Friday, 3 July 2015

Checklist Persediaan Perkahwinan : 6 -12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

Ok, Entri ni untuk panduan bakal pengantin yang ingin merancang majlis perkahwinan mereka

Ani tulis mengikut bahan bacaan dan planning untuk majlis perkahwinan salah seorang dalam keluarga Ani

Check it out! :D

Checklist Persediaan Perkahwinan : 6-12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan


Checklist : Persediaan Perkahwinan

  • Pilih tarikh dan waktu bernikah
Pilih tarikh dua-dua pihak available, tak clash dengan aktiviti urusan kedua-dua pihak keluarga ketika itu. Biar hari dan tarikh itu memang untuk urusan majlis pernikahan anda.

  • Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan
Selepas selesai untuk urusan pernikahan, majlis resepsi juga perlu di fikirkan. Pilih tarikh yang tak clash dengan perayaan besar-besaran sebab ia akan menganggu masa anda kerana jalan ketika itu akan menjadi sesak.

  • Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang
Method nya sama seperti persediaan majlis resepsi, lebih baik pihak keluarga sediakan rumah yang dekat (sewa) untuk persediaan pengantin, terus mudah untuk majlis bertandang nanti :)

  • Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan
Lokasi yang senang dicari, ada maps, ada penunjuk arah untuk memudahkan tetamu hadir  bagi memeriahkan majlis anda

  • Tetapkan tema majlis
Tema ikut pengantin la kan hehe, bagi Ani simple is better. Terpulang pada masing-masing :)

  • Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu
Ini bagi memudahkan untuk menguruskan perbelanjaan majlis dan nampak smooth di majlis nanti. Berapa orang yang hadir daripada pihak keluarga sana, if ada VIP berapa orang, keluarga sendiri dan tetamu

  • Rancang aturcara majlis 
Rancang dari awal. Jadi, ia tidak kelam kabut, Siap-siap untuk agih-agihkan tugas untuk Majlis Perkahwinan nanti

  • Uruskan bajet
Belanja ikut kemampuan. Bukanlah kebahagiaan itu terletak pada berapa RM yang telah dikeluarkan untuk Majlis Perkahwinan. Tidak. Belanja secara sederhana sebab kehidupan selepas majlis itu yang lebih penting

  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
Ini kalau tak call tok kadi, tak dapatlah nak menikah. Urus dengan secepatnya :D

  • Hubungi saksi pernikahan
Cari saksi pernikahan yang available. Kadanga-kadang nak minta A untuk jadi saksi, tapi dia ada hal. Bagitahu awal-awal siapa yang anda rasa yang layak untuk jadi saksi pernikahan anda.

  • Pilih tempat kursus perkahwinan
Tak pergi kursus perkahwinan, bagaimana nak dapat sijil pra perkahwinan. Sijil diperlukan untuk berkahwin. Pergi cepat-cepat :D

  • Tempah lokasi majlis berlangsung
Kalau yang pakai dewan, buat kat luar, tempah awal-awal either ianya available atau tak. Dan masa yang boleh digunakan untuk majlis dari pukul berapa hingga pukul berapa.

  • Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu
Ini jika perlu ye, sometimes sendiri pun boleh uruskan majlis sendiri kan? Jimat mana yang boleh :)

  • Pilih juruandam
Pendapat Ani kita perempuan biarlah, perempuan yang solek. lagi-lagi untuk nikah, kan tak manis wudhu dah terbatal sebelum salam suami. Mungkin ada yang lain pendapat lain. Terpulang! Kita raikan perbezaan :) 

  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
Pilih siap-siap, dan mesti available untuk Majlis anda

  • Pilih katerer
Pilih katerer mengikut kemampuan anda untuk meraikan tetamu

  • Pilih jurufoto dan juruvideo
Ini bukanlah wajib, ikut kemampuan. Nak ada jurufoto dan juruvideo, biar hasil dia yang terbaik

Persediaan Perkahwinan
Saja pilih gambar Irma Hasmie, sebab Ani suka dia hehe

  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
Selalu Butik Andaman dah ada benda-benda ni kan, pilih package yang terbaik

  • Pilih cincin pernikahan
Cincin pernikahan sebagai tanda kan! Kalau tak nak cincin, satu set sepersalinan pun boleh kiki (gurau) 

  • Pilih kumpulan persembahan
Ini takde pun takpe. Penting kan mana yang wajib, tapi jika berkemampuan dan keluarga pun setuju nak buat, boleh asalkan tak langgar hukum agama 

  • Pilih kek pengantin
Kek pengantin selalu package dengan katerer kan! Tapi kalau nak tambah sendiri boleh jugak, Ikut perancangan dan kemampuan untuk majlis anda :)

  • Bincang rekaan baju
Nikah ye kan? ada setengah beli siap. Terpulang kepada perbincangan pengantin :)

  • Bincang barang hantaran
Nak bagi berapa, di sana nak bagi berapa. Tapi ikut pandangan Ani selalu dulang hantaran lebih sebab pasti hari kejadian mereka nak hulur sesuatu untuk hantaran anda. Extra dulang siap-siap takpe :) Raikan yang memberi untuk majlis anda :D


  • Pilih penggubah hantaran
Nak jimat sendiri dan ahli keluarga yang buat.Sekarang banyak magazine perkahwinan, just ambil idea dari situ hehe. tapi jika tiada masa, pilih penggubah hantaran yang anda yakini hasilnya :)

  • Rancang destinasi bulan madu
Biarlah kedua-dua pengantin yang berbincang ye, di mana berapa hari, budget dan again ikut kemampuan.

  • Rancang tempat tinggal selepas berkahwin
Ini sangat penting. Bagi Ani, sebelum berkahwin bakal pengantin lelaki perlu mencari rumah sama ada memang dah beli rumah atau sewa rumah. Ada yang duduk bersama keluarga untuk menjaga ibu bapa, terpulang,asalkan ada perbincangan di antara bakal pengantin lelaki dan perempuan.

Nota Cinta :


Checklist persediaan perkahwinan bukanlah semua list ni kena ada, tak! ia hanya sebagai guideline. Simple is better kan? :) Penting jangan kerana urusan perkahwinan kita sampai berhutang. Pendapat Ani, urusan selepas majlis pernikahan dan persandingan yang lebih penting.

Semoga Segala Urusan Di Permudahkan! :D


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee & Tawaran Menarik?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

6 comments:

  1. salam ziarah ani ..
    wah, entri ni dan mcm teks assignment ..
    blh jadi bahan rujukan bila masuk subjek Persediaan Perkahwinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan! betapa banyak perkara kena fikir sebelum ke fasa seterusnya hehe

      Delete
  2. Tang destinasi bulan madu tu penting haaa...pilih yang romantik2 sikit..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly org akan pilih2 romantik2 punya hehe

      Delete
  3. saya mmg buat check list...berdebar punya pasal 6 bulan sebelum kawin mcm2 dah siap

    ReplyDelete
  4. ~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...