Orang selalu kata dengan duit hati kita jadi tenang!
Pendapat Ani adanya duit kita boleh buat PILIHAN
Tapi, tenang tak perlukan duit hatta untuk beli pun,
Sebab, Tenang itu SPECIAL :)
cantik kan? ada rasa ketenangan tak? :)
Tenang Itu Hadiah Allah :)
Ani selalu fikir begitu,
Kadang-kadang kan kerja terlalu banyak, tapi satu hari dari pagi sampailah tak nampak matahari dah hehe kita buat je kerja, relax je, boleh senyum lagi. Sebab apa? Ada "tenang" . Baiknya Allah :D
Ada pulak terlalu banyak kerja sampai nak termuntah-muntah, relax je Allah bagi kita rehat,lepas rehat tidur bangun eh.. tenang je rasa. Baiknya Allah :)
Ada kita tengok mak cik ni jalan angkat barang dah tua, kita nak bantu, relax je muka dia sambil senyum, Takpe dia boleh buat. Tenang je muka dia jawab. Ya Allah..
Banyak sangat cerita kita boleh hurai , tapi tenang tu special lah, Tenang tu Allah yang bagi, Sebab tu Ani kata tenang tu hadiah dari Allah. :)
Nak cakap rasa tenang tu boleh menangis sebab Allah tu baik sangat!
Resepi Tenang
"dengan mengingati Ku (Allah), hati menjadi tenang"
Ani sangat pegang benda ni, Percaya kata Allah, ingat dia , hati tenang! Memang menjadi, bukan kalau, bukan jika, tapi ayat tu kata "menjadi". Tiada keraguan!
Guru-guru Ani ada kata ingat tu sekadar ingat ke? taklah, buat apa yang di suruh, solat, zikir, ingat dia senantiasa.
Sungguh, Allah sangat baik, Allah Maha Baik
Salah satu kuasa Nya, tiada siapa boleh beri ketenangan melainkan Dia :)
Tips Tenangkan Diri
Ani dapat tips ni dari Dato Fadhilah Kamsah. Antara tipsnya adalah :D
1. Dirikan solat dan perbanyakkan doa. Semasa berdoa katakan juga "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
2. Selawat ke atas Baginda SAW minimum 100x sebelum tidur. Di samping dosa diampunkan, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayang kepada kita juga ia mencetuskan semua perkara kebaikan
3. Solat Sunat Taubat. Selain dari kita memohon taubat, menyesali dosa-dosa kita, ianya dapat menyucikan hati dan menenangkan minda
4. Membaca Al-Qur'an .Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan sebagai terapi. Sekurang-kurangnya bacalah Surah Al-Ikhlas 3x
5. Bermaaf-maafan sesama kita setiap hari. Maaf itu perlu disebutkan :)
6. Berikan kepada diri kata-kata yang positif. Jangan mengkritik diri sendiri dan merendah-rendahkan diri sendiri (bukankah kerana dirimu begitu berharga? ;) ~ini Ani yang tambah ^-^V )
7. Program kan minda dan cuci minda. Paling baik sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakan dalam hati " Ya Allah, cuci otakku, cuci hatiku, esok aku nak jadi lebih baik, berjaya, ceria , bersemangat, aktif dan positif!"
8. Bersedekah dan belanja orang makan
Jom kita sama-sama berubah ke arah lebih baik.
"Dengan mengingati Ku (Allah), hati menjadi tenang"
Semoga bermanfaat, In sha Allah
Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"do what you love"
info terbaik ni. tq. Ada time rasa tenang ada time tak tenang mungkin tekanan kerja.
ReplyDeleteWelcome, Semoga Bermanfaat :)
Deleterasa tenang akan dapat hati iklas dan ingat padaNYA kan
ReplyDeleteBetul. Semoga kita sentiasa tenang. Tenang menghadapi segala-galanya Amin :D
Deleterasa tenang tu memang suatu yang sukar digambarkan..sangat best kan. Tips yang bagus ni...boleh diamalkan :)
ReplyDeleteBetul. tenang tu special. Semoga bermanfaat untuk semua in sha Allah :)
Deletebila terlalu tumpu pada kerja dan buatkan diri stress...baik keluar tenagkan diri hirup udara luar kan.
ReplyDeleteBetul . kena rehat, amik udara segar, minum air teh panas. sedapnya hehe :D
Delete