Tuesday 4 December 2018

Ibunda Nabi Musa AS : SABAR Menanti KHABAR

Entri sebelum ni, dah dikongsikan tentang Aisyah, Wanita yang mengutamakan TUHAN, kali ini saya berkongsi cerita tentang Ibu Nabi Musa as



Cerita tentang Nabi Musa as banyakkan di dalam Al-Quran? :)


Perkongsian sama dari Konvensyen Aura Wanita Al-Qur'an (AWAQ 2.0)

Ibunda Nabi Musa AS : SABAR Menanti KHABAR


Sabar Menanti Khabar

Kita bertadabbur ayat Al-Qur'an berkenaan Ibu Nabi Musa AS, Surah Al- Qasas (ayat 7-13)

Ibu Nabi Musa as di kenali sebagai Ayazahad/Ayariha (kita guna Ayariha). Harus difahami, kehidupan Ibu Nabi Musa AS hidup yang di dalam kuatnya tekanan

Nabi Musa AS paling banyak ceritanya di dalam Al-Qur'an, Nabi Musa AS lawannya Firaun

Firaun bermimipi kerajaan/ takhtanya terbakar namun Bani Israel terselamat. Bani Israel ketika itu adalah hamba. Bukan hamba yang kita faham sekarang, tidak!. zaman kini boleh diseertikan dengan minyak/elektrik (tenaga penggerak)

Asalnya anak lelaki semua dibunuh namun lama kelamaan tiada lagi sumber penggerak. Firaun dan para pembesarnya melakukan mesyuarat. Mereka bersetuju polisi tahun ni bunuh anak lelaki, tahun berikutnya, tidak. Sebab tu Nabi Musa AS ada adik/abang. Namanya Nabi Harun AS. Nabi Harun AS dilahirkan pada tahun yang tidak dibunuh

Sifat Ibu Nabi Musa AS

  • Sifat tawakal yang begitu tinggi
  • Tidak prejudis kepada ALLAH
  • Tidak menyalahkan takdir
Yang ada adalah tawakal dan berusaha tanpa henti

Ibu Nabi Musa AS


Ayat 7, Surah Al-Qasas : Dan Kami ilhamkan kepada Ibunya Musa: "Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya, maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan kepadamu dan menjadikannya salah seorang rasul."

Ayat 7 menggambarkan Ibu Nabi Musa AS hidup dalam keadaan tertekan dan susah

Semasa Ibu Nabi Musa AS mengandung pakai baju-baju yang besar dan elakkan diri daripada berjumpa orang. Polisi masa tu, mereka akan geledah/kopak rumah. Ibu Nabi Musa AS gali lubang dalam tanah dan dia letakkan anaknya dalam papan. Ibu Nabi Musa AS akan susukan anaknya sampai kenyang- apabila anak kenyang, mereka akan tidur

ALLAH SWT beri ilham. Ibu Nabi Musa AS letakkan anaknya dalam peti mati (peti yang orang tak sangka pun ada baby dalam tu) dan diikat dengan satu kayu di tepi sungai. Moment yang sampai pada Asiah tali terputus

Cerdasnya emosi Ibu Nabi Musa AS adalah dia kenal dulu emosinya, cuba memahami kedudukan, urus diri sendiri, memotivasikan diri dan orang lain dan hubungan diri sendiri dan orang lain

Ibu Nabi Musa AS meminta kakaknya ikut bersama, sabar dan tak henti berusaha

Nabi Musa AS tak nak susu dengan orang lain. Itu cara ALLAH SWT kembalikan Nabi Musa as kepada Ibunya. Kelebihan bersabar, Ibu Nabi Musa AS dijemput dan dihantar pulang dengan kenderaan dan berbayar pula menyusu. ALLAH SWT angkat darjat mereka yang percaya kepadaNYA

Asiah gunakan kekuatan memujuk. Ceritanya, Asiah ni orangnya pemurung. Dia tak nak kahwin dengan Firaun. Tapi, Firaun nampak bila Asiah memohon dan bercerita tentang baby tersebut, mukanya bercahaya

ALLAH SWT beri kepada wanita kecerdasan emosi untuk kita urus dan orang yang mampu menguruskan emosi, ia mendapat tawakal yang sebenar

Kepimpinan kaum Lelaki bergantung kepada wanita

Semoga Bermanfaat! 


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Hana Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Hana Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...