Monday, 4 May 2015

Aktiviti di Taman Tasik Titiwangsa


Jika terfikir tempat mana yang boleh beriadah bersama family dan rakan-rakan

Ani ada satu tempat yang Ani suka sampai sekarang (sekarang aktivitinya lebih banyak)

Tempatnya adalah Taman Tasik Titiwangsa

Aktiviti Di Taman Tasik Titiwangsa


Banyak sangat aktiviti yang ada kat sana. Di antaranya adalah, 

  • Kereta Control
Kereta Control

Yes, siap ada litarnya lagi. Kita tengok mereka bermain sambil bunyi kereta control  Layan best taw (pendapat Ani lah hehe)

  • Naik Kuda
Naik Kuda

Dekat sini boleh naik kuda either kereta kuda (petang yeh) ataupun kita tunggang kuda seorang. Kalau seorang pagi dah buka, tengah hari tiada, dan di buka petang :D

  • Aerobic Beramai-Ramai
Aerobic

Yang ni pagi. Best woo, sambil jogging pagi ada aerobic, apa lagi , ikut jelah . Kalau masuk kelas, bayar kan. Ni tak yah, terus ikut sambil bergelak ketawa

  • Roller Blade
Roller Blade

Yes! Ini Ani paling suka sebab memang permainan masa kecik pun. Jadi, bila besar, ada main roller blade, takkan ku lepaskan peluang. Roller Blade bawa dari rumah ke? Taklah, memang ada sewa untuk main Roller Blade, cuma of course Roller Blade ni tak sama dengan sendiri punya yang dulu. Apa yang tak sama, takde break. Jadi jangan nak laju sangat, berhati-hati semasa beroller blade. Laju sangat tak dapat nak buat apa hehe

  • Basikal
Basikal

Yes, ini pun Ani suka tapi belum pernah lagi sewa basikal kat Tasik Titiwangsa, Sebab siapa lambat melepas, tengok jelah orang bawa basikal. Boleh jugak bawa basikal dari rumah

  • Belon!
Belon

Belon ni lah yang membuat Ani tak sedar diri Ani dah berusia hehe. Syok weyh main belon ni hihi. Dia ada kecik ada besar, tapi beli je kecik. Cara main dia tarik je ikut suka hati, nanti dia ikut. Seriously, jenuh nak menghabiskan sabun belon tu hihi

Dan banyak lagi!!! hehe Serious!

Jom Beriadah


Pastinya apabila beriadah, kita bantu diri dalam menjaga kesihatan, menghilangkan tekanan dan merapatkan ukhuwah bersama keluarga


Jalani Hidup Secara Sihat :)

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

5 comments:

  1. kala dapat beriadah sekali seminggu dah ok hubungan dengan anak suami tambah eratkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mengeratkan hubungan kekeluargaan :D

      Delete
  2. aerobik mula pukul berapa kak

    ReplyDelete
  3. akak tak pasti, tapi kalau pergi 7 lebih -8 dah start :)

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...