Tuesday, 15 April 2014

TIPS CERIA DI PAGI HARI :)

Assalamualaikum

Pagi ni bagaimana? Harapnya pagi ini dalam keadaan positif. 

Hari ini, Ani nak memberikan anda Tips Ceria di Pagi Hari.Yeay!

Bagaimana?
  • Sebelum anda tidur, ani galakkan untuk kita bayangkan apa yang kita inginkan. Bayangkan yang baik-baik. Sematkan aura positif. Maafkan salah silap orang lain. Baca surah atau zikir sebelum tidur. Kemudian tidur :)
  • Esok pagi, bangun dari atas katil, terus panjatkan syukur Alhamdulillah kerana kita masih di hidupkan lagi, boleh bantu orang lain, boleh memperbetulkan salah silap. 
  • Terus kepada aura positif yang telah kita bawa sebelum tidur. Ingat kembali apa yang kita inginkan. Elak aura negatif di pagi hari.Jaga kebersihan. 
  • Harus di ingat, jika anda marah di pagi hari, mood tak best yang telah anda hasilkan tadi akan terbawa-bawa hingga berikutnya. JANGAN YE!
  • Kemaskan diri. Ambil breakfast jangan tinggalkan
  • Pergi kerja dengan niat yang baik. Kerja kerana Allah, Moga Allah mempermudahkan urusan.
  • Panjangkan silaturrahim.

* Jika sedih, jangan cari orang lain. Cari Allah. Bangun tahajud. Al-Qur'an jangan tinggal. Allah sangat hampir dengan kita. Mengadulah kepada Nya kerana Dia Maha Pemurah Maha Penyayang .

Semoga sedikit perkongsian, memberi manfaat kepada semua. In sha Allah :)


No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...