Monday 1 June 2015

Jadual Waktu Sistem Tubuh Badan Manusia Yang Semua Mesti Tahu!

Selalu bila sebut jadual waktu pastinya  things to do kan!

Untuk student, mesti ingat timetable kelas, and so on (teringat zaman belajar hehe)

Tapi, tahukah bahawasanya badan kita pun ada jadual waktunya juga?

Ada! Jom tengok :D

Jadual Waktu Sistem Tubuh Badan Manusia


Jadual Waktu Sistem Tubuh Badan Manusia

Waktu Pagi


  •  3.00 am- 5.00 am
Paru-Paru : Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini, terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengalam latihan pernafasan, yoga serta bertafakur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
 
**  Sunnah, tahajud waktu ini :)

  • 5.00 am- 7.00 am
Usus Besar : Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan :)

** Untuk Muslim, bangun Solat Subuh kan? :D

  • 7.00 am- 9.00 am
Perut : Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. 

  • 9.00 am- 11.00 am
Limpa : Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini, ianya akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetis yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

** Sesuai untuk dhuha :)

Waktu Tengah Hari


  • 11.00 am - 1.00 pm
Jantung : Hanya air sahaja di ambil ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur ketika ini. Jika tidak, lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasannya, pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetis berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

  • 1.00 pm -3.00 pm
Usus Kecil : Makan tengah hari ketika ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tidur.

** Sunnah Nabi "tidur ayam"seketika :)

  • 3.00 pm - 5.00 pm
Pundi Kencing : Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

  • 5.00 pm - 7.00 pm
Buah Pinggang : Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak ,akan menimbulkan ginjal dan jangkitan saluran kencing.

Waktu Malam


  • 7.00 pm - 9.00 pm
Dinding Jantung : Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak, akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

  • 9.00 pm - 11.00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu, sebaiknya waktu ini seseorang hendaklah baring atau bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

  • 11.00 pm -1.00 am
Hempedu : Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam


  • 1.00 am- 3.00am
Hati : Waktu tidur lena. Jika tidak, ianya akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.


Semoga Bermanfaat! :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...