Solat Sunat Istikharah


Ani terpanggil nak buat entri kali ni tentang Solat Sunat Istikharah

Nampak macam biasa tapi percayalah ianya sangat membantu dalam keputusan kita


Ani Sangat Yakin Dengan Solat Sunat Istikharah


Solat Sunat Istikharah

Orang kata buat Solat Sunat Istikharah untuk jodoh kan? Betul jugak kan hehe ;P

Tapi kan bila buat setiap hari minta Allah tunjukkan jalan kehidupan seharian mesti lagi manis kan?

Rasulullah SAW bersabda , "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilihan) daripada Allah SWT dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan Solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya"

Bila di buat, kemudian Allah bagi petunjuk, mesti rasa nak menangis sebab aturan Allah bagi sememangnya sangat cantik. Cantik dan Teramat Cantik!

Rasa sangat diri ni kerdil.

Penyelesaian dari segala masalah, idea baru yang timbul, hati yang tenang  dan keputusan mana yang paling tepat dan terbaik untuk kita semuanya daripada Allah.

Ani sangat percaya Allah sangat sayang hamba-hambaNya lebih daripada ibu kandung kita sendiri,

Besarnya kuasa dan cinta Allah 

Baiknya Allah :)

Cara Solat Sunat Istikharah


Tak susah sebenarnya untuk buat Solat Sunat Istikharah, Waktu yang boleh dibuat Solat Sunat Istikharah adalah di waktu pagi dan tengah malam.

Bestnya adalah boleh mengadu macam-macam kat Allah, segala yang memberatkan segala yang mendukacitakan. Kalau mengadu dengan manusia, bukan semua nak dengar dan yang pasti bukan semua faham. Suasana yang mendamaikan dan menyamankan.. Rasa sangat setiap kali mengadu mesti Allah dengar, mesti Allah tahu..

Allah... Allah Maha Baik :D  


Doa Solat Sunat Istikharah




Dah dapat petunjuk yakin padanya, lakukan sehabis baik. :)




Sandarkan segala keputusan dan keyakinan kepada Nya
Ani yakin pasti kita semua takkan menyesal.


Semoga Bermanfaat!


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


" Do What You Love"

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid