Saturday, 21 June 2014

Cerita Berpuasa Semasa di Universiti!!

Assalamualaikum,

Hari ni, Ani nak bercerita tentang pengalaman bersahur semasa di Universiti.
Seriously, zaman ni la zaman kegemilangan 
ye, Zaman muda mudi, suka suki hehe
Sekarang tak berapa nak muda la hehehe

Ani belajar dekat UiTM Johor. Seriously tempat jatuh lagi kan di kenang kan? kan? kan?

Masa belajar dulu, tak cantik macam ni bacaannya di muka depan hehe, tapi tetap UiTM Johor Di Hatiku!!

Kolej Kediaman Ani Kolej Intan. Seriously, Wing 3 THOORRRBAIK!!!




Ya Allah, tengok mcam ni, sumpit rindu gila hehe. Depan Kolej Intan ni, Dewan Makan dan sebelah kanan Kolej Intan adalah benteng. Ktowunk panggil benteng sebenarnya tu tempat makan orang jual-jual, nak makanan sedap hehe

Kongsi 1 gambar convo masa diploma. Ani memang tak mohon matriks. Ntahla ;P


Rasa one day nak melawat UiTM Johor. Apa khabar la., bilik 102B,  Jatuh kat tangga, hilang hp, buat assignment, present, huru hara berlari sana berlari sini nak menghantar assignment, cc zamrud, terlanggar tiang sebab tertengok orang handsome haha. malu gila. berebut nak cop, kawad Kesatria, Fuyoo memang muda betul hehe. Kenangan sebenarnya :)

Bila sebut zaman muda mudi bermaksud gila-gila la. Ani dekat UiTM Johor 5 tahun. 3 tahun diploma, 2 tahun degree. Well, banyak sangat kenangan.

Sahur macam-macam kerenah. Ada part yang Ani rasa malas. Alarm berbunyi bangun semata sahur minum air kosong hihi.

Ada yang bangun ceria pagi (mostly awal berpuasala ye hehe) turun dewan makan pilih makanan makan kat bilik. tapi seingat Ani sekali dua , tiga, empat kali camtulah yang lain, ada beli siap-siap pukul 12 camtu, ingat-ingat lupa, tapi jarang Ani buat, Mostly Ani minum air kosong.

Agak-agak rajin sikit, Ani bangun pagi amik air panas kat luar, bancuh la apa-apa yang instant ex nestum ke apa ke, ada roti amik sikit. Camtulah hikayat bersahur bulan Ramadhan.

Masa diploma berbuka hari-hari pergi pasar kat bawah.. well nak buka dengan makanan yang sedap hihi. Zaman kegemilangan :)

Sebenarnya, bila kita jauh dengan keluarga, kita tak kisah apa pun makanan. Apa yang ada depan mata itulah yang kita ngap. Tolak batu dan kayu dan makanan yang tidak boleh di makan hihi

Malangnya ani kenal Shaklee bila dah bekerja, kalau tak, rasa nak amik awal-awal :)

Set Puasa Combo Shaklee elok benar untuk yang juah dari keluarga, pelajar.



Ani pernah jadi pelajar, ani taw rasanya. pagi macam takdepape, petang sendiri tahu keadaannya hehe

Nak?
sms/whatsapp : 014-7222642
pm di fb : Ani Haryani @Luvsupplements
like fb : Luvsupplements
Instagram : Luvsupplements

Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan mengubat sebarang penyakit. 

2 comments:

  1. ermm sekejapnya 3 tahun diploma 2 taun degree....saya 3 tahun diploma 3 tahun degree hi3 tapi sekarng baru tahun 2 diploma .....berangan kalau boleh nak amik degree hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe , yang penting nawaitu ada :) berangan benda baik takpe :D seronok masa belajar, rasa nak ulang je balik tapi dah tak boleh hehe . abe nick belajar katne? :)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...