Tuesday, 21 April 2015

Siapa Anda Dari A-Z?

Ani tertarik dengan article yang Ani baca 

Motivasi? Kind of..macam games pun ada :D

Dia buat kita menilai siapa diri kita? Bestnya diri sendiri yang nilai :)

A - Z, Siapakah Kamu?

Siapakah Anda?


  • A : AMANAH
Bunyi macam tiada apa-apa kan? Tapi.. jangan main-main dengan segala pekerjaan yang di amanahkan untuk kita. Jika kita ingin berjaya, pastikan bukan dari golongan mereka yang pecah amanah

  • B : BERJUANG
Pernah dengar "Agi idup agi ngelaban" ? Maksudnya selagi hidup, selagi berjuang. Ini bergantung sejauh mana kita berjuang untuk dapatkan apa yang kita mahu.

  • C : CEKAL
Jangan cepat putus asa dalam apa yang kita buat. Satu tips, orang yang berjaya tidak akan mudah menyerah kalah.

  • D : DINAMIK
Jom bina dinamik sendiri. Kekuatan tenaga dalam bekerja mampu menjadikan kita seorang yang lebih workaholic. (Fahaman Ani, more kepada passion, once kita buat apa yang kita suka, kita akan lebih terdorong.. Gitu ayat hehe)

  • E : EFEKTIF
Tunjukkan kepada ketua yang kita bukan sahaja seorang yang efficient malah effective dalam menghasilkan kerja yang diberi

  • F : FIKIR
Bijak dalam membuat keputusan dan berfikir dahulu sebelum membuat suatu tindakan

  • G : GIGIH
Sebenarnya tak salah jika kita gigih dalam melaksanakan tanggungjawab bekerja kerana cepat atau lambat pasti akan dapat hasilnya :D

  • H : HASAD
Buang sikap hasad dengki kerana ia bakal memusnahkan masa depan sendiri

  • I : IKHLAS
Ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan jangan sesekali bersungut dalam menjalankan kerja

P/s : Perempuan suka luah apa dia rasakan, sekadar melepaskan penat. Itu kira bersungut ke?  Ya @ Tak? erm..

  • J : JUJUR
Penting dalam menilai prestasi serta kreadibiliti dalam menjalankan tanggungjawab kita

  • K : Apa yang penting? KERJASAMA hehe
Pepatah ada mengatakan hehe Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Pasti hasil akan menjadi yang terbaik kan? :)

  • L : LEMBAP
Perangai buruk pasti menjejaskan prestasi kerja dan mungkin orang lain akan menggelar sebagai seorang yang pemalas

  • M : MESRA
Sikap mesra sangat penting agar orang mudah berurusan dengan kita ;)

  • N : NEGATIF
Kikis dan buang sikap buruk dalam kerja seharian

  • O : OPTIMIS
Yakin dengan setiap apa yang kita lakukan, in sha Allah kita pasti akan berjaya

  • P : POSITIF
Kena sentiasa pastikan diri kita positif dan ke hadapan dalam semua keputusan dan tindakan 
 (kalau nak gesek biola , kejap je .. pastu kena switch positive!!!!- Ani yang kata ;p )

  • Q : QUE
Tak salah taw kalau kita potong line orang lain untuk berjaya. TAPI biarlah kena dengan tempatnya dan tiada istilah tikam belakang. Awas!!

(Shaklee kita boleh potong level mak nenek kita taw, sebab business dia siapa buat, dia dapat ~saje bagitahu hehe)

  • R : RAJIN
Praktikkan dalam diri yang sifat rajin adalah tangga kejayaan

  • S : SEDERHANA
Bersederhanalah dalam segala hal dan bersederhana menjadikan kita orang yang disegani oleh orang lain

  • T : TAWAKAL
Bertawakal agar segala urusan yang kita lakukan dipermudahkan Allah. 

  • U : USAHA
Bersungguh-sungguh dengan apa yang telah diusahakan agar kita dapat capai sasaran dalam apa yang kita nak @ target

  • V : VISI
Tanam matlamat dalam hidup dan jangan berangan tanpa usaha

  • W : WAWASAN
Hidup harus berwawasan, barulah future lebih cerah dan terjamin :)

  • X : X-PRESI
Ungkapkan apa sahaja yang berada di pemikiran dan jadilah seorang yang berpandangan jauh serta berbakat

  • Y : YAKIN
Didik diri agar segala perkara yang kita lakukan diyakini keberkesanannya. Lama-lama segala kerja pasti jadi mudah

  • Z : ZZZZ
Sikap ni kena buang sebab ia boleh ganggu prestasi kerja, dan berpontensi menjadi manusia paling malas di dunia

Ani Nilai Diri Ani Sendiri



Motif tunjuk gambar dengan potrait Anuar Zain tu Ani pun tak taw kenapa hehe

Ani nilai nampak je points artikle ni ..sah Ani taw Ani G gigih!. Sayalah orangnya. Orang lain kata Ani R Rajin, Point Lain lain dan lain, biarlah rahsia, cukuplah dua kan? hehe Nak berahsia jugak ala-ala Datuk Siti hehe ;P

Anda Pula Bagaimana? 

Your Future Life



Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

6 comments:

  1. Terima kasih kongsikan...leh ambil iktibar ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah jadi lebih baik dari sehari ke sehari :)

      Delete
  2. wah terima kadih atas perkongsian ini..bagus untuk iktibar

    ReplyDelete
  3. sekali sekala baca post begini... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tiba-tiba tergerak nak tulis begini, ala-ala game hehe. sama-sama :)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...