Siapa yang tak dambakan khusyuk ketika solat kan?
Pasti nikmat rasanya sebab kita tahu masa tu hubungan dengan Allah je. yang menciptakan yang sangat menyayangi kita lebih daripada ibu kandung sendiri
Saidina Ali boleh khusyuk dalam solatnya sehingga waktu orang cabut panah di betisnya pun dia tak rasa apa-apa.
Allah..
Tips Mendapatkan Khusyuk Ketika Solat
Ani dapat tips ni daripada bacaan dan Ani rasa ianya bermanfaat untuk dikongsikan especially diri Ani yang banyak kurang..
- Jaga Pemakanan
Jaga makan, jangan ambil yang haram. Makanan faktor penting untuk mendidik jiwa. Cara Nabi SAW berhenti sebelum kenyang, makan ketika lapar. Tapi bila makan yang terlalu banyak, kita susah untuk beribadah secara sempurna sebab terlalu kenyang. Ikut sunnah Nabi SAW
- Berwuduk
Ambil wuduk dengan sempurna. Wuduk yang baik membuatkan solat kita jadi baik dan diterima
- Mulakan Dengan Istighfar
Sebelum mulakan solat, sunat untuk kita baca istighfar, tiga Kul (Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al Ikhlas). Fadilatnya adalah untuk mencegah kita dari gangguan syaitan yang suka lalaikan manusia ketika solat
- Ikhlaskan Hati
Hadirkan diri ketika solat seolah-olah Allah ada dengan kita, rasa hina diri kita depan Allah, rasa taubat nak mohon ampun pada Nya. Diri rasa gerun dan takut dengan seksaan Allah.
- Hayati Bacaan
Ketika solat elok mentadabbur makna bacaan dalam solat untuk pelihara hati supaya khusyuk dalam solat. Kalau tak reti, kita bayang segala perkataan dalam solat itu. Rasa kerdil diri sebagai hamba.
- Solat Berjemaah
Solat berjemaah lebih baik dari solat seorang diri. Solat berjemaah susah untuk di ganggu syaitan dan pahalanya berganda berbanding solat untuk sendiri.
Semoga Bermanfaat! :)
Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?
Ani Haryani
sms/whatsapp :014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do What You Love"
Terima kasih kongsikan..bab kusyuk ni memang tak semua mampu buat dengan baik..kan?termasuklah diri saya juga..hehe
ReplyDeleteBetul, sama lah dengan Ani. In sha Allah naik usia jadi manusia yang lebih baik Amin :)
Delete