Sunday 5 July 2015

Mencari Tom Yam Terbaik di KL ? "Absolute Thai" Memang Terbaik!

Ani sangat susah untuk promote makanan sebenarnya boleh kira berapa kali Ani promote sesuatu tempat untuk makanan.

Bukan cerewet, tapi kalau tak menepati kita disarankan untuk berdiam dan menghargai masakan orang :)

Tapi, Masha Allah, yang ni memang sedap, sungguh Ani tak tipu!


Tom Yam Terbaik Di KL , Absolute Thai


Absolute Thai

Ceritanya, Ani dan kawan-kawan Ani beriftar hari ni

Tempat ni kawan Ani yang pilih, Antara kami 4 orang, 2 orang dari kawan Ani pernah makan di Absolute Thai.

Kami pilih Absolute Thai di Wangsa Walk Mall sebab dekat dengan rumah plus bagi Ani surau pun tak jauh ! :)

Menu Absolute Thai



Dia ada macam-macam menu, tapi kalau datang sini jangan lupa untuk rasa Tom Yam dia. Tom Yam dia memang terbaik ! Cukup semua rasa. Highly recommend :)

Berjimat Dengan Absolute Thai


Kami ada 4 orang, kami pilih makan tom yam untuk 2 orang punya package yang mana sangat cukup untuk 4 orang, sup ikan kailan, green curry chicken ye? Dia gulai ayam sebenarnya, nasi 4 untuk 4 orang makan :) Sungguh, semua sedap. Ani sangat-sangat puas hati. Rasa yang sepatutnya ada memang ada.




Masha Allah sedap sangat. Ani siap berteka teki apa lagi dia letak dalam tom yam. Sungguh tak puas hati, nak taw jugak hehe. Possibility untuk Ani datang lagi memang cerah hehe

Ani mesti dapatkan resepi tom yam dia. Try and error. :D :D


Kami Iftar/ 2015
Muka selepas kekenyangan yang tak kemas meja lagi hihi

Kesimpulannya ,datanglah ke Absolute Thai, Anda pasti takkan menyesal!

Semoga Terhibur! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee & Tawaran Menarik?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

8 comments:

  1. Wah, best ni..boleh ajak suami try bila ke KL nanti :-)

    ReplyDelete
  2. mahal kan kat sini. rasa pernah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut betul, terasa jugak tapi kita ikut langkah kaedah berjimat hehe :D

      Delete
  3. pernah makan kat sini, rasa dia memang terbaik dan pure thailand punya. Mahal tu memang mahal sekali sekala kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Adarain! Sedap sangat. Rasa macam nak bawak family makan sini :D

      Delete
  4. salam ani ..
    wlupun aby dah kerap mkn tomyam di siam ..
    tp bila ada org ckp ada kedai tomyam sedap tentu nk cuba juga

    ReplyDelete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...