Saturday, 20 September 2014

Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

1. Wahai orang yang berselimut,

2. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat),

3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurang dari itu

4. Atau lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Qur'an dengan "Tartil"

5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana ) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada mu wahyu ( Al-Qur'an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)

6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

(Surah Al-Muzzamil Ayat 1- 6)


Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud



Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud



Ani tahu ramai yang berniat untuk bangun tahajud di malam hari

Masa untuk "bercinta" bersama dengan Nya yang menciptakan

Meluahkan segala yang terbuku, Istimewanya hanya kita dan Pencipta

Tapi kadang-kadang terbabas,

Nikmat Tahajud bagi mereka yang melaksanakannya. 

Entri ni sekadar Ani berkongsi pengalaman dan sungguh, saya bukan sesiapa. Sekadar sedikit info untuk perkongsian bersama.Ani mulakan tips dengan mutiara kata Tuan Guru Nik Aziz


Petua Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Untuk Bangun Tahajud


Tok Guru berkata " Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan ketiga  pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita"

Deep! Very meaningful.


Tips Bangun Tahajud


  • Mulakan niat untuk bangun tahajud

Ikut pengalaman sendiri, pasang niat sebelum tidur. Niat sangat penting.  Pesan dalam hati sebelum tidur..Ya Allah, aku nak bangun solat tahajud malam ni, Permudahkan Ya Allah). In sha Allah mudah, Macam ada alarm yang lembut bangunkan sendiri dan kita tahu bangun tu untuk tahajud.

  • Doa banyak-banyak pada Nya untuk bangun tahajud

Ani jujur banyak kali terjadi. Ada masanya kita penat, dah niat nak bangun tahajud , tapi penat sangat. Dah terjaga .. ngantuk sangat. Apa Ani buat, contoh pukul 3 pagi terjaga, Ani kata dalam hati Ya Allah aku nak sembahmu, tapi aku penat dan mengantuk sangat, bagi aku peluang untuk bangun lagi untuk menyembah Mu.. Alhamdulillah, dapat dengan izin Nya, Akan terjaga lagi in sha Allah dipermudahkan.

  • Tidur awal

Tips ni Ani rasa ikut orang. Awal tu bagaimana. Ani tidur paling lambat pukul 1. Paling cepat tak tentu sebab ikut keadaan hari tu.  Ikut  mata masing-masing awalnya bagaimana tapi pastikan jangan tidur lambat sebelum waktu yang kita dah biasa. Permulaan mendidik hati lebih baik tidur waktu awal mengikut anda supaya mudah untuk bangun solat di malam hari. Penting niat!

  • Qailullah

Bagi yang berkelapangan, seingat Ani ustaz ada kata, katanya tidurlah sebentar sebelum Zohor. Ia memberikan kerehatan kepada badan.Bila badan cukup rehat, mudah untuk berjaga. Jangan pandang rendah pada Qailullah.

  • Pasang Jam

Ini sebagai ikhtiar untuk kita bangun tahajud. Tapi sebelum tidur penting pasang niat. Jadi bila berbunyi , kita taw untuk bangun solat tahajud.

  • Sebelum tidur, tepuk bantal kasi warning

Sebenarnya, ni tips masa mula-mula Ani nak tahajud. Bantal tu takde pape sebenarnya. Tapi untuk pyschology Ani rasa. Ani tepuk bantal 3 x pastu Ani kata , bantal ko jangan nak bagi aku tidur nyenyak sangat, Aku nak bangun tahajud!. nampak macam kelakar tapi bila kita tekad, kita cakap sebenarnya kita set dalam minda dan bantal tu sebenarnya takde pape, lebih kepada  geram sebab dulu payah nak bangun. tapi it works! 

Petua ni petua paling awal ani bangun tahajud. Kisahnya, mama pujuk tahajud tapi tak taw apa kelebihannya, main buat dan betul masa tu (sebab kena paksa) tapi bila buat tahajud rasa nikmat nya. 


Ya, Ikhlas itu memang perlu di paksa sendiri. Kemudian, Ikhlas itu akan datang dengan sendiri. Percayalah! :)

Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat kepada semua.



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Lebih jimat jika anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

4 comments:

  1. Tips yang sangat berguna ni tapi kalau dah malas dah menguasai diri tak boleh nak cakap apa lah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau malas ikut Tok Guru Nik Aziz, agak tetiba terbangun, cepat-cepat doa walaupun sikit. Sayangla kalau dah terbangun :)

      Delete
  2. Yang last tu leh try buat ni..mana tahu menjadi gak..hehe...terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Ani harap begitu juga, bantal tu sebenarnya protes geram kat diri sendiri hehe. Niat jangan tinggal. Sama-sama :)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...