Cadangan Amalan Wanita Haid Ketika Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan segala perbuatan amal baik kita di beri ganjaran lebih

Adakah wanita yang datang haid tidak boleh langsung berbuat sesuatu yang baik untuk menuju redha Nya?

Allah kan Maha Pemurah, Maha Penyayang

Cadangan Amalan Wanita Haid Ketika Di Bulan Ramadhan


Ramadhan


  • Sediakan makanan dan hidangan berbuka kepada orang yang berpuasa
Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang memberi iftar (hidangan untuk berbuka) untuk orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun (H.R Bukhari Muslim)

  • Membanyakkan doa dan zikir sepanjang hari
Walaupun wanita haid tidak dapat bersolat, tapi kita masih boleh berdoa dan berzikir kepada Allah. Sambil masak pun boleh berzikir kan? Doa di bulan Ramadhan di makbulkan kan ? :) Jangan lepaskan peluang ni

  • Berseru dalam kebaikan 
Jom berseru dalam kebaikan, boleh nasihat adik beradik, keluarga pergi tarawih, lelaki solat jemaah, update perkara-perkara baik di facebook dan twitter dan sebagainya :)

  • Menyibukkan diri dengan menuntut ilmu
Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan Syurga baginya (HR Muslim) 

  • Bersedekah
Bersedekah tidak semestinya kita beri duit kepada orang yang kita nampak, tapi dari segi jiran, kita sebagai wanita boleh masak lebih bagi kepada jiran tetangga. Kalau tak sempat, beli juadah lebih untuk mereka atau beli buah-buahan untuk mereka

Doa Wanita Ketika Datang Haid dan Nifas


Doa Wanita Ketika Datang Haid & Nifas

Rebut Peluang Pahala Di Bulan Ramadhan!


Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Comments

  1. para suami boleh share ni dgn isteri gk..tq!

    ReplyDelete
  2. betul la banyak cara untuk merebut ganjaran pahala..tulis blog pun dapat pahala kalau ada orang baca dan ambik manfaatnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid