Wednesday 19 December 2018

Dosa Hati

Haruslah bukan saya orang yang layak bercerita tentang agama

Tapi saya sangat suka berkongsi ilmu yang saya peroleh insyaa ALLAH

Bila kita berkongsi, ramai yang dapat manfaat kan? Insyaa ALLAH

Dosa Hati

Surah At-Tin

Amalan meminta ampun kepada ALLAH adalah amalan-amalan Ahli Syurga

Kita kupas Surah At-Tin ayat 1-3

Ayat 1 : Demi Tin dan Zaitun

Ada yang merujuk kepada buah/pokok Tin juga buah/pokok Zaitun. Buah Tin darip syurga. Ada yang mengatakan daun tin Nabi Adam as ambil dan guna untuk tutup auratnya

Pokok bidara dari sidratul muntaha, tempat paling akhir yang ALLAH ciptakan. Zaitun pokok hayat paling panjang didunia (makin tua, makin cantik)

Bukit Zaitun itu Nabi Isa as akan turun untuk bunuh dajjal. Di sana juga, adanya makam Al-Farisi, perkuburan Rabiatul Adawiyah

Ayat 2 : Dan demi Tur Sina (Bukit Sinai)

Kenapa Bukit Tursina? Adanya kisah Nabi Musa as

Di Bukit Tursina, bayang pokok masuk dalam batu. Pecahkan batu, bayang masih ada lagi. Menunjukkan hebatnya ciptaan ALLAH SWT

Ketika di Bukit Tursina, ALLAH SWT kata buka seliparmu Musa, kamu di lembah yang suci

Nabi Muhammad SAW sampai Sidratul Muntaha seorang, Jibril tinggal. Masa jumpa ALLAH SWT, seliparnya tak diperintahkan buka. Mulianya Nabi SAW. Capal Nabi sekarang dibuat simbol. Pernah tak kita bersyukur kita dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah

Tidak bersyukur itu dosa hati. Orang yang tak sebut terima kasih, malu nak sebut itu adalah orang yang bakhil. Tidak berterima kasih kepada manusia, susah untuk berterima kasih kepada ALLAH

Tidak bersyukur, ujub, sangka buruk, cepat sentap itu dosa hati. Semakin belajar, semakin taat kepada ALLAH SWT

Sahabat Nabi SAW bermusafir 4 bulan sahaja sebab hati wanita perlu dibelai (ada taqlid semasa nikah)

Ayat 3: Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini

Bumi Mekah adalah bumi yang paling gersang.

Tempat Kaabah adalah lembah yang paling dalam. Disitu, Nabi Ibrahim as meletakkan Hajar & Ismail depan Makam Ibrahim sedikit dan Nabi Ibrahim as tidak pernah mempersoalkan ALLAH

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah:30).Sampai sekarang Malaikat yang bertanya minta ampun sujud kepada ALLAH sehingga hari kiamat.

Kenapa ALLAH tak bagi Kaabah pada tempat seperti di New Zealand yang sangat cantik, Switzerland, Jepun? Mekah tanah yang sangat gersang

Jawapannya, ALLAH pandang hati.

Kaabah adalah salah satu makhluk yang menjadi saksi kepada ALLAH, aku saksi dia bertawaf

Makkah tempatnya dibina oleh Nabi Ibrahim as

Madinah tempatnya dibina oleh Nabi Muhammad SAW

Sempadan Makkah dan Madinah ditandai oleh Malaikat Jibril

Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...