Tuesday 24 March 2015

Perkara Asas Perlu Tahu Untuk Penyusuan Bayi


Pastinya ibu mengandung seronok dengan entri kali ni :)

Tahniah! Bakal lahirnya khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang baik dan memimpin dunia lahir daripada seorang ibu yang kuat dan baik

Dan Ibu yang kuat dan baik itu adalah Anda :)


Bayi Anugerah Allah

Perkara-Perkara Asas Perlu Tahu Untuk Penyusuan Bayi


Penyusuan Ekslusif Selama 6 Bulan Pertama


  • Kenali Bentuk Puting

Tahu sama ada puting jenis tenggelam, leper ataupun timbul. Jika ianya tenggelam atau leper, ianya agak sukar untuk bayi menghisapnya. Jadi,  cari jalan bagaimana untuk memperbetulkannya.

  • Tahu Bagaimana Cara Perahan Susu
Belajar bagaimana kaedah sebenarnya untuk memerah susu. Untuk Ibu yang bekerjaya mereka memerlukan peralatan lengkap supaya mudah untuk perahan susu.

  • Pam Susu
Pam susu sangat penting bagi ibu yang bekerjaya. Pilih pam yang dapat membantu ibu dalam proses pengepaman. Ciri-ciri pam yang bagus adalah ianya ringan, mudah di bawa dan tidak menyakitkan

  • Simpan Perahan Susu
Belajar bagaimana untuk menyimpan susu yang telah diperah dengan sebaiknya.

  • Guna Stok Perahan Susu
Untuk memanaskan susu beku yang telah di cairkan atau susu sejuk yang diletakkan di dalam peti sejuk, pastikan air panas yang digunakan hanya bersuhu 40C sahaja bagi memastikan sel sel hidup susu ibu tidak mati

  • Jangka Hayat Susu
Fahami jangka hayat susu sama ada yang telah diperah, disejukkan dan dibekukan

  • Ilmu
Membaca jambatan ilmu kan? hehe Baca info berkenaan penyusuan melalui majalah, internet, surat khabar dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan tentang penyusuan bayi :)

  • Suami & Keluarga
Suami pun kena juga yeh? Eh! hehe. Suami dan keluarga perlu bantu memberi sokongan kepada Isteri. Fahami permasalahan , mendengar dan dan bantu dalam kerja rumah. Sejuk hati isteri ;)

  • Kuasa Minda : Susu Ibu Mencukupi!
Kuasa minda (sambil kepala Ani terbayang Dr Azizan Osman tunjuk tangan di kepala hehe). Set kan dalam minda bahawa susu cukup untuk keperluan bayi. Apa yang kita fikir, cakap dan buat adalah doa :)

  • Penjaga Bayi
Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana mengendalikan stok perahan susu dengan baik.


Untuk Entri Set Penyusuan Shaklee ada di sini :)

Semoga Bermanfaat!



Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
sms/whatsapp : 014-7222642

"Do What You Love"


2 comments:

  1. Wajib kena tahu.. kalau tak.. payah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Kemudahan apabila tiba masanya hehe :)

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...