Skip to main content

Kucing Makhluk Yang Istimewa :)

Sungguh, entri kali ni terhasil apabila Ani sangat sayangkan kucing

Bila ada yang bercerita ingin membuang kucing, Ani sungguh sangat sesentap

Mereka comel kan! :D

Kucing Comel

Kucing Yang Istimewa

Kucing

Teringat cerita seorang Ustaz, Dia berikan kucingnya kepada mak ciknya di Melaka. Rumah Ustaz di Johor. Dipendek kan cerita, kucing itu hilang. Memang hilang. Sebulan kemudian, kucing berada di muka pintu rumah Ustaz.

Bayangkan bagaimana dia mencari , mengatur diri sendiri dengan pertolongan Allah untuk pulang semula di Johor.

Allah, Ani tak dapat bayangkan.

Kucing Makhluk Yang Sangat Rapat Dengan Manusia


Percaya atau tidak, kucing sememangnya sangat rapat dengan manusia. Kucing memahami perasaan dan hati Tuannya. Kucing punya kesetiaan yang tinggi. Kucing itu menenangkan dan mendamaikan!

Pecah Rahsia Kenapa Ani Suka Sangat Pada Kucing!

Tiada satu rahsia pun yang Ani sorokkan kenapa Ani suka pada kucing. Apa yang Ani ingat sekarang Ani lontarkan sehabis-habisnya sebab Ani nak anda rasa apa yang Ani rasa. Mana mungkin Ani tak sayang mereka selepas banyak benda Ani belajar dari mereka.

Permulaan bagaimana membela kucing apabila abah membawa seekor kucing yang antara hidup tak hidup untuk diberi makan seterusnya membesar dan beranak pinak.

Di situlah permulaan Ani mengenali dunia kucing.

Apa Yang Mereka Lakukan Terhadap Ani?

  • Mereka kejutkan Ani solat malam. Sungguh, percayalah! awalnya Ani tak faham apa hal la suka sangat kacau pagi-pagi lama kelamaan Ani faham, bangun dan mereka diam. ( Comel/ Atam2)
  • Bila penat sangat, kadang-kadang tak sedar tidur dalam keadaan tak solat lagi, sebelum waktu habis , mereka akan kejutkan!. Allah, makhluk kamu sangat baik!
  • Baru sekejap tadi Ani tanya "Mok" dah zikir dekat Allah? Terkejutnya! dia jawab Meow. Allah, Ani sangat sayang kucing
  • Sesiapa yang membela kucing, pasti rasa ni. Bila rasa sedih tak bagitahu sesiapa . Yes! pasti mengadu pada Allah kan?. Kucing akan pandang dan datang sambil menyondol atau menjilat tangan kita, Allah, makhluk Engkau ingin menenangkan diriku. Tak rasa macam kucing. Mereka kawan Ani!
  • Bila mereka dengar cakap kita. Bila orang tuduh Comel buat macam ni, macam tu.., Ani cakap dengan dia. Dia macam marah (tengok lenggok bahasa faham bukan dia yang buat), Lastly, dapat tahu bukan dia. Sungguh, kucing yang Ani paling sayang adalah Comel.
  • Balik kampung, tinggalkan Comel di luar dalam 2 malam @ 1 malam, tak ingat. Balik, sampai rumah, dari bawah dengar suara Comel memanggil dari atas! Kuat sangat!
  • Bila Ani nak cod barang yang dekat, yang hanya perlu jalan kaki je terkedek-kedek makhluk Allah berjalan ikut belakang Ani hihi, Dah selesai, dia pun ikut balik . Kebiasaanya itu Momot! Bodyguard Ani :D
  • Nak pos barang, dia pun nak mengikut jugak, Yang pernah buat Panjang, Tompok dan bodyguard Momot!
  • Bila semua makanan yang korang makan dia pun nak jugak! Pernah bagi yang pedas jugak, sebab dia nak, nak rasa jugak.. terkulat-kulat muka pastu, Hitam, hitam hehe
  • Bila tidur, dekat kaki pasti ada yang menyusul mengikut, Si Belang!
  • Masa stress, memang sangat digalakkan untuk bermain dengan kucing, In fact, kucing sememangnya membantu mengurangkan stress dan merendahkan risiko terkena strok (mengikut kajian)
  • Kucing suka bagi hadiah. Bila dia bawa something, kertas, daun, binatang di hadapan kita. Itu adalah hadiah mereka untuk kita. Ani selalu kata Terima Kasih :D
Paling best adalah Ani suka pandang Hitam, bila dia nak sesuatu dia akan buat sampai dapat. Nak ikan? dia mengiow sampai dapat! Nak belai? Ani tak layan sebab tengah tengok hand phone, Yaser boleh pukul hand phone Ani biar jatuh dan kemudian belai.

Mereka ajar Ani untuk kuat semangat, buat sampai dapat . Kalau buntu, pasti ada jalan. Pasti sememangnya Ani yakin tu. Pertolongan Allah sangat dekat!

Tak Pernah Bela Kucing? Bela lah, walaupun seekor. Nabi SAW pun ada kucing. Namanya Muezza :D


Jom Sayang Kucing! :D

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"


Comments

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…