lepas, Syabas! :D Eureka lah kan! ^_^

"Akak , saya tak dapat masuk U"


Jujur, entri ni tak fokus langsung pada Adik Akak. Nak taw dia pergi U mana, molek tanya dia sendiri.

Ada yang kongsi dengan Akak

Akak, saya tak dapat mohon U, tiada nasihat lain yang Akak beri hanyalah buat rayuan. 

Katanya dia tak yakin dapat tak, Akak jawab kalau tak nak buat rayuan, ramai lagi yang nak!

Dapat tak dapat urusan Dia, kita sebagai hamba usaha


Kisah Akak & Nama Tiada Dalam Senarai


Sungguhlah, bila ada adik-adik mengadu dengan Akak,  Akak faham perasaan tu, boleh berjurai air mata

Kalau cerita ni boleh menaikkan motivasi kalian, ambil dan jangan give up

Ceritanya Akak apply Degree, masa keluar result, "nama tiada dalam senarai".

Haru, orang lain boleh taw dapat ke tak, Akak punya keluar "nama tiada dalam senarai"

Satu yang perlu kalian faham, Akak tak berhenti kat situ

Akak isi rayuan via internet, tapi masa tu 50-50 dapat ke tak sebab nama tiada dalam senarai

Akak panjat turun naik pejabat. Akak telefon, pass sana, pass sini. Segala Surat Rayuan, transkrip diploma, apa saja sijil Akak heret bukan sekali berkali-kali, penat tolak tepi sebab desire nak!

Akak nak sampai lah orang dah masuk U, result rayuan keluar Akak checked, budak-budak rayuan dah masuk U pun Akak still buka laman web tu dengan harapan keluar nama Akak, 

Akak bina kekuatan dengan degil dan semangat Akak. Bila orang nak menyerah Akak tak suka menyerah.Teringat kata kawan masa Diploma, lagi susah Lecturer tu, lagi kau nak! :D

Jujur Bohonglah tak gesek biola (sedih), tapi Akak tak suka biar lama-lama rasa tu,

Sampailah, Kisahnya bila budak rayuan dah masuk U memang dah tiada harapan , (ikut logik akal). Akak faham erti redha. Sebab Akak taw Akak dah buat terbaik, kalau Allah tak bagi maknanya itu terbaik untuk Akak.

Masa tu rasa. Sampai sini untuk usaha kali ni. Pintu First Intake dah tertutup.

Miracle Jadi, Panggilan Telefon Berbunyi


Seminggu lepas kejadian, orang pun dah selamat belajar, Akak dapat telefon, Akak dapat masuk U!

Adik, Akak dapat walaupun orang lain dah belajar jauh, Akak dapat masuk.

Tak silap seminggu dia bagi masa untuk prepare segala barang

Adik, Akak bukanlah ada orang besar nak mohon U, Akak turun naik, turun naik tunjuk cgpa diploma, Allah, tiada yang menggerakkan hati manusia melainkan Engkau, tiada yang dapat tolong melainkan Engkau

Allah yang bagi, Ihsan Allah. Siap masa register tu sebab cgpa Alhamdulillah, di tawarkan lagi nak Finance ke Islamic Banking, Akak stick dengan apa yang Akak nak, Islamic Banking

Bila orang tanya bagaimana dapat masuk, sungguh akak tak taw!

Dean List Semester Tersebut


Akak masuk lambat, Akak pun tak taw apa yang diorang dah belajar. Akak taw masa tu Akak tak nak gagal , Tak Nak!

Usaha tak terhenti di situ, Akak ambil notes kawan-kawan pinjam, photostat mana patut, Time makan pun belajar . Gigih! Tak hirau orang. Perangai gerak sorang memang terdidik dari dulu huhu

Final Exam menangis sebab tak confident lulus subjek Statistics & tak nak gagal. Sekali  subjek Statistics tu lulus dengan cemerlang hehe, Dean List lagi untuk semester tu.Alhamdulillah :D

Serah Pada Allah


Akak takdelah minta korang usaha macam Akak, Kes Akak berbeza, nama tiada dalam senarai . Orang lain pun tak suruh Akak usaha gigih macam tu tapi sebab Akak nak, Akak buat, Akak tahu semua jadi atas izin Nya baik buruk... Cuma Akak harap jangan give up! Buat Rayuan! Kalau tak dapat juga, apply untuk second intake sebab Yang Memberi adalah Allah

Perbendaharaan pada Allah. Yakin & Tawakal Pada Nya

Ingat, Kita Merancang, Allah Juga Merancang. Tapi, Perancangan Allah Yang Lebih Baik.

Aja Aja Fighting!! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin. Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid