Wednesday, 12 August 2015

Tak Dapat Keputusan UPU 2015 untuk STPM ,Cuba Lagi!

Entri kali ni Ani gelar diri sebagai Akak yeh rasa lebih rapat dengan adik-adik

Sebab memang untuk kalian.Semalam keluar result UPU untuk STPM kan? :)

Yang Berjaya, Alhamdulillah, Yang tak dapat, Jangan patah semangat , buat rayuan!

Alhamdulillah untuk apa yang telah di usahakan


Alhamdulillah atas usaha

Tanya Akak , Akak sangat percaya dengan bersyukur. Sebab bila kita sebagai hamba bersyukur, Allah akan bagi lebih. :)

Alhamdulillah untuk usaha lepas, Syabas! :D Eureka lah kan! ^_^

"Akak , saya tak dapat masuk U"


Jujur, entri ni tak fokus langsung pada Adik Akak. Nak taw dia pergi U mana, molek tanya dia sendiri.

Ada yang kongsi dengan Akak

Akak, saya tak dapat mohon U, tiada nasihat lain yang Akak beri hanyalah buat rayuan. 

Katanya dia tak yakin dapat tak, Akak jawab kalau tak nak buat rayuan, ramai lagi yang nak!

Dapat tak dapat urusan Dia, kita sebagai hamba usaha


Kisah Akak & Nama Tiada Dalam Senarai


Sungguhlah, bila ada adik-adik mengadu dengan Akak,  Akak faham perasaan tu, boleh berjurai air mata

Kalau cerita ni boleh menaikkan motivasi kalian, ambil dan jangan give up

Ceritanya Akak apply Degree, masa keluar result, "nama tiada dalam senarai".

Haru, orang lain boleh taw dapat ke tak, Akak punya keluar "nama tiada dalam senarai"

Satu yang perlu kalian faham, Akak tak berhenti kat situ

Akak isi rayuan via internet, tapi masa tu 50-50 dapat ke tak sebab nama tiada dalam senarai

Akak panjat turun naik pejabat. Akak telefon, pass sana, pass sini. Segala Surat Rayuan, transkrip diploma, apa saja sijil Akak heret bukan sekali berkali-kali, penat tolak tepi sebab desire nak!

Akak nak sampai lah orang dah masuk U, result rayuan keluar Akak checked, budak-budak rayuan dah masuk U pun Akak still buka laman web tu dengan harapan keluar nama Akak, 

Akak bina kekuatan dengan degil dan semangat Akak. Bila orang nak menyerah Akak tak suka menyerah.Teringat kata kawan masa Diploma, lagi susah Lecturer tu, lagi kau nak! :D

Jujur Bohonglah tak gesek biola (sedih), tapi Akak tak suka biar lama-lama rasa tu,

Sampailah, Kisahnya bila budak rayuan dah masuk U memang dah tiada harapan , (ikut logik akal). Akak faham erti redha. Sebab Akak taw Akak dah buat terbaik, kalau Allah tak bagi maknanya itu terbaik untuk Akak.

Masa tu rasa. Sampai sini untuk usaha kali ni. Pintu First Intake dah tertutup.

Miracle Jadi, Panggilan Telefon Berbunyi


Seminggu lepas kejadian, orang pun dah selamat belajar, Akak dapat telefon, Akak dapat masuk U!

Adik, Akak dapat walaupun orang lain dah belajar jauh, Akak dapat masuk.

Tak silap seminggu dia bagi masa untuk prepare segala barang

Adik, Akak bukanlah ada orang besar nak mohon U, Akak turun naik, turun naik tunjuk cgpa diploma, Allah, tiada yang menggerakkan hati manusia melainkan Engkau, tiada yang dapat tolong melainkan Engkau

Allah yang bagi, Ihsan Allah. Siap masa register tu sebab cgpa Alhamdulillah, di tawarkan lagi nak Finance ke Islamic Banking, Akak stick dengan apa yang Akak nak, Islamic Banking

Bila orang tanya bagaimana dapat masuk, sungguh akak tak taw!

Dean List Semester Tersebut


Akak masuk lambat, Akak pun tak taw apa yang diorang dah belajar. Akak taw masa tu Akak tak nak gagal , Tak Nak!

Usaha tak terhenti di situ, Akak ambil notes kawan-kawan pinjam, photostat mana patut, Time makan pun belajar . Gigih! Tak hirau orang. Perangai gerak sorang memang terdidik dari dulu huhu

Final Exam menangis sebab tak confident lulus subjek Statistics & tak nak gagal. Sekali  subjek Statistics tu lulus dengan cemerlang hehe, Dean List lagi untuk semester tu.Alhamdulillah :D

Serah Pada Allah


Akak takdelah minta korang usaha macam Akak, Kes Akak berbeza, nama tiada dalam senarai . Orang lain pun tak suruh Akak usaha gigih macam tu tapi sebab Akak nak, Akak buat, Akak tahu semua jadi atas izin Nya baik buruk... Cuma Akak harap jangan give up! Buat Rayuan! Kalau tak dapat juga, apply untuk second intake sebab Yang Memberi adalah Allah

Perbendaharaan pada Allah. Yakin & Tawakal Pada Nya

Ingat, Kita Merancang, Allah Juga Merancang. Tapi, Perancangan Allah Yang Lebih Baik.

Aja Aja Fighting!! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin. Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tips Ani Kekal Kurus Walaupun Makan Banyak

Pernah dengar tak orang kata orang yang lahir Bulan November ni kadang-kadang susah untuk faham. Kadang-kadang Ani pun rasa begitu huhu Ani pun tak taw kenapa makan tapi tak naik-naik hohoho

Tapi, since ada yang tanya dan jelous katanya,

Mari Ani cerita cara makan Ani. Jeng Jeng Jeng

Cara Makan Haryani Yang Tak Naik Naik Badan


Saja je nak tunjuk gambar Anuar Zain hehe


  • Ani ambil sarapan pagi setiap hari
Macam mana keadaan sekalipun, pagi Ani tetap ambil sarapan pagi walaupun hanya buah atau roti dan apa sahaja yang ada di dapur. ~ngee. Sebaiknya banyaklah kuantitinya sebab pagi kan nak pakai tenaga banyak, tapi kalau tak banyak pun , Ani akan pastikan pagi Ani jamah walaupun sedikit.

P/s :  Pagi tadi Ani makan buah :)


  • Ani makan sedikit tapi berulang kali
Ini memang tak di nafikan. huhu Nak taw satu cerita tak? Ani makan nasi guna mangkuk . Ya Benar ni! hehe Memang Ani makan guna mangkuk. Bukan mangkuk maggi, mangkuk kecil tu.  Memang peel Ani. huhu Ani makan nasi berlauk, lepastu kenyang, bila lapar, makan balik hihi, makan lah banyak-banyak kali hehe

Kebiasaannya sehari ada lah makan 3 @ 4 mangkuk nasi.  Ikut perut nak makan berapa kali 3 atau 4 hihi

P/s : Kalau orang datang rumah, Ani tukarlah pinggan tapi kuantiti makan tetap sama :)


  • Ani pastikan Ani makan Nasi setiap hari
Kalau orang kata nak kurus tak payah makan. Ani tak setuju sebab Ani kurus pun Ani makan nasi. Macam mana kata tak makan nasi huhu.. Ambillah nasi kan karbohidrat. Nak buat kerja kena ada tenaga.Ambil walaupun sedikit


  • Ani jarang makan Fast Food 
Ani sangat jarang makan fast food atau makan kedai mahupun restaurant. Di sini dah nampak Ani suka duduk rumah hihi Keluar Ani makanlah tapi ..tapi  kalau ada kulit ayam Ani letak tepi, Air Gas Ani tukar Air Lain.  Yang lain semua Ani bedal, penting halal hehe. Tapi jaranglah makan fast food atau luar, lebih kepada masak sendiri atau air tangan Ibunda lagi sedap kan!~ngee:D


  • Ani tak makan berat selepas Pukul 9 atau 10 malam
Dekat rumah, untuk makan malam, mostly Ani ambil dalam pukul 6 petang atau lepas maghrib, ada lah sekali sekala lajak. Tapi, Ani tak displinkan diri Ani untuk makan lambat melainkan kalau keluar dan orang ajak makan atau orang jemput Ani pun free waktu tu. Ye! Ani makan. :D


  • Ani minum air banyak
Ani sangat suka minum air. Kalau dulu kerja office, Ani bawa botol air Tupperware besar tu. Minumlah :D Balik sama ada habis sebotol  atau tinggalkan sikit untuk perjalanan menyinggah atau bergerak ke mana Ani nak :)


Jangan Lupa Mengemas Rumah! :)


Habit Ani, bila keluar bersukan dengan kawan-kawan, Ani tak suka bersenam yang serious, Ani lebih kepada gelak gelak, nampak belon, Jom main! hihi, suka hati Ani jogging jalan short cut hihi Ani prefer kemas rumah. Kemas rumah bukan ambil masa 20 minit ke 10 minit huii, nahe! Ani faham mengemas bukanlah ikut suka hari nak kemas ke tidak kan! Bila mengemas, kita sapu sampah, mop, sidai baju, angkat kain, lipat baju, memasak, basuh pinggan , kalau ada kucing lagi bagus dia pun mengemas sekali hehe, Semua tu senaman sebenarnya :D


Pecah sudah cara makan Ani, rasa boleh ikut, ambillah penting jangan berdiet sampai tak skip makan taw! Cara diet banyak, pilih yang selamat dan selesa. Biar kurus secara sihat :)

Belanja Satu Video, Ibu Manis Turun 20 kg!




Nak dapatkan nutrisi seperti Puan Salwa yang turun 20 kg berat badan ? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kerbeksanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Monday, 10 August 2015

Pengalaman Ani Travel Tidak Perlu Hotel! Sungguh Menjimatkan! :D


Sebenarnya inilah pengalaman pertama kali Ani travel tak perlu hotel!

Jangan pandang rendah, Best ok? ;D

Memang betul-betul gunakan masa sebaiknya :)

Cameron Highlands Perjalanan Yang Menjimatkan ! 


Ani sebenarnya ikut sepupu bersama rombongan . Pengalaman baru satu peluang sambil cuci mata berjumpa dengan orang-orang baru. Buka minda taw! hihi

Bestnya travel kali ni  tiada Hotel! Di situ dah menjimatkan ! :)


Cameron Highlands Perjalanan Yang Menjimatkan!


Bagaimana Perjalanan Tiada Hotel?


Mengikut kata-kata Mak Ani, travel begini sama seperti masa dulu-dulu. Masa remaja pun mak Ani buat begitu, Jadi, nampak tak connection kat situ Mak dengan Anak? hihi

Sebab mereka berkumpul di Mambau. Jadi Ani gerak dari KL ke Seremban, terus cousin Ani ambil dari Komuter Seremban pergi ke Mambau. Tak jauh pun sebenarnya Seremban ke Mambau :D

Kami bertolak malam dalam pukul 10 lebih tak silap terus shoot ke Cameron Highlands. Tapi ada berhenti sekejap untuk berehat makan malam dalam pukul 12 tengah malam begitu. Kami makan lauk Raya OK! Nasi Impit, Rendang Ayam, Ketupat Hui!!! Selamat Hari Raya! Raya kan sebulan hihi

Dalam 12.20 pagi kami gerak kembali pergi ke Cameron sampai dalam pukul 5 pagi :)

Bestnya adalah bila masuk bas, boleh pulak driver bus tayang cerita hantu berkenaan rumah seksyen 2 , Shah Alam. Ani kengkonon nak pura-pura tidur sekali betul-betul tertidur hihi


Rumah Hantu Seksyen 2
Siapa belum pernah tengok cerita ni, pergilah tengok. Ani tak taw apa berlaku sebenarnya hihi


Perjalanan Bermula Pukul 8.-00 Pagi sehingga 2.00 Petang


Dalam 1 hari kami pergi Banyak tempat yang telah dijelajahi. Wah Giteww

8.00 pagi kami pergi Bee Farm. Tengok lebah dari dekat bak kata dari mata turun ke hati.  hehe , cuci-cuci mata hihi


Akulah Raja Lebah hohoho


8.55 pagi kami pergi Rose Garden. Bagi Ani sebagai peminat bunga , Cantik OK!!

Rose Garden
Mawar secantik wajahmu, tampak cantik, namun jika ingin diusik berduri. HA!! Nampak tak permainan Haryani sekarang hehe~

9.30 pagi -12.30 tengah hari. Kami menyinggah ke Strawberry Farm sambil lepastu shopping!! hehe

Strawberry Farm


Bestnya Pasar di Cameron penjual mengamalkan konsep memberi. Sungguh, Ani berjalan Ani kenyang sebab singgah kedai A, dia suruh rasa, B rasa ni, C rasa tu mana tak kenyang ye tak? hihi

Ani tunjuk gambar ni,sebab buah ni sedap OK! Nama Buah tak tahu hohoho

Kemudian kami singgah untuk makan, ke Ladang Teh, Air Terjun Latar yang cantik dan terus balik

Air Terjun Latar
Ada berangan seperti gadis zaman dahulu? hihi

Pukul 5.00 petang kami singgah RnR Tapah untuk Solat Jamak pukul 8 sampai Seremban

Makan Nasi Lemak  Mambau


Sebelum balik, sempatlah Ani makan Nasi Lemak  Mambau. Katanya, Nasi Lemak ni popular. Memang sedap pun, Sungguh! Bagi Ani nasi lemak yang sedap terletak pada sambalnya. Betul! Sambal sedap, ayam goreng di beri panas-panas Fuh, Alhamdulillah :D




9.30 malam sampai ke Komuter Seremban. Pukul 11.50 sampai rumah :)

Betul-betul gunakan masa sebaiknya.

Percutian yang menyeronokkan. Balik Ani pun selamat tidur hihi

Jika tempat kita dah tahu tujuan, nak ke mana, nak beli apa, tak salah kalau pergi satu hari kan!

Satu Hari Yang Sangat Bernilai :D

Semoga Bermanfaat! :D


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kerbekesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 6 August 2015

Katakan TIDAK kepada NYAMUK AEDES!

Kes Demam Denggi masih lagi hangat

Dalam sekeliling juga masih belum surut cerita yang menghadapi Demam Denggi

Demam Denggi, bukan seperti demam biasa, ianya boleh membawa maut.

Katakan Tidak Kepada Nyamuk Aedes


Katakan Tidak Kepada Nyamuk Aedes

Tips Langkah Pencegahan Dari Nyamuk Aedes

  • Guna penghalau nyamuk. Elakkan yang terkandung DEET iaitu sejenis bahan kimia yang berbahaya
  • Bersihkan kawasan persekitaran, kosongkan, telingkupkan tempayan yang tidak digunakan dan tutup bekas yang boleh menakung air
  • Tingkatkan sistem imunisasi anda dengan pengambilan Vitamin
  • Tutup pintu dan tingkap ketika waktu senja
  • Ambil perhatian lebih di awal pagi dan waktu senja kerana nyamuk aedes aktif di waktu sebegini dan pakai pakaian yang tertutup
  • Jangan simpan air di dalam bekas yang terbuka. Pastikan bekas air simpanan sentiasa tertutup

Simptom Terkena Demam Denggi

  • Sakit di bahagian belakang mata
  • Ruam timbul selepas 3 atau 4 hari demam
  • Muntah
  • Pendarahan ringan
  • Demam panas mengejut
  • Loya
  • Sakit sendi dan otot yang teruk
  • Sakit kepala yang teruk

Pandangan Pakar Nutrisi Apabila Seseorang Terkena Demam Denggi




Ingin dapatkan Supplement untuk Pesakit Demam Denggi .Cepat call @whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.



Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat di alukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Wednesday, 5 August 2015

Beruntungnya Wanita! Islam Angkat Darjat Wanita

Ani suka entri ni

Sebab, nampak besarnya kuasa Allah menciptakan Insan yang bernama Wanita

Dengan tulang empat kerat, Allah bagi kekuatan luar dan dalam

Berbahagialah Wanita! :D

Beruntungnya Wanita! Islam Angkat Darjat Wanita


Islam Angkat Darjat Wanita

Ciri-Ciri Seorang Wanita Islam

  • Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali dan 70 lelaki soleh
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat
  • Solat 2 rakaat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (Beruntungnya wanita yang dah berkahwin dan hamil :D )
  • Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikan
  • Wanita yang melayan baik suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala 
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka


Himpunan Firman Allah SWT Khusus Buat Wanita

  • "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
  • "Aku memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya"
  • "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarga dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
  • "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
  • "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suami untuk melindungi hatinya"
  • "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"
  • "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia perlukan"
  • "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang di tampilkan, atau bagaimana rambut disisirkan. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada"


Bahagian Tubuh Wanita Yang Di Anugerahkan Nama Yang Mulia


Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu Rahim. Rahim di ambil daripada Nama Allah yang bermaksud Maha Penyayang. Best kan Wanita? :D  Allah pilih nama yang mulia pada bahagian tubuh wanita. Rahim  penghubung kepada makhluk. Dalam rahim, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.

