Skip to main content

Masih Ingatkah Peribahasa Melayu?

Kisahnya bermula apabila duduk mencari nafas, terlihat buku ni

Bukanlah buku yang harganya mahal ke apa, nilainya dulu RM3.80

Tapi intinya yang sangat berharga :)

Godek Peribahasa Melayu


Peribahasa Melayu

Memang mama amanah jaga elok-elok sampai sekarang,, Alhamdulillah elok lagi :)

Tulisan 1999 tu, main soal bersama rakan

Adakah sebab ni Ani masih ingat peribahasa lama?

Antara faktornya mungkin :)

15 Peribahasa Melayu Untuk Pelajar

  • Ada angin ada pohonnya
Segala hal ada mulanya dan sebabnya

  • Ada hujan, ada panas, ada hari boleh balas
Selalu ada kesempatan untuk membalas dendam

  • Adat muda menanggung rindu
Orang muda biasa menanggung rindu

  • Alang-alang mandi biarlah basah
Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sampai habis

  • Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya
Pihak lawan yang lebih kuat dan bersenjata jangan diberi peluang mencederakan kamu

  • Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
Orang yang selalu mencari atau memilih orang yang setaraf atau sepangkat

  • Api makan sekam
Perbuatan jahat yang tidak nampak atau diketahui

  • Aur ditanam, betung tumbuh
Mendapat untung yang banyak

  • Air susu dibalas dengan tuba
Budi baik dibalas dengan kejahatan

  • Ayam bertelur atas padi mati kelaparan, itik berenang dalam air mati kehausan
Orang yang menderita kesusahan di dalam negerinya yang mewah dan makmur

  • Bagai ayam disambar helang
Orang yang mati secara tiba-tiba atau mengejut

  • Bagai getah di lalang
Percakapan yang tidak tentu arah

  • Bagai itik pulang petang
Berjalan dengan lambat

  • Bagai isi dengan kuku
Persahabatan dua orang yang sangat baik

  • Bagai mendapat durian yang runtuh
Tidak disangka-sangka mendapat untung yang banyak


Peribahasa Melayu sangat mahal sebab melambangkan identiti Melayu yang suka berkias. Jangan dilupa warisan kita

Semoga Bermanfaat


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Comments

  1. Huhu.. Ada gak yg saya tak tahu lagi ni.. Leh kait2 letak DLM artikel blog ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, boleh amiklah. perkongsian untuk semua :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…