Thursday 14 May 2015

Maksud Jerawat Di Sekitar Muka


Jerawat adalah masalah yang takkan hilang

Orang kata tak nak ada jerawat, kahwin untuk perempuan, betul ke?

Wallahualam, jom baca maksudnya tersiratnya jerawat

Maksud Jerawat Di Sekitar Muka

Jerawat di Sekitar Muka

  • Dagu dan Rahang
Itu menandakan adanya gangguan hormon pada tubuh. Bagi wanita, kebiasaannya ia tumbuh bila tiba saat menstruasi. Ianya normal bagi wanita. Pengambilan Vitamin C dan Vitamin E sangat penting, jangan lupa berehat :)

  • Dahi
Jerawat di bahagian dahi dikatakan berpunca daripada alahan terhadap makanan tertentu. Selain daripadaa itu, ianya berkait dengan ketidakseimbangan gula dalam darah serta gejala dehidrasi yang terjadi. Bagi mengatasinya jauhkan makanan berkolestrol tinggi serta ubah pola pemakanan dan banyakkan pengambilan air kosong :D

  • Mata & Pelipis
Jika tumbuh jerawat di sekitar mata dan pelipis, ianya menunjukkan seseorang mengalami gangguan tahap kesihatan di bahagian hati serta sistem pencernaan. Carauntuk mengurangkannya adalah dengan mengurangkan  pengambilan gula, kafein dan soda. Selain itu, perbanyakkan pengambilan serat dan air bagi membantu sistem pencernaan

  • Pipi
Sesiapa juga boleh mengalami masalah jerawat di kawasan pipi. Faktor udara serta alahan pada debu-debu di udara dikaitkan sebagai salah satu penyebab utamanya. Selain daripada itu, perokok lebih terdedah kepada masalah jerawat di bahagian ini. Untuk mencegahnya, hindari asap rokok mahupun kawasan tidak bersih agar jerawat mampu dijauhi.

  • Dagu
Di kawasan ini pula, ianya menandakan seseorang yang banyak mengambil makanan yang berlemak serta bergula. Faktor ini sama dengan jerawat yang tumbuh di kawasan hidung iaitu sekitar dalam dan di bahagian bawah hidung. Ia dikatakaan berhubung dengan gangguan kesihatan jantung. Jauhkan daripada pengambilan makanan yang berlemak dan cuba untuk mengambil makanan seperti oatmeal, ikan, avokado, bayam, almond, buah beri dan sebagainya untuk kesihatan jantung.

Masker Bersesuaian Dengan Jenis Kulit



Semoga Bermanfaat! :)



Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

10 comments:

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...