Gelaran Isteri Dalam Al-Qur'an


Dalam Al-Qur'an, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza "zaujuh" dan "zaujat". Hanya satu perkataan yang digunakan untuk merujuk  kedua-duanya. Iaitu "Zaujuh" bermaksud pasangan. Islam melihat suami isteri adalah pasangan, juga pelindung. Sepasang bukan berasingan.

Islam tu Cantik kan! :)

Tetapi, gelaran "zaujuh" hanya diberikan kepada Isteri yang beriman. Bagi yang tidak beriman, mereka tidak di sebut "zaujuh". Contohnya, isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut. Di dalam Al-Qur'an mereka disebut "Imraah" kerana Isteri begini tidak dianggap sebagai pelengkap mahupun pelindung kepada Suaminya.

sumber : Yadim

Semoga Bermanfaat! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Monday, 3 August 2015

Kesesuaian Fabrik Dengan Bentuk Tubuh

Entri ni sebenarnya lebih kepada wanita

Kerana DiriMu Begitu Berharga, peace Yo! hehe

Sedikit Tips Untuk Kita Bersama :)

Kesesuaian Fabrik Dengan Bentuk Tubuh


Kesesuaian Fabrik
Cantik kan Irma! Perwatakan dia, Pembawakan diri. Ani suka dia sampai Ani ada buat baju macam ni jugak untuk Raya beberapa tahun lepas :)

Bentuk Tubuh Tidak Seimbang

  • Elakkan diri  dari memilih fabrik jenis ringan, nipis dan jarang sebab ia menampakkan lagi bentuk tubuh yang tak seimbang.
  • Pemilihan corak bergantung pada susunan baju tersebut. Kalau corak bunga besar memang cantik bila kena pada bentuk tubuh seseorang.
  • Pemilihan  warna fabrik disaran untuk gunakan warna terang mengikut keadaan. Elak pilih warna gelap sebab ianya tidak membantu untuk menutup kekurangan bentuk badan.
  • Blaus perlu tutup bahagian punggung dan tidak terlalu labuh. 
  • Untuk seluar pula, pilih potongan lurus atau straight cut.
  • Corak bunga halus pilihan warna terang mampu membantu menyembunyikan kekurangan tubuh yang tidak seimbang
  • Untuk tubuh jenis sebegini, fokus penekanan kepada jenis fabrik, potongan juga warna.

Tinggi dan Besar

  • Bentuk tubuh begini perlukan jenis fabrik lembut dan berat. Sebab fabrik sebegitu mampu meberikan ilusi lebih langsing kepada  pemakai
  • Pakaian yang sedikit longgar dan tak terlalu ketat. Jika pakaiant terlalu ketat dan menampakkan bentuk tubuh, mereka yang berbentuk badan seperti ini akan kelihatan lebih gemuk dan besar
  • Bila menggayakan pakaian hitam, lebih baik jika ia di bahagian dalam sahaja dan padankan dengan kardigen jaket longgar yang warnanya lebih menyerlah
  • Elakkan warna warna lembut atau terlalu terang kerana ia akan memberikan kesan lebih besar kepada saiz badan seseorang
  • Jika menggayakan pakaian bewarna hitam, padankan dengan seluar atau skirt dari wana bertentangan dan serasi. Tetapi,harus di ingat, perlu memilih fabrik yang berkonsep sedikit longgar bukan yang ketat

Rendah dan Besar

  • Untuk tubuh badan sebegini lebih tertumpu kepada jenis corak yang digayakan. Elak pakaian bercorak belang dan serabut. Lebih elok gunakan fabrik kosong atau hanya mempunyai sedikit sahaja corak
  • Apabila tubuh badan bersaiz besar dan rendah, ditambah dengan corak pakaian yang besar pula, si pemakai akan kelihatan tenggelam dan sarat. Pilih corak yang lebih kecil atau fabrik yang kosong
  • Elak daripada memakai pakaian dan fabrik yang punya banyak renda, corak dan gaya
  • Corak jalur menegak  menampakkan tubuh badan  lebih kurus. Lebih sesuai jika warnanya lebih terang
  • Gayakan pakaian dengan corak dan rekaan yang lebih ringkas dan kemas dan menarik :)
  • Gabungkan warna-warna semulajadi atau warna-warna tanah bagi menambahkan ton warna pada pakaian
  • Pilih seluar yang berbentuk lurus dan tidak terlalu longgar atau ketat. Padankan dengan kasut tumit tinggi agar penampilan kelihatan lebih lansing dan tinggi.


