Friday, 26 September 2014

1001 Tentang Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit jangkitan virus merebak akibat gigitan nyamuk aedes betina.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalamai masalah denggi. 

1001 Tentang Demam Denggi

Nyamuk Aedes & Denggi

Tanda Dan Gejala Penyakit Demam Denggi


Kebiasaannya, demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga hari ke 14 selepas digigit oleh nyamuk aedes betina.

Selalunya ia bermula dengan demam yang kuat mengejut, sakit kepala yang kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot dan juga sendi. 

Demam boleh mencapai suhu sehingga 40-41 darjah Celcius dan selalunya akan berlarutan sehingga 2-7 hari. Ia boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak bawah umur 6 tahun. Sakit teruka pada tulang, otot, dan juga sendi. Demam denggi juga dikenali sebagai "breakbone fever"

Ruam akan tubuh dalam 3 atau 4 hari demam, muntah dan kurang selera makan juga akan berlaku

Rawatan Demam Denggi


  • Berjumpa doktor 
  • Rehat dan banyakkan minum air masak . Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia  ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan
  • Elakkan pengambilan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umru 12 tahun
  • Mandi jerlum
  • Antiobiotik tidak diperlukan

Demam Denggi Berdarah


Kebiasaannya, tanda sakit demam denggi adalah sama. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh keradangan salur darah. Simptom biasa terjadi termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen. 

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan boleh mengakibatkan kematian. 

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Pencegahan


Mengikut Kementrian Kesihatan  Malaysia, taida vaksin untuk mengubati Demam Denggi. Walaubagaimanapun, terdapat usaha bagi menghasilkan vaksin tersebut.

Langkah pencegahan adalah :

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk dan kelambu semasa tidur
  • Elakkan aktiviti semasa pukul 5.30 - 8.00 pagi juga 5.30 petang - 8 malam. Ini kerana, waktu tersebut adalah waktu nyamuk aedes menggigit.
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang apabila keluar dari rumah. 
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air. 
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan 

Supplement Untuk Demam Denggi


Harus di ingat, supplement hanyalah makanan tambahan bagi melengkapkan nutrient yang hilang. Segala hak penyembuhan mutlak milik Allah.


NutriFeron Untuk Denggi

NutriFeron membantu dan berperanan supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan  antibodi semulajadi bagi melawan virus denggi . Tindakan NutriFeron adalah berlaku secara semulajadi, Ianya sangat selamat untuk badan.

Kajian terbukti secara klinikal, NutriFeron merangsang penghasilan interferon semulajadi di dalam badan


Performance Drink Shaklee Untuk Denggi


Performance Drink pula berfungsi bagi mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan. Performance Drink mempunyai garam yang menstabilkan badan. Performance Drink juga membantu dalam memberikan tenaga kepada pesakit. 

Ia menyediakan tenaga karbohirat bagi tubuh serta mengekalkan imbanagan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?
Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


Inginkan NutriFeron juga Performance Drink?

Pesan Sekarang


atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

4 comments:

  1. Jangan main2 dengan denggi nie.....


    Recent Post by MananQayyim : Minum Air Sebelum Makan, Bantu Menurunkan Berat Badan.

    ReplyDelete
  2. Betul, demam yang boleh membawa maut.

    ReplyDelete
  3. Thanks for info yani...demam ni memang bahayakan...Malaysia antara yang tertinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Betul! Baru je office mate kna denggi berdarah. kena berjaga-jaga kan, Moga bermanfaat :)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...