Skip to main content

3 Cara Bersyukur Untuk Kehidupan Seharian

Seringkali kita gundah dengan masalah yang menimpa

Kadang-kadang tekanan yang datang membuatkan kita rebah

Tekanan bangun lambatlah
Tekanan dead line
Tekanan anaklah merengek pepagi

Sadis :,(

Jangan Mengeluh, Bersyukurlah!

Bersyukur dengan setiap pemberian
Kalam Allah :) (saja letak gambar ni sebab rasa tenang dengan ni : ))

Kadang-kadang tekanan ni (stress) dah macam kolestrol. Ada kolestrol jahat , ada kolestrol baik. Tekanan jahat, jangan di buat main, merundum terus, Tapi, tekanan baik, melonjak kita ke arah yang lebih baik

"Jangan hitung kesukaranmu, hitunglah kesyukuranmu"

Bukankah nikmat Allah itu sangat banyak dan sangat banyak yang Allah berikan pada kita setiap hari.

Bersyukur, Alhamdulillah :)

3 Cara Bersyukur Dalam Kehidupan Seharian :)





Celik mata, pandanglah sesuatu yang terjadi dengan sudut yang positif

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang takkan dibiarkan apa yang jadi pada kita sesuatu yang memberatkan untuk kita

Semuanya dibawah kemampuan kita, jadi bertenanglah, bersyukurlah kerana Allah beri yang terbaik untuk ketika ini juga akan datang. Ani pasti tu ! :)

3 Cara Bersyukur Untuk Kehidupan Seharian

  • Pandang nikmat hidup kita. Jangan di pandang orang lain. Pandang & Syukur apa yang kita ada sebab sebenarnya ramai luar sana nak "ada" apa yang kita "ada". Ada yang nak jadi seperti kita, Bersyukurlah, dari sekecil-kecil pemberian sehingga sebesar-besar pemberian. Alhamdulillah :D
  • Cari makna dalam setiap pekerjaan kita. Makna kena buka kamus ke? takdelah, Tanyalah sama hati waah gitu, seperti memasak (dalam video tu :) ) Aku kemas rumah kerana apa? Nak bagi family selesa, semoga dengan kemas rumah, buat ahli keluarga balik rumah jiwa tenang. Kenapa nak bersedekah? Tanya sama hati, di situ terletaknya rasa syukur :) Alhamdulillah :)
  • Perbanyakkan kesyukuran. Catat dalam Journal Kesyukuran. Catitlah setiap hari kesyukuran dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar kesyukuran. Latih diri untuk bersyukur, In sha Allah selepas ni segala tekanan datang,, kita akan pandang kecil sebab kita tahu nikmat yang Allah beri pada kita sangat besar. Allah Sangat Bermurah Hati, Sangat Baik, Sayang kan Allah ! :D

Mulakan dengan setiap pemberian Nya dengan rasa syukur, Ingat Allah dalam setiap perkara, In sha Allah hati menjadi tenang :)

Semoga Bermanfaat

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…