Lagi-lagi kalau dapat yang panas, memang thoorrrbaik hehe
Popia Goreng :D
Amacam? mengancam tak? Dibayangi dengan asap naik ke atas
Fuh!! Memang layan. Gambar ihsan Google tapi tapi tapi...resepi Ani punya ;)
Resepi Popia Goreng
Harus diketahui, buat Popia ni sangatlah senang! Seriously! Tak sungguh tak kata. Buat sendiri dapat rasa panas-panas (advantage tu! :D )
Bahan Yang Di Perlukan Adalah :)
- Kulit Popia
- Carrot (Lobak Merah) Ani pakai 2 carrot
- Sengkuang
- Udang kecil
- Bawang Putih
- Bawang Merah
- Cili
- Sedikit Air
- Tepung
- Garam
- Gula
Cara Untuk Membuat Intinya
1. Ambil carrot dan sengkuang tadi buang kulit dan potong halus (Ani guna penghiris, cepat siap~ngee)
2. Dah siap campurkan sekali carrot dan sengkuang yang telah di potong @ dihiris. Buang saki baki air yang ada sikit-sikit. Letak tepi
3. Panaskan minyak, ambil bawang merah dan bawang putih untuk di tumis. Letakkan garam secukup rasa .Masukkan udang kecil gorengkan, Akhir sekali letakkan carrot dan sengkuang yang telah potong halus masukkan ke dalam kuali dan kacau.
4. Nampak sebati, dah cantik tutup api.
Kulit Popia
1. Kalau kulit popia sejuk yang berada dalam freeze, keluarkan dan biarkan kat luar. Dah habis beku. Senang nak tarik :D
Gam Kulit Popia
1. Mudah caranya untuk buat gam kulit popia. Ambil tepung dalam 2, 3 sudu letakkan dalam bekas dan letakkan sedikit air. Kacau. Biar nampak likat. Bila likat senang nak gam pada kulit popia. :D
Sambal Kulit Popia
1. Panaskan kuali letakkan cili yang telah di blander, tuangkan air dalam secawan. letakkan bawang putih yang telah dikisar dan kacau sehingga masak. Jangan lupa letak garam dan gula.
Cara Balutannya
Pada tangan Ani tiada gambar bagaimana untuk membalutnya, maka Ani searching blog yang ada tunjuk cara balutannya.
Nah untuk Anda : klik sini untuk lihat
Cara Memasaknya
Jangan gunakan api besar, Gunakan api kecil. Selepas masak, jangan di baringkan popia . Letakkan dalam bekas di mana popia dalam keadaan berdiri. Popia perlu diletakkan dalam keadaan berdiri supaya minyak jatuh ke bawah
Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera
Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do What You Love"
memang sedap popia..buat pun taklah rumit sangatkan..
ReplyDeletetak rumit pun. Mudah dan sedap. Makan panas-panas, memang sedap :D
Deletewah, siap dengan sengkuang lagi tu
ReplyDeletememang terbaik la
juadah di waktu petang. Terbaik :D
Delete