Thursday, 15 May 2014

Memilih permainan anak -anak

Assalamualaikum, 

Bila buat entri ni teringat zaman kecik dulu. 
Riang ria seperti The Smurfs hehe



Mungkin juga seperti Alvin and the chipmunks? :)


Seronok bermain! :))

Baik, terus ke entri 

Bagaimana untuk memilih permainan yang selamat? :)

Moh kita tengok satu-satu!


  • Baik untuk minda 
Beri permainan yang menguji minda mereka. Secara tidak langsung, permainan ini memberikan mereka untuk berfikir dan bertindak mengikut naluri mereka. Dengan bermain, mereka akan belajar berkawan, menerima kekurangan, mengawal kemarahan , berkongsi barang dan sebagainya. 

  • Baik untuk jasmani
Rasulullah S.A.W bersabda  "Segala sesuatu yang tidak berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara ; perjalanan seseorang antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan keluarga dan belajar berenang." (Riawayat Al-Tabarani)

Permainan bukan hanya dari segi menguji minda, colourful and exsiting tapi outdoor activities pun jangan di lupa. Beriadahlah bersama mereka. Lari sana lari sini, jatuh, gelak, terluka bangun itu semua permainan dan pendidikan untuk anak-anak :)

  • Membina akal dan fikiran
Untuk kanak-kanak, ini lebih kepada komunikasi, perlukan tunjuk ajar dan mereka akan berfikir. Maksud Ani di sini adalah dengan menggunakan kad imbasan, think and memorize. Permainan Lego pula membantu kanak-kanak untuk berfikir membina objek sekaligus menyerlahkan kreativiti mereka. 

Oh.. Ani suka main lego hehe :)

  • Tak berbahaya
Dalam kita seronok membeli permainan untuk kanak-kanak. Ingat, jangan sesekali membeli barang permainan yang mengandungi bahan toksik. kanak-kanak bukan saja bermain tapi suka juga ngap hehe. mudah untuk masuk mulut. Jangan sangat! ini kerana kandungan toksik boleh memberi risiko kepada kanak-kanak untuk dapat kanser!

Jangan ye, pilih permainan yang selamat.

  • Tak mencederakan!
Jangan beli permainan kanak-kanak yang tajam, laser,pistol, gunting dan sebagainya. Sebabnya ia mudah untuk mencederakan mata, kulit, kang tak pasal-pasal pukul kawan.. Tak nak!Permainan berunsur ganas juga tidak digalakkan . Kadang-kadang, main dekat computer, keluarga kena pantau. Takut mereka bermain permainan yang ganas contoh permainan melibatkan darah.. Jiwa mereka nanti akan menjadi ganas dan kurang kasihan melihat kesusahan dan keadaan orang lain.

  • Pilih mengikut usia dan jantina
Pilih permainan mengikut usia anak-anak. kalau baby, bagi yang berbunyi, colourful, pusing-pusing hehe. Girls bagi yang bercirikan gadis jugak, barbie, pink colour . Boys pulak seperti robot, kereta dan sebagainya.

Biarlah apa yang kita pilih dalam kehidupan mereka menghidupkan hati, memberi kecergasan dan memberi manfaat kepada mereka. :))


Bila berbicara tentang kanak-kanak, teringat Meal Shakes yang sedap!
Promotion Meal Shakes Beli 6 percuma 1 masih lagi berlangsung.
Terkandung 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Berikan yang terbaik untuk kesayangan anda. 
Semoga anak aktif, bijak belajar, makan-makanan yang sihat dan dapat nutrient yang secukupnya.


Berminat dengan supplement Shaklee?
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani/ Luvsupplements
Fb/Instagram : Luvsupplements
Blog : www.luvsupplements.blogspot.com

Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...