Jika ditanya siapakah yang patut kita tiru tentang akhlak dan peribadi ?
Sudah tentu Rasulullah SAW
Antara sunnah Rasulullah yang boleh di ikuti adalah :)
24 Amalan Sunnah Rasulullah SAW
- Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Melihat bukan muhrim sekali sahaja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tidak kusyuk. Jaga pandangan mata
- Makan Garam
Celup jari kelingking dalam garam, Kemudian, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab bagi keracunan dan boleh membantu menghalang sihir.
- Minum Menggunakan Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang dengan gelas tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. Kita pilih kanan :)
- Sesaat Di Jalan Allah
Sesaat berdiri di jalan Allah adalah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar berkata "hai kawan ayuhlah kita solat"
- Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.Sunnah Rasulullah SAW
- Makan Tiga Jari
Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, jari telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah boleh lah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah
- Jaminan Allah
3 orang yang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah
- Gunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka Iblis akan bersarang dan berbuai di situ
- Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, Iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur Iblis
- Cara Potong Kuku Tangan
Mula dari kelinking kanan ke sebelah kiri sampai kelinking sebelah kiri
- Panjang Lengan Baju
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja
** perempuan tutup kecuali tapak tangan . Itu adalah aurat :)
- Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta
- Bersiwak (Bersugi)
Jika didahulukan dengan bersugi. satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat
- Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
- Adab Di Tandas
Masuk tandas dengan kaki kiri dan memakai alas kaki
- Adab Makan
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makan, sepertiga minum dan sepertiga lagi bernafas
- Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta dan orang miskin yang sombong.
- Ambil Wudhu' Sebelum Tidur
Gosok gigi dan ambil wudhu' sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan Iblis dan syaitan
- Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala. Sunnah berterusan selama memakainya
- Solat Fardhu Di Masjid
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid aakan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
- Pakai Celak
Gunakan celak ismid (galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan mata kiri
- Panjang Pakaian
Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali
- Solat Fardhu Berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid di bayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.
- Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutup mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut
Sungguh , Rasulullah contoh tauladan yang terbaik
Semoga kita dapat mengamalkan sunnahnya, tak banyak,mulakan dengan yang sikit dan istiqamah in sha Allah
Semoga Bermanfaat
Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Facebook: Ani Haryani @ LuvHaryani
Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"
No comments:
Post a Comment