Cerita Kami : 3 Hari 2 Malam Di Langkawi :)


Sebenarnya, entri ini lebih kepada cerita Ani dan family ke Langkawi

Alhamdulillah, Allah bagi Ani kesempatan untuk menunaikan hajat salah seorang keluarga Ani yang ingin pergi ke Langkawi.

3 Hari 2 Malam Di Langkawi 


Hari Pertama

Kami sampai ke Jeti Kuala Perlis pada pukul 5.45 pagi. Dan terus kami  bergilir-gilir,  ada yang  beratur beli ticket feri dan ada yang bergilir-gilir untuk solat. Masjid hampir sangat dengan feri. Cuma berjalan sedikit dan kami dapat ticket feri pukul 7 pagi . 

Sampai je di Langkawi, kami terus ke homestay dan bermulalah perjalanan kami.

  • Langkawi Cable Car
Ni tempat yang wajib pergi kan? Dalam keluarga Ani,ada yang takut naik cable car. Kami paksa naik cable car hehe, Rugikan ke sana tak naik.! :P Cable Car ada 2 stage, dekat sana boleh nampak view Langkawi. Subhanallah, cantik sangat! Makin tinggi makin cantik. Makin tinggi makin kuat angin. Sememangnya mendamaikan. Selain view yang cantik, ada jugak kedai buah tangan, ice cream yang 1 scope sebenarnya banyak gila, tak dapat bayang macam mana dowg nak habiskan yang beli 2@ 3 scope. Serious, 1 scope dia besar dan sedap. Sambil tengok view , sambil makan ice cream :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

pemandangan di atas



3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Mickey Mouse pun ada di Langkawi taw! Peace Yo!!

  • Oriental Village
Kalau ada yang tanya kat mana yang winter sonata, winter sonata tu kat sini lah. Tapi jika tanya Ani, Ani boleh.. biasa tempat jalan-jalan .  :)  Kat sana boleh bagi makan ikan, ada flying fox, pokok gantung-gantung ala korea, jambatan ala-ala cina begitu. Tak lupa juga, kedai cenderahati. 


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

ada rasa kat Negara lain tak? :)

  • Telaga Harbour Park

Tempat ni memang Ani nak pergi. Selalu nampak kat TV orang berlakon. Cantiknya tempat ni. Ini la dia tempatnya, bukan Pearl Habour tapi Telaga Harbour Park hehe


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Ada fefeeling nak jalan kat situ macam retis berlakon? tak bolehla, dia tutup, mungkin kena ada surat kebenaran, ani tak taw.. tapi  yang pasti kita boleh tengok dari tepi. :) Masa Ani pergi tu ada yang tengah shooting . Tapi memang cantik!

  • Tanjung Rhu
Satu tempat yang Ani suka. Ya Allah , cantiklah sangat! Masa kami pergi dalam pukul 5 memang tak boleh mandi ombak kuat. Siapa nak tengok pantai yang cantik  compared yang lain (pendapat Ani sendiri) Tanjung Rhu lah jawapannya. Dah main dekat pantai mesti penat kan? Jangan risau kat sana sudah tersedia kedai makan.

3 HAri 2 Malam di Langkawi

kena rasa sendiri, tengok sendiri, betapa cantiknya Tanjung Rhu. Ni gambar dekat  Tanjung Rhu. Kalau dekat depan sebenarnya pasir dia tinggi sikit. Serious, rasa nak golek -golek kat pasir tu tapi tak boleh sebab kat sana pasirnya bercampur dengan kerang-kerangan. 

Hari Kedua


  • Pantai Cenang & Pulau Beras Basah
Kami sebenarnya pergi pulau mengikut package dengan  menaiki bot. Package ni kami ambil dengan sorang pak cik travel yang kami jumpa masa kami di  Jeti Kuala Perlis haritu. Terus, amik package dia :) . Dan sele[as ke Pantai Cenang, kami semua berkumpul di Pulau Beras Basah dan terus menaiki bot.


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Pulau Beras Basah : gambar Mr Google sebab tak sempat nak amik pic huhu , tapi begitu keadaannya :)



3 Hari 2 Malam Di langkawi
best woo, kami kuarkan tangan baling air sesama sendiri. Ok! Abah kata macam jakon :P

  • Pulau Dayang Bunting
Kami menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting. Katanya, siapa yang nak zuriat, minum air nya, dan mandi di situ. Tapi bagi Ani, semuanya bergantung dengan keizinan Allah.Allah Maha Memberi. Kami di sana 1 jam sebelum singgah ke tempat lain. Cantik tempatnya! Rendam-rendam kaki sambil tengok orang mandi, rehat dan dan dan  ada monyet!! haha, banyak! Yang comelnya makanan anak omputih dia amik. Isyh, nangis budak tu.. hehehe. tapi dont worry monyet nya mesra alam :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

yang ni baru di bawah, kat atas lagi cantik ! 

  • Helang makan 

3 Hari 2 Malam Di Langkawi


  • Beras Terbakar
Beras Terbakar ni kecik je tempatnya. Depannya ada jual-jual barang.  bagi Ani jalan-jalan ,ok. Ada di tunjukkan beras terbakar nya yang masih tinggal , dalam mangkuk. Baik untuk pengetahuan sejarah :) 

3 Hari 2 Malam Di Langkawi


  • Makam Mahsuri
Ni kes wajib pergi! heheh. OK! Mahsuri cantik sangat! Tak dapat Ani nafikan! Ada makam mahsuri, rumahnya, perigi nya. Cantiklah kawasan tu. Ani suggest pergi. Bila masuk rumah dia, kawasan persekitaran ala-ala kena dengan citarasa Ani  :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Rumah Mahsuri

3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Amik ko, kecik-kecik tak puas main congkak. Sekali, congkak besar! :D

  • Dataran Helang

3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Menariknya ada ular. Persoalannya nak tengok  Helang atau ular? :P

Hari Ketiga

Hari ketiga kami menghabiskan sisa-sisa masa dengan berjalan-jalan sambil membeli barang sendiri dan teman untuk di bawa pulang dan terus ke airport :)

Tips Travel

  • Sebagai seorang muslim , perkara ni sangat penting. Bawa Al-Qur'an walaupun kecil, If rasa takut terlangkah, install kan dalam hp. Jangan tinggal Al-Qur'an walaupun sehari.
  • Muslimah, ready bawa mini telekung. Sangat senang bila bawa. Tak payah nak tunggu turn, mudah dan senang walaupun kita solat jamak sebab tak taw masa di sana dan bagaimana keadaannya.
  • Pastikan ada simpanan duit. Bila kat sana rambang mata u olls.
  • Peta. Dalam negeri juga perlu ada. Senang untuk di rujuk mana nak pergi lepas ni, lepas tu tak rasa sesat di negara sendiri :P
  • Penting jaga kesihatan! Bawa vitamin anda.
Ani bawa Vitamin C Shaklee untuk sistem imun, kulit ( Vitamin C ada kolagen u olls hehe) juga hindar dari selsema. B-Complex beri tenaga, juga Vitamin E protect kulit dari sinaran ultralembayung.

Penjimatan sehingga 20 % bagi anda yang ingin menjadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

 beli sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"


Comments

  1. bestnyer pergi bercuti bersama keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok! Alhamdulillah Kesempatan yang Dia bagi. potong 1 checklist, selesai. Alhamdulillah :)

      Delete
  2. marina harbour tu mmg best. sungguh mendamaikan, tak crowded & nice view. kedai2 makan pun banyak, cuma ada mahal sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Marina Harbour cantik!. A'ah mahal untuk makanan :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid