Tuesday, 20 May 2014

Jawatan sebagai Amanah

Assalamualaikum,

Sebenarnya ani baca magazine lama, dan selak, selak nampak article berkaitan Jawatan sebagai Amanah, dalam column MukminLifestyle hasil karangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ani amik article ni untuk perkongsian bersama juga peringatan untuk diri sendiri.

Bila sebut amanah, Dr Zulkifli menerangkan bahawa kita benar-benar menjadi hamba Allah yang menunaikan amanah.

Bagaimana cirinya dan sifatnya?

  • Tidak boleh mengkhianati amanah
Firman Allah "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui" (Al-Anfal : 27)

  • Keperluan menunaikan amanah sebagai satu kewajipan
Firman Allah  : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan yang adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (An-Nisa 4:58)

  • Jawatan diberi kepada yang benar-benar layak
Sebaik-baiknya seorang muslim itu menghindarkan diri untuk menyandang jawatan yang tinggi dan mengejar pangkat walaupaun dia seorang yang layak menyandang jawatan itu, kerana siapa yang menjadikan pangkat dan kedudukan itu sebagai batu loncatan, kelak dia akan diperhambakan oleh pangkat dan kedudukan itu.

  • Jangan menipu dan memakan harta secara batil
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, janganlah kamu berbunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya)." (An-Nisa'4 : 29-30)

Ayat ni mensyaratkan kepada kita untuk menjalankan perniagaan dengan dua perkara :

  1. Perniagaan mestilah antara dua pihak dengan semangat redha-meredhai
  2. Jangan sampai suatu pihak mendapat manfaat yang menyebabkan kerugian kepada pihak yang lain.

Sesiapa yang membahayakan orang lain untuk manfaat diri sendiri, perbuatannya sama seperti dia mengalirkan darahnya sendiri dan dia membuka pintu kebinasaan untuk dirinya sendiri yang akan diterima pada kemudian hari.  

Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat , In sha Allah :)

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...