"Nasib baik tak jadi apa-apa. Dibuatnya time pukau dah memang tak sedar, di bawa lari orang bagaimana?"
Seram. Rasa nak menangis!
Ada ke tengah takut , dikatanya begitu.
Pukau
Sesiapa yang pernah terkena pukau, pasti tahu perasaan ni.
Takut, keliru, pening, risau dan sebenarnya pelbagai persoalan bersarang di hati. Tiada kata lain melainkan BUNTU!
Orang kata jangan fikir. Tapi kalau terbayang-bayang, bagaimana tak fikir kan?
Sungguh,Pukau boleh terjadi dalam pelbagai cara contoh renungan mata, sentuhan atau pergerakan roh kepada orang yang dipukau melalui jampi mentera.
Langkah Keselamatan Untuk Wanita & Para Gadis
- Jangan jalan seorang diri walaupun dah rasa diri berani habis
Bahaya datang tanpa di undang. Bahaya juga tak kenal tahap keyakinan kita untuk ketika itu. Untuk para gadis dan wanita, cari teman berjalan supaya mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
- Sorok kerlipan emas
Jangan pakai emas yang terlalu banyak di khayalak ramai. Risau akan bahaya yang mungkin terjadi. Boleh pakai, pakai secara terlindung, rantai emas, subang, gelang tangan dan gelang kaki yang dilapik dengan pakaian yang menutup aurat
- Pakai pakaian simple
Elakkan diri dari memakai pakaian yang terlalu menarik perhatian. Yang orang suka tengok lagi-lagi dan lagi sebab gadis dan wanita itu sifatnya menarik. Biar simple but nice. Simple is better.
Cara Menangani & Mengelak Pukau
Mengikut Dr Amran (Mastika 10, 1997)
- Meminta perlindungan daripada Allah
Doa ni Ustaz pernah berpesan amalkan sebagai langkah bagi mengelakkan dari bahaya yang menimpa datang kepada kita
Doa ni juga elok dibaca 7 kali sebelum makan bagi mengelakkan santau dalam makanan.
- Kekuatan roh : Buat apa yang disuruh, tinggal yang dilarang. Selalu letak pergantungan kepada Allah. Rapatkan diri dengan Al-Qur'an. Ayat-ayat Al-Qur'an penyembuh segala penyakit
- Buat perkara wajib dan sunnah seperti solat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, berzikir, wirid, selawat untuk mendekatkan dan menghambakan diri kepada Nya
Lemah Semangat
Jujur, Ani faham sangat perasaan orang yang pernah terkena pukau lagi-lagi kalau dah kena 2 atau 3 kali. Kita perlukan semangat dan kekuatan orang sekeliling. Orang sekeliling perlu membantu, Jika tengok dia dah lemah semangat, buntu, bacakan ayat suci Al-Qur'an kepadanya. Bukan kah Al-Qur'an penyembuh segala penyakit?
Tenangkan hati dengan zikrullah. Ya, ia mengambil masa untuk baik, kekuatan diri dan keadaan sekeliling in sha Allah boleh membantu :)
Dari segi kesihatan, B-Complex turut membantu dalam membantu menangani kemurungan,tekanan dan memberi tenaga.
Sungguh, Shaklee bukanlah untuk menangani namun ia membantu dari segi kesihatan.
Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?
atau
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
Fb@Instagram : Luvsupplements
"keriangan berShaklee di kongsi bersama"
boleh diamalkan untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini
ReplyDeleteBetul. Moga dihindarkan dari perkara yang tidak diingini berlaku
Deleteguna haruman kasturi dan selalu minum air limau nipis..petua lama!
ReplyDeleteBagus petua ni. Boleh di amalkan ni. Terima Kasih :D
Deleteterima kasih dengan perkongsian ini. ^_^
ReplyDeleteSama-sama. Moga bermanfaat untuk kita semua :D
DeleteRamai terkena pukau ini tidak boleh berbuat apa-apa hanya mengikut apa yang diarahkan.
ReplyDeleteBetul, bila dah sedar, rasa macam kepala tak betul jap. Selepas tu , baru ingat kembali kesemuanya. Minta semua dijauhkan Amin
Deletebaca ayat kursi bagus untuk dijadikan amalan
ReplyDeleteorang dulu2 memang suruh hafal ayat ni
Betul, Ayat Kursi sebagai pelindung diri :D
Deletememang bahaya pukau ni.
ReplyDeleteayat Kursi memang banyak khasiatnya.
terima kasih atas info ini.
Sangat bahaya.
DeleteMinta semua dijauhkan. Betul, Ayat Allah :)
Sama-sama. Semoga Bermanfaat In Sha Allah :D