Skip to main content

Benda Yang Nak Masa Kecil, Tapi Tak Dapat

Pasti ada di antara kita yang masa kecilnya nakkan sesuatu tapi tak dapat

Tapi , erti tak dapat tulah sebenarnya mematangkan kita

Lagi manis, ianya adalah sebahagian rencah pengalaman hidup

Benda Yang Nak Masa Kecil, Tapi Tak Dapat


Bear Comel
comel kan macam Ani tak? ;)

Dalam hidup ani ada tiga perkara yang ani tak dapat, tapi bagi ani ulang, ianya rencah kehidupan. Tiga perkara yang ani nak sangat tapi tak dapat adalah  taekwando, nak main hoki & anak patung kucing besar gila bulu-bulu gebus hehe.

Jujurnya,  Taekwando & main hoki ani dah takde perasaan sangat sebab dah besar pun main lasak macam apa kan haryani ni hehe.. yelah masa kecik sudah pasti ibu risau akan anaknya, badan kecik semangat kusss nak main aktiviti macam-macam heee~

Tapi yang ani ingat sangat tentang anak patung kucing putih besar, dekat The Mall ni lah, dulu kan goverment kerja hari sabtu... Kalau ikut mama pergi kerja, mama akan bawa tempat tu sebab mama tahu ani sangat suka anak patung tu

Tapi apa yang buat ani kenang dan ingat sampai sekarang bila mama kata kat ani lembut, "mama ada duit tapi ada benda lebih penting nak guna, mama bagi main, usap puas-puas" haha sebagai anak yang taat , ani pun mengikut arahan, main usap , belai dan pulang dengan gembira.

Pengorbanan


Hanya disebabkan perkara itu, sampai sekarang  kalau mama ada kata nak something, semampu daya ani cuba beri..sebab pengorbanan ibu itu yang tak terperi sebenarnya. Besarkan ani sebagai anak ..hanya Allah yang mampu balas
Dan untuk pengetahuan korang, start ani kenal Shaklee, ani memang dah decide nak buat business ni sampai habis. Lagi bulan ni semangat membara-bara. Ani kan ada Misi dan Target untuk bulan  in syaa Allah 
Ani dah jumpa jalan, ani berusaha untuk capai target Oktober, anda bagaimana? Jom! 
Doa, Usaha & Tawakal, Dia Maha Memberi :)

Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar, Kehadiran Anda amat dialukan 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

Ani pernah main Bola Jaring, teman kawan main erti kata lain mula-mula main belasah huhu
Seriously, Permainan Bola Jaring tak sama dengan Permainan Bola Keranjang
Ada posisinya juga ada peraturan nya sendiri 
Di situlah permulaan  mengenali Bola Jaring :)
Posisi Dalam Permainan Bola Jaring

comel kan? hehe. Shoot! :D
Posisi PemainSatu pasukan mempunyai 7 pemain utama dan 3 orang simpanan. Tugas lain-lain setiap seorang :)
Goal Keeper (GK)Goal Keeper atau di kenali sebagai Penjaga Gol. GK perlu menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang pihak lawan berada di dalam kawasan jaringan. GK boleh keluar masuk di kawasan gol.Untuk GK, GK perlu bekerjasama dengan GD (Goal Defence) 
Goal Defence (GD)Dia adalah pertahanan untuk gol.Tugas Utama GD adalah menghalang penyerang dari membuat jaringan. GD boleh menerima hantaran tengah dan menghalang hantaran atau mengawal pemain dalam sama ada di kawasan tengah mahupun kawasan gol. GD perlu menjaga GA (Goal Attack) pihak lawan sama ada di kawasan gol,…

Makna Lagu Mirai e Nyanyian Kiroro Dalam Bahasa Melayu

Al kisahnya begini, tengah blogwalking ternyanyi lagu Mira e Eh!!! hehe
 Lagu ni sangat popular satu ketika dulu kan, 
Jadi layankan jelah hehe :)
Makna Lagu Mirai e Dalam Bahasa Melayu

Hora, asi moto wo mite goran Ayo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michi Itulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goran Ayo, lihat juga ke depan
Arega anato no mirai Di sanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisa Begitu banyaknya kasih sayang yang telah Ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesita Dengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai Saat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita Ibu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Cita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno Bila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai Tentukan langkah dan masa depanmu, jangan…

Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid

Wanita atau para gadis pasti risau apabila haid nya datangnya lambat.
Paling tak digemari apabila haid lambat, dan datangnya dengan senggugut. Sangat Memeritkan!
Apakah puncanya dan makanan yang membantu dalam pengaliran haid?
Punca Haid Datang Lambat
Tekanan Tekanan mental juga satu punca yang mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan atau melambatkan pengeluaran haid
Perubahan Dalam JadualKebiasaannya ini berlaku apabila kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur yang boleh mengganggu sistem badan seterusnya mengganggu kitaran haid.
Berat Badan BerlebihanBerat badan berlebihan mengganggu keseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan akan kembali normal jika berat badan menurun.
Ubat Pencegahan KehamilanPengambilan pil perancang, suntikan mahupun ubat boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan yang boleh mengganggu kitaran haid. Apabila seseorang berhenti daripada penggunaan ubat penceg…