Resepi Macaroni Cheese

Idea untuk entri kali ni adalah dari adik Ani semalam 

Perbualannya begini :

Adik : Akak, tetiba aku rasa nak suruh ko buat Macaroni Cheese

Ani dengan selamba nya berkata : Rumah kita ada cheese?

Adik : Takde

Sekian hehe, maka timbullah idea entri pada hari yang mulia ni hehe

In sha Allah, beli Cheese terus buat Macaroni Cheese :D

Resepi Macaroni Cheese


Macaroni Cheese

Bahan-Bahan Resepi Macaroni Cheese

  • 1 paket Macaroni
  • 3 cawan keju cheddar (boleh juga letak parmesan atau mozarella)
  • 100ml susu segar
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 5 biji cendawan butang (hiris nipis)
  • 10 ekor udang basah
  • Black pepper, sedikit ajinamoto
  • Garam sedikit sangat hehe sebab cheddar dah masin :)

Cara-Cara Untuk Membuat Macaroni

  • Masakkan air dan garam sampai air menggelegak, letakkan macaroni
  • Bila lembut, angkat dan toskan
  • Masa tengah panas tu, letak sesudu butter, gaul kemudian ketepikan sebentar

Cara-Cara Untuk Membuat Sos Putih @ Bechamel

  • Cairkan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum
  • Kacau sehingga warnanya menjadi perang sedikit
  • Masukkan susu
  • Kemudian, masukkan keju dan kacau sehingga pekat
  • Masukkan pepper dan garam serta perisa
  • Masukkan cendawan dan udang
  • Masukkan makaroni tadi dan gaul

Dah siap, Makan dan Baca Bismillah :D

Selamat Menjamu Selera :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642 
Facebook : Ani Haryani @ LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895



"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"

Comments

  1. bolehlah puteri cuba resipi ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah! Selamat Menjamu Selera Puteri :D

      Delete
  2. errr untuk saya tolong tambahkan sesudu sambal belacan yer... saya tekak belacan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, mcm mana sambal belacan dan cheese ni, hehe gitu boleh cuba macaroni goreng bubuh sambal belacan :D

      Delete
  3. dulu saya tak suka makan makaroni..tapi sejak usia nak masuk 4 series ni macam dah bole sesuaikan tekak pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba resepi ni, In sha Allah :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid