Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri
Di situlah permulaan mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring
comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi Pemain
Satu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
- Goal Keeper (GK)
Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence)
- Goal Defence (GD)
Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol, tengah dan kawasan jaringan.
- Wing Defence (WD)
Tugas Pertahanan Sayap ini adalah menghalang segala gerak geri dan segala hantaran yang di buat oleh WA (Wing Attack) daripada pihak lawan dalam bulatan jaringan.
WD boleh menjadi penyerang apabila bola di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pihak lawan. WD boleh jadi defence boleh juga menyerang. :)
- Centre (C)
Tugas Centre adalah penyerang dan dia adalah pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Centre bebas sedikit sebab tanah jajahannya meliputi keseluruhan padang bola jaring. Boleh pergi ke mana-mana melainkan kawasan D
- Wing Attack (WA)
Wing Attack adalah penyerang. Dia kena hantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. Mostly, WA akan hantar bola pada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah
- Goal Attack (GA)
Penyerang lah kan hihi. GA kena bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA selalunya terima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang
- Goal Shooter (GS)
Dia adalah penjaring gol. Mesti pandai dalam membuat jaringan.
Semua pemain punyai peranan masing-masing. Bermain sambil beriadah bersama rakan :)
Semoga Bermanfaat!
Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do What You Love"
hehe...pernah gak main ni..tapi masa zaman sekolah dulu la..zaman gatal dan galak..hehe..
ReplyDeleteAmboi PK sempat tu hehe
DeleteOwh.. ni ke maksud2 huruf dekat baju tu. serius baru tahu. hehehe
ReplyDeleteAah, posisi sebenarnya :D
Deletelaaaa, kira GA, W tu semua penanda untuk posisi laa. aduyai, ingatkan sesaja je. ahahaaha
ReplyDeleteAah hehe,Ani masa mula-mula main pun tak faham, pe patut buat ni asyik kna wesel je hihi
DeleteTq ifo
ReplyDeleteTq ifo
ReplyDeleteBanyak info boleh dapat...thanx ani
ReplyDeletesalam, nak tnya GA tu dia boleh shoot dalam kawasan jaringan ke atau dia ditugaskan shoot jarak jauh(luar dari kawasan jaringan)?
ReplyDeletekljio
Deleteklnklm
dah lama tak main bola jaring.. atie tak tau position lain sebab memang dari darjah 4 main centre jek.. hahahaha~
ReplyDeleteCuba jawab soalan yang ni👇
ReplyDeletePemain bola jaring hanya boleh mendarat dengan menggunakan sebelah kaki sahaja semasa menerima hantaran daripada rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan ?
Betul atau salah?
Saya tak tahu
DeletecomelnyaaðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete