Wednesday 29 April 2015

Beza Best Before (Baik Sebelum) & Use Before (Guna Sebelum) Untuk Pembelian Produk


Beli barang mesti best (yelah membeli, shopping hehe) of course beli barang yang berguna kan? :)

Dan pastinya setiap pembelian kita terutamanya makanan pastinya ada best before (baik sebelum) & use before(guna sebelum)

Ada perbezaan ke antara keduanya atau pun sama sahaja? :)

Best Before (Baik Sebelum) & Use Before (Guna Sebelum)


Best Before Vs Use Before


Best Before/Best By (Baik Sebelum) ada kaitan dengan kualiti makanan manakala Use Before (Guna Sebelum) pula berkaitan dengan keselamatan produk 

Umumnya, Best Before/Best By (Baik Sebelum) selamat di makan selepas tarikh tertera selagi tiada bau pelik (guna judgement sendiri). Yes, mungkin rasa tak lagi enak tapi kita boleh decide nak makannya lagi ataupun tidak.

Makanan dalam tin atau canister, frozen food, chocolate kebiasaannya mereka menggunakan Best Before dan bukannya Use Before. 

Use Before (Guna Sebelum) memang kena buang selepas tarikh tertera. Use Before (Guna Sebelum) berkait dengan keselamatan makanan dan biasanya ia di tampal atau digunakan pada daging dan produk tenusu. Makanan begini memang kena buang pada tarikh yang dinyatakan sebab sememangnya bahaya untuk di makan huhu

Makanan Dalam Tin


Makanan dalam tin kebiasaanya tiada bakteria. Jadi, kita boleh langgar sikit tarikh luput. Selagi tin nya masih elok (tak berkarat, tak bocor, tiada gas terperangkap dalamnya) dan di simpan dalam suhu bilik di ruangan yang gelap. Kalau kes begini, kita boleh simpan berbulan-bulan selepas tarikh Best Before (Baik Sebelum). Tapi, rasa & teksturnya mungkin tak berapa sedaplah yeh!

Semoga Bermanfaat Untuk Semua :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

5 comments:

  1. Oh! okay thank you for sharing

    ReplyDelete
  2. Makanan dalam tin bila dah sampai tarikh expired..tak berani nak mamam lagi,takut keracunan

    ReplyDelete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...