Kelebihan Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Kita selalu dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW

Malah bila kita banyak berselawat, ianya mengingatkan kita kepada Nabi SAW

Alhamdulillah, kita insan terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhamamd SAW

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Selawat Ke Atas Nabi SAW



Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab : 56

"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"

Hadis : Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW

  • Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, ibu bapanya dan manusia semuanya" 
(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi SAW"
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
(Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
(Hadis Riwayat Thabarani)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya"
(Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

10 Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Mengikut Kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi

  • Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
  • Memperolehi syafaat Nabi Muhammad SAW
  • Mendapat pimpinan daripada malaikat yang baik-baik
  • Menghapuskan dosa
  • Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafikdan kafir
  • Memperolehi nur lahir dan batin
  • Mendapat keselamatan daripada azab neraka
  • Membolehkan memasuki syurga
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah


Kelebihan Berselawat

Mengikut para ulama berdasarkan keterangan hadis, membaca selawat ke atas Nabi SAW akan memperoleh kelebihan yang amat besar, di antaranya adalah :
  • Memperolehi limpah rahmat dari Allah
  • Ditulis sepuluh kebajikan
  • Dihapuskan sepuluh kesalahan
  • Diangkat sepuluh darjat
  • Memperoleh kesempurnaan iman
  • Menjauhi daripada kerugian dan penyesalan
  • Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Memperolehi syafaat Nabi SAW
  • Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
  • Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
  • Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
  • Menghapuskan dosa dan menutup aib
  • Terselamat daripaada kebingungan hari kiamat
  • Terhidar daripada kefakiran


Jom Memuliakan Rasulullah SAW dengan berselawat :)

Semoga Bermanfaat

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Comments

  1. Terima kasih kongsikan.. Dapat ilmu agama jari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, segalanya di hujung jari :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid