Assalamualaikum,
Anda pernah tahu tak yang sebenarnya berjalan kaki punya kelebihan?
Bagi yang tak suka untuk berjalan kaki atau dalam erti kata lain "mengelat" dalam bab ini hehe, entri ini sesuai untuk anda dan semua :)
Kuasa Berjalan Kaki!
- Membantu menurunkan serangan jantung.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Kolestrol baik iaitu HDL bertindak sebagai span penyerap kolestrol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki secara tergopoh-gopoh. Makanya, berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko sakit jantung!
Cara mudah untuk mula bagi yang sudah berkeluarga, Bermain dengan anak siapa yang lebih cepat berjalan kaki atau bagi yang belum berumahtangga, boleh praktikkan cara di atas bersama rakan dan tukar cara jalan secara cepat :).
- Membakar lemak.
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh!. Apabila berjalan kaki, ada kalori yang terbuang dan lebihan kalori yang tersimpan dalam badan akan turut terbakar. Hasilnya, ia membantu dalam mengurangkan berat badan . Boleh senyum sekarang ! :))
- Pelangsingan badan
Lakukan aktiviti berjalan kaki secara rutin selama 1 jam. Apabila kita lakukan sebagai rutin harian, ia mampu menurunkan berat badan dan lemak terutamanya di bahagian perut dan pinggul.Wah!!!
- Osteoporosis
Selain mengambil supplement, tambahkan dengan berjalan kaki. Kenapa Ani? Sebab dengan penambahan aktiviti berjalan kaki, otot-otot, rangka atau tulang dalam tubuh akan menjadi sihat dan kuat. Pengambilan supplement membantu memberikan nutrient yang tiada atau hilang dalam tubuh , berjalan kaki memberi kita otot dan rangka yang sihat!
Cadangan ani cuba berjalan kaki pada waktu pagi :) Ambil udara pagi yang segar! Best! Trust me! :)
- Depresi
Tak nafikan, keadaan hidup sekarang membuatkan sesetengah daripada kita mengalami depresi atau tekanan. Cuba berjalan kaki , sedikit sebanyak ia membantu mengurangkan penyakit depresi. Jadikan sebagai rutin dan percayalah, dengan berjalan kaki, anda akan jumpa lebih ramai orang yang suka tersenyum dan menjaga kesihatan :)
** Mari cuba luangkan masa untuk berjalan kaki. Ambil dan praktikkan. Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat! :)
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat. In sha Allah :)
No comments:
Post a Comment