Monday 6 October 2014

Resepi Rendang Warisan Ibu

Bila Hari Raya tak lengkapkan kalau takde Rendang?

Ada yang sukakan Rendang Ayam, Rendang Daging tak lupa juga Rendang Kerang

Kami sekeluarga setiap tahun pasti memilih Rendang Ayam sebagai menu wajib di pagi raya :)

Dan hari ini, Ani nak berkongsi Resepi Rendang kami sekeluarga :)

Resepi Rendang Warisan Ibu 


Rendang Warisan Ibu


Bahan-Bahannya :


Set A
  • Bawang Merah 5 ulas
  • Serai 5 batang
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Halia
  • Bawang putih 3 ulas

Set B
  • Ayam (kami gunakan seekor ayam)
  • Cili kering yang telah siap diblender anggaran 2 cawan
  • Kerisik (setengah biji kelapa)
  • Sedikit serbuk rempah kari
  • Gula merah
  • Garam
  • Air asam

Cara Membuatnya :


  1. Blender kan semua bahan Set A. (potong dahulu serai secara kecil juga lengkuas dan diblender kan)
  2. Setelah siap di blender, panaskan minyak di atas kuali
  3. Kemudian, tumiskan cili yang sudah diblender dengan minyak sehingga cili menjadi garing & cukup masak
  4. Letakkan bahan Set A yang telah di blender dan masukkan ke dalam kuali
  5. Tumis dan kacau sehingga naik bau dan kering. Letakkan sekali rempah kari dalam 2 sudu.
  6. Masukkan ayam yang telah di toskan.
  7. Tumis sehingga airnya menjadi kering, kalau perlu kecilkan api sehingga air ayam keluar
  8. Sambil menunggu air ayam keluar, letakkan kerisik, garam dan kacau sehingga kering
  9. Apabila ayam hampir empuk, letakkan sedikit air asam, santan juga 1 sudu gula merah.
  10. Biarkan sehingga mendidih
  11. Akhir sekali, letakkan kunyit sehingga rendang kering
  12. Sedia untuk dihidang

Petua Arwah Nenek


Ini adalah petua arwah nenek Ani yang arwah nenek Ani beri kepada Ani. Sebenarnya dulu Ani ada perasaan malas untuk masak huhu (masa zaman sekolah rendah :) selalu kena paksa dengan mama belajar masak, belajar masak :) ) Jadi arwah nenek pun pesan begini, Niatkan bila masak kerana Allah dan niatkan sekali untuk beri orang makan. Percayalah, orang akan puas hati dan lauk pasti habis. :)

Tak percaya? Cubalah Petua Arwah Nenek Ani bagi :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 


No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...