Monday, 27 October 2014

Cara Kempiskan Perut!

Bila Ani kata Ani nak buat entri kali ni cara nak kempiskan perut, ada yang hampir dengan Ani kata, Bagus Ani, Aku nak kempiskan perut!!

Perut yang tak berapa nak kempis sedikit sebanyak menggugat ketrampilan diri sekaligus membuatkan individu rasa tidak selesa pabila berhadapan di khayalak ramai.

Jangan gusar. Ikut tips yang Ani berikan.

Cara Kempiskan Perut


Cara Kempiskan Perut


Cara1# Tukar Cara Makan


Penting ikut sunnah Nabi SAW. Ubah cara makan dengan kunyah makanan sehingga hancur. Nabi SAW memesan untuk kita mengunyah sehingga 40 kali. Hikmahnya adalah, apabila kita makan dengan cepat dan tergesa-gesa, udara boleh terkepung dalam usus. Itulah penyebab kepada perut buncit


Cara2#Pilih Makanan Yang Betul


Untuk mendapatkan perut yang kempis, pengambilan makanan yang seimbang penting dalam kehidupan seharian kerana diet yang betul boleh mengempiskan perut. Makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, lean protein, ikan dan sayur-sayuran


Cara3#Ubah Snek & Kudapan Anda


Jika sebelum ini lebih prefer kepada makan kek dan coklat sebagai kudapan utama. Apa kata tukar kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ani suka makan salad. Caranya makan salad bersama mayonis. Sedap!! Makan salad macam tu je pun sedap!  :D. Buah pula, Ambil buah epal, betik dan belimbing SEBELUM MAKAN. :) 


Cara4#Berhenti Makan Pada Lewat Malam


Kebiasaanya,apabila makan pada lewat malam, akan disusuli dengan baring dan terus tidur. Ini menyebabkan lebihan gula yang dimakan semasa lewat malam akan ditukar menjadi lemak. Ini berlaku kerana badan tidak boleh membakar lemak sewaktu tidur. Aiyok!!!/


Cara5# Latihan Cardio


Penting melakukan senaman cardio bagi mendapatkan perut yang kempis. Lakukan senaman kardio seperti jogging, berlari dan menaiki tangga


25 cara senaman mengempiskan perut dari Kevin Zahri


Disebalik mendapat perut yang kempis. Paling penting adalah mendapat kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik memudahkan pergerakan sekaligus senang dalam beribadat

Semoga sedikit tips ini dapat membantu dalam mendapatkan perut yang kempis.
Selamat Mencuba! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"


9 comments:

  1. kalau kurus memang cantik buat kerja mudah dan ada yakin pd diri

    ReplyDelete
  2. salam sayang dari Kak Kep ;-))

    ReplyDelete
  3. nak cuba gak tips2 ni.hehe. shaklee terbaik :)

    ReplyDelete
  4. sekarang buncit ada isi...kena tunggu isinya keluar bulan Mac nanti..barulah kena kempiskan perutnya.

    ReplyDelete
  5. ada orang kata lelaki buncit seksi, tapi perempuan tak lah kot....heeee.
    terima kasih perkongsiannnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan jangan! nampak tak manis, Sama2 :D

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...