Saturday, 3 January 2015

Tanda Kita Mengingati Rasulullah SAW

Salam Maulidur Rasul

Bila sebut Maulidur Rasul pastinya kita mengingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu 12 Rabiulawal Tahun Gajah

Pastinya, Nabi Muhammad SAW senantiasa merindui kita. 

Apakah Tanda Kita Mengingati & Mencintai Rasulullah SAW?

Banyak cara untuk kita mengingati dan menunjukkan tanda kasih dan cinta kepada Rasulullah seperti mengikuti sunnahnya dan juga berselawat kepada Rasulullah SAW

Selawat Kepada Rasulullah SAW


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahzab : 56

"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, ibu bapanya dan manusia semuanya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi SAW"
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku."
(Haidis RiwayatAn-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Thabarani)

Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupkan urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya"
(Hadis Riwayat Al- Baihaqi dan Al-Khatib)

10 Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW Dalam Kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi


  • Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
  • Memperolehi syafaat dari Nabi SAW
  • Mendapat pimpinan daripada malaikat yang baik-baik
  • Menghapuskan dosa
  • Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
  • Memperolehi nur lahir dan batin
  • Mendapat keselamatan daripada azab neraka
  • Membolehkan memasuki syurga
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah

Banyak sangat kelebihan apabila kita berselawat kepada Nabi SAW

Jom Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW :)



6 comments:

  1. salam maulidur rasul sis...dan selamat tahun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply kak. Salam Maulidur Rasul juga :)

      Delete
  2. SALAM MAULIDUR RASUL
    sama2 kita amalkan sunnah nabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah jom kita amalkan sunnah nabi :)

      Delete
  3. salam maulidur rasul Ani...blog baru ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Puteri, ni nak singgah blog Puteri hari-hari, in sha Allah

      nak start enjin balik ;)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...