Monday, 27 July 2015

Tips Atasi Perilaku Anak Kaki Pukul


Perilaku memukul dan menendang kawan apabila kawan-kawan sepermainan atau kawan-kawan sekolah tadika mengambil barang mereka atau membuat mereka marah boleh disedari semasa usia kecil lagi

Bermain dengan kawan, memukul kawan dengan buku, menjerit-jerit dengan perilaku melawan itu adalah tanda yang perlu di ambil serius dari kecil lagi

Bukanlah dengan mengajar memukul mereka kembali tetapi dengan kaedah yang lebih tegas tetapi punya kelembutan juga kasih sayang.

Tips Menangani Anak Kaki Pukul



Tips Menangani Anak Kaki Pukul

  • Jangan Ajar Pukul
Bagi sesetengah parents, memukul adalah satu tindakan tepat untuk mendisplinkan anak. Ani juga setuju dengan tujuan hanya untuk mendidik mereka. Namun, jika disalah guna, memukul setiap hari,  kebiasaan memukul ini boleh menjadi tabiat anak apabila dia turut memukul rakan-rakan lain atau sesiapa sahaja yang membuat mereka marah.

  • Cari Punca
Bila anak sering memukul, cari punca. Adakah kerana mereka merasa penat, bosan, lapar atau marah? Atau terpengaruh oleh rakan-rakan atau kaum keluarga dan keadaan sekeliling. Cuba perhatikan reaksi anak ketika bermain dengan kanak-kanak lain. Jika dia cuba memukul, Ibu Bapa perlu melarangnya dengan cara yang elok. Jadi, ia membantu untuk mengurangi sikap anak yang suka memukul

  • Tunjukkan Cara Berkomunikasi Dengan Baik
Kebanyakan situasi, anak-anak tidak memukul kerana marah atau kecewa tak dapat sesuatu. tetapi kerana mereka inginkan perhatian lebih daripada Ibu Bapa. Ibu Bapa perlu berkomunikasi dengan mereka cara yang baik. Contoh, jika anak kecewa tak dapat kehendak mereka kemudian mereka memukul, sebaiknya cepat rangkul dan peluk mereka. Beritahu secara lembut perbuatan memukul adalah suatu tindakan yang tidak elok

  • Luangkan Waktu Untuk Si Manja
Luangkan waktu yang banyak agar dapat mengubah keperibadian mereka. Selalu peluk, ajak mereka bermain bersama. Ajarkan mereka menggunakan tangan secara lembut sehingga mereka benar-benar faham tentang perbuatan yang mereka lakukan sama ada baik atau tidak

  • Tunjuk Sikap Yang Menyenangkan
Ibu Bapa, Guru perlu bersikap positif di hadapan mereka. Tunjukkan kelakuan yang baik kepada mereka. Contohnya, jika penat dan mengalami tekanan, jangan jadikan mereka sebagai mangsa untuk memukul sesuka hati. Jangan biasakan memukul objek semata-mata untuk gembirakan hati mereka apabila mereka terlanggar objek tersebut. Ini boleh memupuk sikap negatif anak untuk suka memukul

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar, Kehadiran Anda amat dialukan :)


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

4 comments:

  1. anak yang kaki pukul memang jenis agresif dan ada sebab mereka jadi macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, perlu di cari punca supaya sikap itu tidak menjadi habit.

      Delete
  2. tips yg best ni sbg tools utk didik anak..tq for sharing..nnt nak share dlm blog gk la

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...