Wednesday, 21 May 2014

11 ADAB MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum, 

Moga semuanya sihat dan ceria in sha Allah


Anak permata hati bukan?
Tengok dia gembira , ibu pasti gembira.
Tengok dia sakit, ibu juga merasa pedihnya.

Kasihnya ibu membawa ke syugra. Bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak baik dan berbudi pekerti?

Moh kita baca :)


  • Jika anak melakukan kesalahan, perbaiki kesalahannya dengan penuh kasih sayang dan bukannya perasaan yang penuh dengan kecewa.
  • Jangan kurangkan kasih sayang kepada si anak apabila kita mendapat anak yang baru.
  • Jiwa anak yang kecil mampu menampung untuk menerima kebaikan dan keburukan. Tunjuk kata-kata  dan perilaku yang positif, biar mereka terbiasa dengan keadaan dan cas -cas positif supaya mereka boleh menerima sebagai perilaku harian.
  • Bantu anak untuk mencintai ilmu dan agama.
  • Ketinggalan dalam pelajaran bukan bermakna tidak pandai dan cerdik. Kerana setiap anak itu punya kelebihan yang tiada pada yang lain. 
  • Dekatkan anak kepada Allah dan Rasul. Cerita kepada mereka kisah dan akhlak Nabi,Allah suka orang yang berbuat baik, Allah sayang dan Allah redhai mereka. Kalau buat sebaliknya, Allah marah kepada orang yang berbuat jahat
  • Jangan sesekali menasihati anak-anak di hadapan orang lain. 
  • Biasakan anak perempuan untuk memakai tudung
  • Biasakan anak supaya berpuasa sejak dari kecil secara bertahap
  • Jangan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. mereka akan lihat dan hadam dalam kepala.
  • Jangan hentikan perbualan bila berbual dengan mereka. 
Otak anak kecil seumpama mata pisau tajam yang dapat menghafal semua perkara. Berikan mereka yang terbaik semasa kecil dan akan datang. 



Meal Shakes untuk anak-anak
Terkandung 19 vitamin dan mineral penting
Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
Kaya dengan sumber kalsium

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
Facebook @ Instagram : Luvsupplements
Blog : www.luvsupplements.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...