Skip to main content

Makna & Adab Dalam Memberi Salam

Kita dianjurkan untuk memberi salam kepada sesama Muslim 

Bukan teman rapat sahaja, tapi semua sesama Muslim
Ani masih lagi perbaiki diri dalam hal ni

Tapi.. apakah sebenarnya maksud kepada Salam? :)

Makna Kepada Salam


Assalamualaikum

Apabila kita diberi penghormatan dengan "Assalamualaikum", maka wajib bagi kita untuk menjawab salam kan ^-^V

Surah An-Nisa, ayat 86 : "Apabila kamu diberi penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu"

Assalamualaikum bermaksud
 "Salam Sejahtera ke atas kamu"

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh bermaksud 
"Salam Sejahtera ke atas Kamu, Semoga Kamu Dirahmati Allah dan Diberkati Nya" 

Dan lafaz menjawab salam, jika di beri penuh, maka kena jawab penuh

Wa'alaikummussalam Warohmatullahi Wabarakatuh maksudnya adalah
 "Dan (juga) ke atas Kamu Salam Sejahtera dan (semoga) Kamu Dirahmati Allah dan DiberkatiNya

Sungguh, bila dah menginjak usia ni (hehe sedar diri) bila orang beri salam pada Ani, bagi Ani satu penghormatan, sebab Ani tahu kata-kata tu doa, Pastinya doa bila kita sebagai hamba minta pada Allah, Allah pasti makbulkan sebab Allah Maha Memakbulkan.

Baikkan Allah! :)


Salam : Ucapan Cinta Penghuni Syurga 


Beri salam juga punya adabnya, Islam itu cantik, ada akhlak dalam setiap perkara. Adabnya adalah :)

  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada mereka yang berjalan kaki
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada mereka yang duduk
  • Kelompok sedikit memberi salam kepada kelompok yang besar
  • Orang yang meninggalkan tempat beri salam kepada mereka yang tinggal
  • Masuk dan keluar rumah, memberi salam
  • Bertembung banyak kali kita beri salam
  • Orang yang memberi salam ucapkan salam kepada mereka yang mendengar (orang yang berhadapan mereka)
  • Orang lebih muda mengucapkan salam kepada yang lebih tua
  • Orang yang baru sampai mengucapkan salam kepada yang telah lama sampai
info : Ustaz Cahaya

Spread The Love! Assalamualaikum :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…