Friday, 3 July 2015

10 Minit Setiap Minggu : Langkah Pencegahan Wabak Denggi


Mencegah lebih baik daripada merawat kan?

Demam Denggi bukanlah demam yang boleh di buat main sebab ianya boleh membawa maut

Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya ambil masa selama 7 hari sahaja!

Jom Cegah Wabak Denggi! :)

10 Minit Setiap Minggu : Langkah Pencegahan Wabak Denggi


Langkah Pencegahan Wabak Denggi

Langkah pencegahannya adalah dengan tindakan yang mesti di amalkan

1) Di Dalam Rumah


  • Talam Peti Sejuk 
 Berus dan cuci setiap minggu. Jangan lupa, bubuh bahan pembunuh jentik-jentik.

  • Pelapik Rak Pinggan Mangkuk
Setiap minggu buang air yang bertakung dan tak payah guna pelapik

  • Perangkap Semut
Berus dan cuci setiap minggu. Bubuh sekali bahan pembunuh jentik-jentik

  • Kolah Air
Berus, cuci dan letakkan bahan pembunuh jentik-jentik setiap minggu

  • Pam Tandas
Tutup pam tandas dengan betul, rapat. Kalau rosak, cepat baiki. Letak sekali dekat takungan air tu bahan pembunuh jentik-jentik

  • Mangkuk Tandas Yang Rosak
Tiada cara lain, baiki dengan segera. Tutup dengan rapat

  • Pasu Bunga
Berus dan tukar airnya setiap minggu, letak sekali bahan pembunuh jentik-jentik.

2) Di Luar Rumah


  • Tong Drum @ Bekas Yang Berisi Air
Berus dan cuci setiap minggu, tutup dengan rapat, terlangkupkan supaya air tak bertakung. Kalau tak guna, dah lama terbiar, better buang untuk elak daripada pembentukan jentik-jentik

  • Tempayan
Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik, tutup dengan rapat . Tak guna, terbalikkan .

3) Tempat Yang Perlu Diperiksa


  • Pasu Bunga
Pastikan pasu bunga tidak bertakung penuh dengan air

  • Alas Pasu Bunga
Kalau perasan, pasu bunga bawah dia ada lapik seakan-akan piring itu adalah alas pasu bunga . Alas Pasu Bunga perlu berus dan cuci setiap minggu, bubuh bahan pembunuh jentik-jentik. Paling terbaik adalah tidak menggunakan alas pasu bunga

  • Tin
Kumpul tin-tin yang tidak digunakan lupuskan dengan sempurna. Letak di tempat yang terlindung daripada hujan.

  • Tayar
Letak di tempat yang terlindung daripada hujan, bubuh bahan pembunuh jentik-jentik dan susun, tutup rapat di bahagian atas

  • Takungan Hidroponik
Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

  • Kanvas, Semua Jenis Plastik
Buang air yang bertakung, lipat dan letak ditempat terlindung daripada hujan

  • Bekas Minuman Binatang Peliharaan
Berus, cuci dan tukar airnya setiap minggu

  • Bekas Makanan Polisterin
Kutip dan buang dengan sempurna

  • Longkang
Cuci dan bersihkan setiap minggu, pastikan air mengalir dengan lancar

Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik!

Apabila Terkena Demam Denggi, Apa Patut Buat?



Semoga Bermanfaat! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee & Tawaran Menarik?

Hubungi : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

2 comments:

  1. Terima kasih..lepas ni nak kena rajinkan diri lagi ni..hehe

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...