Tinggi dan Kurus

  • Tubuh badan begini sangat mudah untuk dipadankan dengan apa juga fabrik atau pakaian. Tak perlu bimbang. Cuma perlu berhati-hati dengan corak dan potongannya
  • Corak yang dipilih perlu bersaiz agak besar atau melintang. Pastikan tidak memilih corak yang halus dan berjalur menegak kerana ini menampakkan lagi saiz badan yang kurus dan tinggi
  • Jika gunakan gaun, pastikan gaun tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua ton warna dan corak. Jika gaun yang bersifat kosong, tubuh badan akan kelihatan sangat kurus dan tidak menarik


Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Sunday, 2 August 2015

Kesuburan, Faktor & Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Hamil

Kesuburan sangat berkait rapat dengan keupayaan seorang wanita untuk melahirkan zuriat.

Menurut kajian, kesuburan wanita bermula usia 12 tahun sehinggalah 48 tahun sebelum menopaus

Tapi bukan hanya wanita sahaja perlu mengambil berat hal ini, lelaki juga perlu ambil berat tentang kesuburan

Kesuburan, Faktor & Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Hamil



Kesuburan, Faktor & Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Hamil

Faktor Ketidaksuburan


Rasulullah SAW bersabda bermaksud , "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang! Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban.

Jangan sedih jika mempunyai masalah kesuburan. Tugas kita sebagai hamba Nya berusaha dengan sehabis baik.Yakinlah pada Nya,Berusaha sebaik-sebaiknya, tawakal pada Allah, Ani yakin dan percaya Allah Maha Pemberi, Allah Maha Memakbulkan Doa.

Antara Faktor Ketidaksuburan adalah :

  • Usia 
Umumnya, semakin meningkat usia semakin banyak masalah kesihatan . Proses begini memang berlaku jika tidak ambil berat kesihatan deari awal. Apabila wanita mencecah usia 35 tahun, kesuburan akan berkurangan sehingga menopaus

  • Tekanan
Tekanan juga menyebabkan gangguan hormon berlaku sehingga menyebabkan ketidaksuburan berlaku contohnya kitaran haid yang tidak teratur akibat daripada tekanan yang berlaku

  • Genetik
Allah jadikan sesuatu pasti ada ubatnya kecuali mati. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan penting berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut

Langkah Ikhtiar Yang Perlu Di Ambil Untuk Hamil


  • Kawal Berat Badan
Kawal nafsu makan sebaiknya biar berat badan seimbang

  • Amalan Bersenam
Senaman perlu dilakukan  sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk dapatkan kesihatan yang baik. Apabila berlaku pembakaran lemak ia akan membantu untuk mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang seimbang. 

  • Kurangkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein yang banyak (dua hingga tujuh cawan sehari) boleh membuatkan seseorang menanggung risiko ketidaksuburan. Kandungan kefein yang terlalu kuat dan bahaya untuk sistem tubuh badan.Cara terbaik, amalkan cara pemakanan yang sihat dalam kehidupan.

  • Pemeriksaan Rahim
Lakukan pemeriksaan rahim mulai hari ini. Segera berjumpa doktor untuk check tahap kesihatan rahim  walaupun masih belum berkahwin. Jaga diri  kerana kesihatan sangat berharga

  • Jangan sesekali lupa Allah
Ani percaya Allah sentiasa hampir dengan hamba-hambaNya, dekat sangat dengan hamba-hamba Nya. Jangan putus harapan, berusaha, doa pada Nya, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang.

Pengambilan Supplement Untuk Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Shaklee
Set Kesuburan Shaklee


  • Tingkatkan Kesuburan
  • Haid Lebih Teratur
  • Kestabilan Hormon
  • Matangkan Ovum
  • Kuatkan Rahim
  • Tingkatkan Kesuburan

Testimoni Set Kesuburan Shaklee


Testimoni Set Kesuburan Shaklee

"Kita Sebagai Hamba Berikhtiar, Allah Tentukan"


Ingin dapatkan Nutrisi Set Kesuburan Shaklee? Cepat call @ whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Friday, 31 July 2015

