Skip to main content

Resepi Nasi Hujan Panas

Ani kenal Nasi Hujan Panas masa belajar dekat Johor lah!

Pasar Malam setiap hari selasa, tak nasi tomato, nasi ayam, nasi hujan panas 

Itu je dok pusing-pusing hehe (yelah student, lagi ada pasar malam, terus cop dalam kepala hari selasa hari makanan sedap)

Kerlasss sangat ko Haryani hehe, 

Resepi Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas


Bahan-Bahannya Adalah :

  • 3 cawan beras Basmathi (rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Pewarna merah, hijau dan kuning telur
  • 10gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Rempah Tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan untuk di simpul

Bahan ni boleh digoreng tanpa minyak atau bakar 
  • 10gm badam
  • 10 gm kismis
  • 10gm gajus

Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia

Cara-Caranya Adalah :

  • Panaskan minyak sapi dan butter
  • Tumis bahan tumis juga daun pandan di simpul hingga naik bau yang harum
  • Masukkan bahan kisar dan masak sampai terbit minyak
  • Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  • Kacau rata kemudian masukkan nasi
  • Selepas itu, masukkan badam, gajus dan kismis (gaul rata)
  • Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  • Bila nasi dah masak, ambil chopstick dan lubang-lubangkan
  • Masukkan sedikit pewarna di setiap lubang
  • Tutup semula periuk nasi dan biarkan ianya meresap sebentar
  • Kemudian, gemburkan nasi rata
  • Sedia untuk di hidang :)

Jangan Lupa Baca Bismillah, Moga Bermanfaat :)

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

Comments

  1. dah lama tak makan nasi hujan panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kalau makan ,add on ayam masak merah :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ani tak pernah lagi masak untuk jual huhu

      Tapi Ani ada kawan yang jual follow instagram : ratuservice

      Boleh contact Alet Ismail : 0183739492

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…