Assalamualaikum
Ani harap semua dalam keadaan baik, In sha Allah
Amalan Murah Rezeki Ani dapat dari bacaan .
Semoga bermanfaat untuk kita bersama :)
- Jangan derhaka kepada ibu bapa
Firman Allah S.W.T bermaksud : Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibu bapa "
Hadith sahih Riwayat Al-Tarmizi : Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
- Jangan bergaduh dengan saudara mara
Bergaduh sampai putuskan silaturrahim sangatlah tidak elok. Putuskan silaturrahim termasuk dalam dosa besar. Apabila kita masih dalam keadaan begitu, rezeki sukar untuk masuk.
- Tidak akan papa kedana orang yang menunaikan haji
Allah.. teringinnya, in sha Allah Ani one day dengan mama dan abah Ani
Sangatlah rugi jika kita mempunyai banyak duit tapi tidak pergi ke Mekah. Allah..
Bila di sana, doa kita dimakbulkan, rezeki bertambah dan sebagainya
- Sentiasa solat dhuha
Sabda Nabi S.A.W : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat
- Jangan tidur lepas solat subuh
Antara keburukan tidur selepas solat subuh adalah menyebabkan kemalasan, tak bersemangat dan menghalang rezeki untuk datang
- Selalu baca Surah Al-Waqiah
Ini ustazah Ani pesan. Antara kelebihannya adalah tidak ditimpa kemiskinan dan dipermudahkan rezekinya. Jadikan rutin harian.
- Senyum
keyword paling senang : Senyum itu sedekah.
Faham kan? :) lagi banyak memberi, lagi banyak kita terima :D
- Sedekah
Firman Allah S.W.T : "Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara baik, memberi sumbangan harta dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredhaan Allah (Surah Al-Baqarah : 272)
Dari Amru bin Auf r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah S.W.T menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya) : Hadis Riwayat Bukhari
p/s : Jom sama-sama amalkan, tak dapat semua, sikit pun jadilah, niat buat kerana Allah :)
credit to : adrian.com
No comments:
Post a Comment