Tips Sahabat Anti-Sosial

Eh!!!! macam kena diri sendiri je kikiki, Ani bukan Anti-Sosial, Ani cuma susah nak rapat dengan orang

Tapi dah rapat, layanlah korang haha

Begitulah, Mama Ani pun kata Ani rapat dengan orang yang nak berkawan @ yang memang nak rapat dengan Ani

Terima Kasih :D

Tips Sahabat Anti-Sosial


Tips Sahabat Anti Sosial


Dia bukanlah Anti- Sosial, dia suka gerak sendiri (haha, back up diri sendiri lagi). Orang kata kurang keyakinan diri (tak salah sebab kelemahan kita memang manusia lain yang nampak, kita kena betulkan) tapi untuk diri Ani,mama kata dekat Ani, Ani tiada perasaan huhu sadis!! haha

Tapi bila dah rapat, Ani taw korang pasti suka golongan sebegini hihi

Pendapat Ani, ada dua golongan Anti-Sosial ni sama ada betul-betul pemalu atau memang hati kering. Atau ada dua-dua dan memang nampaklah hehe

Sebenarnya Ani tertarik tulis ni sebab berkait dengan Ani mungkin dan Ani utarakan pendapat Ani, takpe kan hehe

Tipsnya Adalah :


  • Ajak Sahabat Keluar
Pendapat Ani : Golongan begini memang suka jalan sorang-sorang. Lantaklah apa pun, dia tahu apa dia nak, dia terus je hehe

Caranya : Mulakan bergaul dengan mereka, kadang-kadang ya betul takde perasaan. Jangan suka sendiri lagi-lagi perempuan bahaya taw sebenarnya huhu. Dekatkan diri mereka berdepan dengan orang ramai. Senyum dan bermuka manis :)

  • Buat Helah
Pendapat Ani : Helah tu berpada ye, kadang-kadang tak di layan pun, bersabarlah huhu

Caranya : Ajak keluar jangan bagitahu ke mana, contoh jom makan! tapi jangan bagitahu tempat. Pasti dia akan tanya hehe. Tapi ingat taw, jangan bawa tempat tak munasabah! Itu namanya nak kena pelangkung huhu

  • Jaga Penampilan
Pendapat Ani : Kadang-kadang mereka memang kurang bersosial sebab tu tak nak gaul dengan orang

Caranya : Kita sama-sama jaga penampilan, pakaian bersih, jadi diri sendiri, nanti jika dia rasa sesuai, dia sendiri akan berkawan dengan anda :)

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur

Masalah rambut gugur memang tidak dapat dipisahkan dengan manusia

Bila rambut gugur, ia mengambil masa untuk rambut baru tumbuh dan pstinya ia tidak dapat tampung kekurangan rambut dan akhirnya menjadi botak.

Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur


Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur

Menurut Dr Hanafiah Bashirun, keguguran rambut atau botak bukan sahaja melibatkan yang memakai tudung ataupun tidak, Sebaliknya, faktor utama keguguran rambut adalah faktor keturunan atau dipanggil sebagai androgenetik.

Faktor Penyumbang Keguguran Rambut

  • Tekanan : cara hidup, kerja
  • Pembedahan besar
  • Penyakit Kronik
  • Wanita selepas bersalin
  • Pemakanan yang tidak seimbang disebabkan kekurangan nutrisi
  • SLE, Tiroid, Gagal fungsi buah pinggang
  • Pengambilan pil perancang dan ubat kemurungan

Tips Penyelesaian Rambut Gugur


Cara terbaik adalah dengan berjumpa pakar.Sama ada pakar kulit ataupun pakar kecantikan juga pakar penjagaan rambut di salon

  • Pilih syampu bersesuaian dengan rambut. Jika boleh, nasihat pakar
  • Jika memakai tudung, pastikan rambut dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut bermasalah seperti kelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan pening kepala
  • Masa keringkan rambut dengan tuala, cara terbaik larutkan tuala secara lembut dan perlahan dari atas hingga ke hujung rambut
  • Guna air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala secara optimum
  • Elakkan hair dryer supaya rambut tak kusam
  • Untuk dapatkan rambut halus, guna sikat bergigi penuh dan rapat


Bagaimana Puan Ini Berikhtiar Untuk Rambutnya?





Ingin dapatkan nutrisi penjagaan rambut yang Puan ini ambil? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya , Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee. Kehadiran Anda amat dialukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...